Home > Galeri Media MS > Video > Pre-Menstrual Tension

Pre-Menstrual Tension

Download:

 

Transkipsi

Drama :
Ini Suri, setiap kali datang haid, Suri akan mula merasa pening dan marah- marah.
Dialog : Mana pulak beg duit nie ,tadi letak kat sini orang dah lambat nak pergi sekolah ni Masa-masa ni la dia nak hilang
Di sekolah, dia tak dapat menumpukan perhatian ketika berada di dalam kelas; mahu sahaja dia balik ke rumah dan tidur.
Dialog : Kau ni kenapa kacau-kacau orang,tak de kerja lain ke?
Dialog 2: Suri ko sakit ke ? Muram je ?
Rasa mual dan kadang-kala seperti mahu pitam, membuatkannya tidak selesa berada di kalangan orang ramai.Begitu juga dengan Rena.  Sampai sahaja di tempat kerja, perasaannya mula terganggu, ditambah pula dengan sakit perut yang tak terkata. Kalau datang bulan,
Dialog : Rena awak ok ke?
Dialog 2 : Saya ok 
pasti dia terpaksa mengambil cuti satu hari setiap sebulan. Dia menjadi sensitif dan tidak dapat fokus pada tugasnya. Yang anehnya, teman-temannya jarang mengalami gejala-gejala ini. Kenapa dia sahaja?
Dialog : Saya nak amik cuti lah ,sakit perut ni
Dialog 2: Elok la tu pergi lah klinik check  
Wanita melalui berbagai fasa dalam hidup mereka; dari fasa baligh, reproduktif seterusnya menopause. Dan mereka tidak terlepas daripada kedatangan haid.
Pengaliran haid setiap wanita itu berlainan antara satu sama lain samada dari segi jumlah, hari aliran dan kitarannya.
Dialog Mak : Kenapa ni sakit perut ke?
Pre-Menstrual Tension – PMT  atau juga dikenali sebagai Pre-menstrual Syndrome  – PMS  merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita
Gejala-gejala PMS ini biasanya dialami dalam masa 14 hari sebelum haid dan hilang apabila haid bermula. Gejalanya berbeza antara satu sama lain. Antara tanda-tandanya ialah:

  • rasa tegang pada payu dara
  • pening kepala
  • rasa ‘pitam’     
  • perut kembung
  • rasa mual dan muntah
  • sembelit atau ceret-beret   
  • tekanan emosi
  • merasa letih
  • murung
  • sensitif dan cepat marah

Kadang-kala PMS ini akan dialami beserta sakit perut seperti ditusuk jarum pada bahagian bawah perut atau ari-ari.
APA ITU SENGGUGUT?
Pada hari pertama atau satu hari menjelang datang bulan, ramai wanita yang mengeluh sakit perut atau senggugut. Senggugut tidak termasuk PMS walaupun ada kalanya seakan-akan gejala PMS.
Senggugut atau ‘dysmenorrhea’ sering  mengganggu aktiviti harian wanita; ada di antara mereka yang terpaksa meninggalkan pekerjaan untuk beberapa jam atau beberapa hari.
Terdapat dua jenis senggugut. Haid normal yang sakit pada hari pertama atau sehari sebelum haid di panggil ‘senggugut primer’, sementara ‘senggugut sekunder’ adalah sakit setelah beberapa hari bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif seperti Endometriosis.
Selain sakit perut, Rena juga akan terasa lenguh serta sakit-sakit belakang yang adakalanya terasa hingga ke kaki.
Sakit ini kebiasaannya akan berlanjutan untuk beberapa jam dan boleh melebihi 24 jam. Ia akan berkurangan dalam masa satu hingga dua hari. Apabila pengaliran haid keluar dengan lancarnya, kesakitan akan turut hilang.
KEADAAN YANG BOLEH MENINGKATKAN RISIKO PMS
Punca PMS tidak diketahui tetapi, mengikut kajian, terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko PMS:
Pertama, wanita yang pernah melahirkan anak. PMS semakin teruk setelah melahirkan beberapa anak, terutama bila pernah mengalami kehamilan dengan komplikasi seperti darah tinggi semasa mengandung.
Kedua, usia .PMS semakin teruk dengan bertambahnya usia, terutama antara usia 30 – 45 tahun.
Ketiga, gaya hidup yang penuh stres atau tekanan.
Keempat, diet pemakanan tidak sihat  seperti yang tinggi dengan kandungan gula, garam, kopi dan teh.
Kelima, kekurangan zat-zat gizi seperti vitamin B, vitamin E, vitamin C, magnesium, dan zat besi.
Keenam, tabiat merokok dan pengambilan alkohol yang keterlaluan juga dapat meningkatkan tanda-tanda PMS.
Ketujuh, kesihatan fizikal. Kurang bersenam boleh memburukkan keadaan.
CARA MENGATASI PMS
Biasanya, pengambilan ubat penenang sakit seperti paracetamol dan ibuprofen, serta ubat diuretik boleh mengawal keadaan.
Di samping mengambil ubat-ubatan untuk membantu keadaan, Suri dan Rena turut mengamalkan perkara-perkara berikut:

  • menyimpan diari untuk mencatat perubahan emosi dan perubahan sewaktu datang bulan.
  • Perbanyakkan waktu tidur, terutama tidur siang jika terasa letih.
  • Mengawal diet pemakanan dengan mengurangkan pengambilan garam, gula, kafein dan karbohidrat.  
  • Bersenam sekurang-kurangnya 150 minit atau 5 kali dalam seminggu.
  • Dapatkan nasihat doktor untuk rawatan lanjut
  • Dapatkan sokongan ahli keluarga, guru dan rakan sekerja.

Sokongan emosi serta fizikal yang diberikan oleh keluarga, rakan,guru dan majikan membolehkan Suri dan Rena melalui pengalaman ini dengan lebih tabah.

P
Pemantauan Paras Glukos (Gula) Dalam Darah

Pemeriksaan Mulut Sendiri

Pencegahan Sakit Jantung

Penjagaan Gigi Palsu

Penjagaan Kaki

Penjagaan Pesakit Terlantar di Katil (Bed Ridden)

Penyediaan Makanan Secara Selamat

Pengendalian Ubat-ubatan Yang Tidak Diperlukan

Penyimpanan Bahan Mentah

Penyusuan Ibu Boleh Dilakukan Walaupun Anda Kembali Bekerja

Puberphonia Before Treatment

Puberphonia After Treatment

6 Panduan Penjagaan Pesakit Stroke di Rumah