Computed Tomography (CT) merupakan cara pengimejan beresolusi tinggi dengan menggunakan tomografi yang dihasilkan oleh pemprosesan komputer. Pemprosesan geometri digital digunakan untuk menghasilkan imej tiga-dimensi sesuatu objek daripada satu objek yang lebih besar daripada imej X-ray bersiri dua-dimensi yang diambil melalui satu paksi putaran. Postmortem Computed Tomography (PMCT) pula merupakan pemeriksaan kematian radiografi yang digunakan oleh pakar perubatan forensik untuk membantu dalam penentuan sebab kematian, identifikasi serta penentuan lokasi bahan asing seperti butiran peluru. Bedahsiasat merupakan pemeriksaan medikolegal untuk menentukan sebab kematian, di mana pembedahan mayat merupakan salah satu pemeriksaan dalaman. Bedahsiasat terdiri daripada skop penyiasatan yang luas dan melibatkan pemeriksaan dan analisis makmal, seperti histology, microbiologi, toksikologi, biokimia, analisis gen, pengambilan bahan bukti dan fotografi.
![]() Gambar 1 : Pengimbas CT ditempatkan di mortuari. Lif hydraulik digunakan oleh atendan mortuari untuk mengangkat mayat dalam beg hitam dari troli mayat ke Pengimbas CT. Sumber gambar daripada Victoria Institute of Forensic Medicine (VIFM) Australia |
Implimentasi awal projek PMCT di mortuari merupakan satu projek besar dan melibatkan sumber kewangan yang kukuh. Kemudahan penyelidikan PMCT yang ditempatkan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur ialah fasiliti pertama di Malaysia. Setelah kerajaan meluluskan peruntukan kewangan, satu kumpulan untuk mengetuai projek PMCT ditubuhkan untuk memastikan kelancaran projek ini dijalankan di IPFN. Projek ini dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu penstrukturan bangunan, pra-pemerolehan, pemasangan dan pasca-pemasangan. Isu pra-pemerolehan yang terlibat merupakan pemilihan lokasi, instrumen yang sesuai, kapasiti penyimpanan data yang lebih besar, kekal dan selamat untuk penyesuaian ciri-ciri forensik yang berdasarkan kriteria akreditasi, khasnya dalam pengagihan data dan imej kes-kes. Bangunan satu tingkat dibina untuk menempatkan Pengimbas PMCT. Toshiba Aquilion 64 Multi Detector Computed Tomography telah dipasang memandangkan ia mempunyai imej kualiti yang tinggi, mengambil masa yang singkat untuk rekonstruksi set data, kapasiti untuk dimanipulasi dengan komputer dan sokongan yang berterusan dalam aspek kejuruteraan. Tambahan kepada Pengimbas CT Toshiba, sistem komunikasi dan simpanan gambar (PACS) yang dimasukkan dalam server imej simpanan serta integrasi pelbagai alat menjadikan PMCT satu sistem berkesan.
|
Gambar 2 : Imej CT daripada kes tembakan. (a) Bahagian CT dari kecederaan tembakan menunjukkan tulang dan serpihan peluru dalam kesan jejak tembak (anak panah). Luka tembus yang keluar dari tengkorak. (b) Pandangan depan kanan 3D CT rekonstruksi tulang tengkorak (SSD) menunjukkan lubang keluar tembusan melalui luka tembus masuk temporal kanan. (c) Pandangan belakang kiri 3D CT rekonstruksi tengkorak yang menunjukkan luka tembus keluar peluru.
Sumber gambar daripada Journal Forensic Science International. 138 (2003) 8 – 16.
Pemasangan pengimbas diikuti dengan latihan staf radiologi dan bukan-radiologi, pengukuhan protokol pengimbasan yang sesuai dengan persekitaran forensik, arahan kerja penggunaan berdasarkan kehendak pakar perubatan forensik, jaminan kualiti bagi imej yang dihasilkan, prosedur kawalan keselamatan pemantauan jejak audit, pengurusan dan pentadbiran fasiliti PMCT serta aktiviti penyelidikan yang dijalankan.
Pemantapan PMCT melibatkan satu kumpulan pakar yang terdiri daripada pakar perubatan forensik, pakar radiologi, pakar odontologi, atendan mortuari dan juru X-ray serta wakil IT dan bahagian perkhidmatan korporat. Pakar perubatan forensik tidak dilatih untuk membaca imej CT dan pakar radiologi tidak biasa dengan perubahan postmortem pada mayat. Pengimejan forensik memberi satu masa depan yang cerah dalam penyiasatan kematian khasnya dengan penambahan penerbitan jurnal dari luar negara. Namun, terdapat banyak isu kontroversi yang ditimbulkan mengenai PMCT. Pertama, siapakah yang bertanggungjawab untuk mendapatkan keputusan dan mentafsir imej? Patutkah pakar perubatan forensik dilatih untuk membaca imej imbasan PMCT atau perlukah pakar radiologi bertanggungjawab ke atas keputusan dan penyelidikan CT atau MRI? Soalan-soalan ini hanya dapat dijawab sekiranya terdapat kerjasama inter-disiplin.
Untuk sesuatu bahan bukti untuk digunakan di mahkamah, perlunya satu badan data saintifik untuk menyokong bahan bukti tersebut, berdasarkan cara yang diterima dalam komuniti saintifik yang relevan. Walaupun pengimbasan CT telah bertambah kukuh dan diterima dalam amalan klinikal, posisinya dalam persekiran forensik adalah lebih prominen. Walau bagaimanapun, adakah PMCT divalidasikan dengan secukupnya dari segi ketepatan radiologi untuk mengesan patologi dan memberi sebab kematian. Di Malaysia, sistem kehakiman dan undang-undang telah mula menerima bahan bukti digital pengimbasan PMCT sebagai bukti mahkamah.
Pada pandangan komuniti keagamaan, PMCT merupakan satu kaedah penyiasatan yang sangat digemari sebab ia tidak melibatkan pembedahan mayat. Bedahsiasat konvensional dipercayai mengganggu roh dan badan orang yang telah mati. PMCT adalah komplemen kepada bedahsiasat dan konsep menggantikan bedahsiasat konvensional adalah salah.
Pada dekad yang lalu, PMCT telah membangun daripada kaedah X-ray mudah kepada satu kaedah forensik yang tersendiri. Dengan penemuan lingkaran komputer tomografi, konstruksi imej imbasan tiga-menjadi nyata. Multislice computed tomographs (MSCT) telah menjadi satu standard klinikal dan telah diimplimentasikan di seluruh dunia oleh kumpulan forensik yang berlainan dengan keputusan yang menjanjikan.
Penggunaan radiograf adalah kaedah yang sedia ada. Sekiranya rekod ante-mortem diperoleh, radiograf ini boleh dibandingkan dengan radiograf postmortem. PMCT mempunyai potensi yang tinggi dan boleh menunjukkan ciri-ciri anatomi tengkorak dan rangka, samaada kematian semulajadi atau tidak, abnormal patologi tulang, implant perubatan atau protesis serta informasi tisu-tisu lembut. Dalam kematian semulajadi, multislice CT telah menunjukkan imej aliran koronari dengan kontrast dari jantung yang dipindahkan. Dalam kematian bukan semulajadi, PMCT dapat menunjukkan kehadiran kecederaan trauma, seperti kemalangan pejalan kaki dan melokasikan jejak peluru dalam kes kematian akibat tembakan.
Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah keputusan yang PMCT tidak dapat berikan. PMCT tidak dapat membuktikan maklumat histologi pada jenis ketumbuhan atau proses patologi kompleks seperti miokarditis atau membuktikan kehadiran dadah dan mengasingkan spesifik micro-organisma.
Kesimpulannya, bedahsiasat dengan bantuan imbasan PMCT memberi satu alternatif kepada bedahsiasat konvensional. PMCT memberi jaminan sebagai satu peralatan pendidikan yang cemerlang yang membantu dalam penyiasatan kematian. Sehingga kini, terdapat banyak penyelidikan dan penerbitan dalam penggunaan PMCT yang menyokong keberkesanannya dalam aktiviti bedahsiasat. Peranan PMCT tidak dapat dinafikan dalam amalan forensik, namun masih terdapat banyak keraguan mengenai kebolehan PMCT untuk menentukan sebab kematian, khasnya dalam kematian semulajadi. Maka, bedahsiasat konvensional yang invasif masih merupakan amalan utama standard dalam penyiasatan kematian.
Rujukan
- An image of sudden death : utility of routine post-mortem computed tomography scanning in medico-legal autopsy practice. Chris O’Donnell. Diagnostic Histopathology. 16 (2010) 552 – 555.
- Current status of routine post-mortem CT in Melbourne, Australia. Chris O’Donnell, A. Rotman, S. Collett. Forensic Science, Medicine and Pathology. 3 (2007) 226 – 232.
- The role of computed tomography in adult post-mortem examinations : an overview. Amanda J. Jeffery. Diagnostic Histopathological. 16 (2010) 546 – 551.
- Virtopsy – The Swiss virtual autopsy approach. Michael J. Thali, Christian Jackowski, Lars Oesterhelweg, Steffen G. Ross, Richard Dirnhofer. Legal Medicine. 9 (2007) 100 – 104.
- The Use of CT scanning in Forensic Autopsy. Peter Mygind Leth. Forensic Science, Medicine and Pathology. 3 (2007) 65 – 69.
- Gunshot injuries detected by post-mortem multislice computed tomography (MSCT) : A feasibility study. M. A. Andenmatten, Michael J. Thali, Beat P. Kneubuehl, Lars Oesterhelweg, Steffen Ross, D. Spendlove, Stephan A. Bolliger. Legal Medicine. 10 (2008) 287 – 292.
- Image-guided virtual autopsy findings of gunshot victims performed with multi-slice computed tomography (MSCT) and magnetic resonance imaging (MRI) and subsequent correlation between radiology and autopsy findings. Michael J. Thali, Kathrin Yen, Peter Vock, Christoph Ozdoba, Beat P. Kneubuehl, Martin Sonnenschein, Richard Dirnhofer. Forensic Science International. 138 (2003) 8 – 16.
Semakan Akhir | : | 23 Ogos 2019 |
Penulis | : | Khoo Lay See |
Akreditor | : | Dr. Mohd Shah bin Mahmood |
Penyemak | : | Dr. Khoo Lay See |