A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Posterior Uretral Valves

Dengan ultrasound, penyakit ini boleh dikesan semasa waktu kehamilan dan siasatan boleh dibuat selepas kelahiran untuk pengesahan PUV.

Posterior uretra valves (PUV) hanya di dapati dikalangan kanak-kanak lelaki sahaja berlaku dengan kadar 1:8000 iaitu setiap 8000 kelahiran kanak-kanak lelaki 1 orang akan dikesan.

Ia melibatkan uretra, di mana salur ini terkeluar daripada pundi kencing. Uretra valves sangat kecil yang dihasilkan daripada tisu nipis dan sempit ini mengakibatkan pengeluaran air kencing tersekat yang boleh mengakibatkan kanak-kanak mengalami kesusahan semasa membuang air kencing.

Semasa otot pundi kencing bekerja keras untuk mengeluarkan air kencing, tekanan terjadi dan mengakibatkan air kencing patah balik daripada pundi kencing ke salur ureter dan buah pinggang. Keadaan ini akan mengakibatkan buah pinggang dan pundi kencing menjadi bengkak dan boleh megakibatkan kerosakan.

Keadaan ini kongenital tetapi bukan akibat keturunan. Ini biasanya terjadi pada awal kehamilan semasa pembentukan organ dalaman, otot dan tisu mula dibentuk.

Bagaimanakah sistem urinary ini bekerja?

Dalam sistem urinary mengandungi buah pinggang, pundi kencing, ‘ureter’, ‘uretra’ dan ‘testis’. Buah pinggang berfungsi sebagai penapis darah untuk membuang sisa yang tidak diperlukan di dalam badan manusia dan dikeluarkan sebagai air kencing. Air kencing akan keluar melalui salur ‘ureter’ ke pundi kencing.

Semasa proses pembuangan air kencing berlaku, air kencing akan melalui salur yang dipanggil uretra terus keluar daripada badan.

Tanda dan gejala

Dengan ultrasound, penyakit ini boleh dikesan semasa waktu kehamilan dan siasatan boleh dibuat selepas kelahiran untuk pengesahan PUV.

Sebahagian kanak-kanak lelaki dikesan mengidap posterior urethral valve sebelum berumur 14 hari dan untuk yang lambat dikesan, dalam umur enam bulan pertama hidup.

  • Sakit dan susah semasa membuang air kencing.
  • Pengeluaran air kencing perlahan/lemah dan menitis.
  • Lambat membuang air kencing selepas bayi lahir, selepas 48 jam.
  • Kerap membuang air kencing.
  • Kencing malam dan seluar didapati basah selepas setiap kali membuang air kencing walaupun telah diajar cara ke tandas.
  • Kenaikan berat badan tidak memuaskan dengan umur kanak-kanak.
  • Jangkitan di salur kencing (melibatkan semua peringkat umur).
  • Pembengkakan yang berlaku disebabkan oleh pembesaran pundi kencing..

Pengesahan penyakit

Boleh dikesan dengan ultrasound scan semasa mengandung:

  • Ultrasound scan untuk salur Urinary Micturating Cystourethrogram (ini adalah satu x-ray yang khusus untuk pemeriksaan salur kencing. Satu salur getah dimasukkan ke dalam urethra dan pundi kencing dipenuhi dengan cecair pewarna, gambar x-ray akan diambil semasa pundi kencing dipenuhi dan semasa kosong). Ianya akan menunjukkan keadaan posterior urethral valves sama ada pengaliran air kencing akan masuk semula ke dalam salur ureter dan buah pinggang.
  • Cystoscopy- ini adalah satu tatacara yang menggunakan tiub kecil dan boleh dilentur dengan lensa kamera berada di hujung salur untuk pemeriksaan di dalam pundi kencing.
  • Ujian darah – untuk mengetahui perkembangan fungsi buah pinggang.
  • Ujian kencing untuk mengesan jangkitan kuman.

Rawatan

  • Rawatan sokongan – untuk mengurangkan gejala kepada kanak-kanak. Jika sekiranya kanak-kanak mengalami jangkitan salur kencing dan kandungan garam tidak seimbang, keadaan ini mesti dirawat dahulu. Kerana ianya memerlukan tiub getah yang dimasukkan ke dalam penis/zakar, melalui salur urethra ke pundi kencing sehinggalah air kencing boleh dikeluarkan.
  • Cystoscopic ablation – Pakar urologi ( Pakar pembedahan yang khusus dalam merawat gangguan jangkitan salur kencing) akan merawat kanak-kanak dan menjalankan prosedur endoskopi ablation. Semasa prosedur ini dijalankan alat endoskopi akan dimasukkan melalui injap yang di turis dahulu.
  • Vesicostomy – jika sekiranya kanak-kanak itu didapati mempunyai salur urethra yang sempit, pembukaan di pundi kencing perlu dilakukan melalui abdomen(perut). Pembukaan ini adalah sementara sahaja untuk memudahkan pengeluaran air kencing sementara menunggu kanak-kanak membesar supaya pembuangan injap urethra boleh dilakukan.

Masa hadapan kepada kanak-kanak yang menghidapi PUV?

Kesan daripada penyakit ini terpulang kepada banyak mana kerosakan yang terjadi kepada buah pinggang. Kanak-kanak lelaki memerlukan jangka masa yang panjang untuk rawatan susulan di hospital kanak-kanak yang ada kepakaran nefrologi (doktor kanak-kanak yang pakar merawat penyakit salur kencing yang bermasalah) atau pun pakar kanak-kanak dan urologi. Kadang-kala walaupun selepas rawatan, kanak-kanak tersebut masih memerlukan pemeriksaan ultrasound scan yang berkala untuk salur air kencing, pemeriksaan tumbesaran, pemeriksaan tekanan darah dan ujian darah untuk fungsi buah pinggang. Penilaian untuk tekanan pundi kencing dan fungsi (urodynamics) juga dilakukan dari masa ke semasa. Kekurangan kawalan kencing mungkin satu masalah jangka masa panjang walaupun selepas dirawat.

Hampir 30% kanak-kanak lelaki mempunyai penyakit kegagalan buah pinggang, di mana ianya memerlukan pengawasan dan rawatan susulan yang berlanjutan.

Rujukan

  • Nelson’s Textbook of Pediatrics, 17th edition
  • Posterior Urethral valves fact sheet , The University of Chicago Comer Children’s Hospital.
  • Posterior Urethral Valves ( PUV ) fact sheet, The Children’s Hospital of Philadelphia.
  • Posterior Urethral valves fact sheet , UCL Institute of Child Health and Great Ormond Street Hospital for Children NHS Trust.
  • Posterior Urethral valves facts, Florida Urological Associates.
  • Arneil and Forfar’s textbook of Paediatrics, 5 th edition.
  • Handbook of Pediatric Urology 1997, editors Baskin et al
Semakan akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Jasvinder Kaur
Penyemak : Dr. Zainab bt. Kusiar

Artikel Berkaitan

HEPATITIS A

Hepatitis adalah jangkitan atau radang pada hati. Banyak faktor yang boleh menyebabkan hepatitis berlaku daripada jangkitan virus ke ubat serta alkohol.

Cacar Air

Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles)

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,225,274

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 11:55:02
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia