A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Keselamatan & Kualiti Makanan
  6. /
  7. Polisiklik Aromatik Hidrokarbon (PAH)

Polisiklik Aromatik Hidrokarbon (PAH)

Apakah itu PAH?

PAH adalah singkatan kepada Polisiklik Aromatik Hidrokarbon. Ia merupakan bahan kimia yang terhasil melalui proses pembakaran, pemanggangan dan penggorengan  terhadap makanan tinggi lemak pada suhu yang tinggi.


Apakah kesan terhadap kesihatan?

PAH dikategorikan sebagai bahan karsinogenik dan boleh menyebabkan kanser. Pendedahan yang berterusan pada aras yang tinggi boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada pengguna.


Apakah faktor yang mempengaruhi kandungan PAH dalam makanan?

Terdapat banyak perkara yang mempengaruhi kandungan PAH dalam makanan seperti kaedah memasak atau pembakaran, suhu pembakaran, proses pengasapan, tahap pengasapan, kandungan lemak, pencemaran persekitaran dan sebagainya.


Apakah makanan yang mengandungi PAH?

Makanan yang sering dikaitkan mengandungi PAH adalah yang tinggi kandungan lemak yang dimasak secara panggang dan pengasapan. Contoh makanan  yang boleh mengandungi PAH adalah sate, kepak bakar, daging atau ayam bakar (BBQ), ayam golek  dan ikan bakar.


Bagaimanakah mengurangkan PAH dalam penyediaan makanan?

Kandungan PAH dalam makanan boleh dikurangkan dengan cara berikut:

  • Elakkan membakar secara langsung dengan api. Gunakan alas atau balut dengan daun pisang, kertas keranjang (aluminium foil) semasa membakar atau menggunakan kuali.
  • Masak secara perlahan seperti menggunakan api yang kecil atau bara.
  • Buang/kurangkan lemak dalam makanan yang hendak dibakar.

 

Perlukah pengguna menghentikan pengambilan makanan yang dibakar?

TIDAK. Makanan yang dibakar boleh diambil secara sederhana. KKM menggalakkan orang ramai supaya memilih makanan yang kurang berlemak, mengamalkan cara hidup sihat dan makan makanan yang seimbang.
Orang ramai juga dicadangkan supaya memanggang atau membakar dengan nyalaan api yang kecil atau bara atau suhu yang rendah bagi mengekalkan makanan yang dimasak dalam tempoh yang panjang.


Adakah terdapat kajian toksikologi yang dijalankan berkaitan PAH?

Di peringkat antarabangsa, Joint FAO/WHO Expert Commitee on Food Additive (JECFA) telah menjalankan penilaian toksikologi ke atas kandungan PAH di dalam makanan dan mendapati tahap pendedahan risiko PAH terhadap kesihatan adalah rendah.

Pihak Kementerian Kesihatan telah menjalankan pemantauan berasaskan penilaian risiko (risk assessment) kandungan PAH dalam makanan di pasaran tempatan. Hasil pemantauan yang diperolehi mendapati tahap pendedahan risiko PAH terhadap kesihatan manusia adalah rendah.

 

Semakan akhir : 3 April 2014
Penulis : Pn. Norrani binti Eksan
Penyemak : Pn. Norrani binti Eksan

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,234,020

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia