A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pigmentasi Kulit

Tompokan Mongolian (Mongolian blue spot). Perkara biasa pada bayi di Malaysia. Tompokan kebiru-biruan. Dijumpai terutama pada bahagian belakang, punggung dan kaki

Tompokan Mongolian (Mongolian blue spot)

  • Perkara biasa pada bayi di Malaysia
  • Tompokan kebiru-biruan
  • Dijumpai terutama pada bahagian belakang, punggung dan kaki
  • Berkurangan apabila kanak-kanak membesar
  • Tidak menyebabkan apa-apa masalah

Cafe’ au lai spot

Tompokan Cafe’ au lait (Cafe’ au lait spot)

  • Biasa berlaku pada orang yang mempunyai kulit gelap. Satu tompokan sahaja boleh berlaku dalam 10% – 20% kanak-kanak.
  • Ia biasanya mempunyai warna yang samar semasa kelahiran dan mungkin bertambah dari segi saiz atau bilangan tompokan selari dengan umur.
  • Tompokan-tompokan ini diwarisi disebabkan oleh kandungan melanin yang tinggi di dalam kulit.
  • Tompokan berwarna coklat muda dan berkerutu.
  • Boleh dijumpai pada mana-mana bahagian badan.
  • Sekiranya terdapat lebih daripada enam tompokan bersaiz lebih besar daripada 0.5 cm untuk kanak-kanak atau lebih daripada 1.5 cm untuk remaja, tompokan ini mungkin tanda kepada keadaan yang jarang berlaku dipanggil neurofibromatosis, di mana ia berhubung kait dengan pertumbuhan kulit dan saraf.
Semakan akhir : 28 Ogos 2020
Penterjemah : Dr. Irene Cheah Guat Sim
    Dr. Terrence Thomas
    Dr. Umathevi Paramasivam
Penyemak : Dr. Zainab bt. Kusiar

Artikel Berkaitan

Ruam Lampin

Ruam kerap terjadi di celah paha atau di bawah bahagian getah lampin.

Perubahan sementara vaskular dalam kulit bayi

Kulit bayi yang baru lahir adalah lembut dan sensitif dan mudah terkena berbagai jenis penyakit kulit. Sebahagiannya adalah kerana keturunan, seperti tanda lahir, tetapi setengah ruam adalah disebabkan oleh hormon ibu yang masih lagi mengalir di dalam darah bayi.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,089,549

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia