A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Perubahan Normal Aspek Fizikal

Perubahan Normal Aspek Fizikal

Pengenalan

  • Semasa proses penuaan, kebanyakan warga emas mengalami perubahan-perubahan fungsi badan
  • Perubahan badan warga emas disebabkan oleh proses penuaan sel dan organ di dalam badan. Perubahan ini mungkin mengakibatkan perubahan fungsi badan, rupa bentuk dan pengalaman lain.
  • Sesetengah perubahan adalah ketara, contohnya sebelum umur 50 tahun, kebanyakan warga emas menghadapi masalah melihat objek dekat
  • Perubahan lain yang kurang ketara, contohnya kebanyakan warga emas mengetahui fungsi buah pinggang mereka sudah merosot hanya apabila penyakit buah pinggang sudah terjadi
  • Adalah susah untuk membuat anggaran kadar mana seseorang itu mengalami proses penuaan kerana setiap warga emas melalui proses ini dengan kadar yang berlainan
  • Tambahan pula, bagaimana seseorang itu menjaga diri sendiri akan mempengaruhi proses penuaan mereka
  • Bagaimanapun, perubahan tertentu adalah lebih ketara untuk semua golongan warga emas. Dengan mengetahui perubahan-perubahan yang mungkin akan dihadapi oleh warga emas, ia boleh menolong seseorang itu mengubahsuai diri untuk menghadapi perubahan tersebut

Tanda dan gejala

  • Untuk kebanyakan warga emas, kemerosotan fungsi organ semasa proses penuaan biasanya tidak akan menjejaskan keupayaan badan untuk melakukan aktiviti harian.
  • Warga emas biasanya mengesan kemerosotan fungsi organ hanya apabila melakukan kerja yang memerlukan lebih tenaga atau apabila sesuatu penyakit telah terjadi
  • Sebagai contoh, jumlah darah yang dipam oleh jantung semasa senaman yang berterusan berkurangan dengan umur. Warga emas mungkin mengesan perubahan ini hanya semasa mereka bermain tenis atau joging tetapi bukan semasa mereka sedang berjalan. Mereka mungkin mengesan perubahan fungsi otak hanya apabila mereka cuba belajar pengetahuan baru seperti bahasa baru
  • Kemerosotan fungsi yang lebih ketara biasanya berpunca dari faktor selain daripada proses penuaan sahaja. Masalah paling kerap dihadapi apabila sesuatu penyakit terjadi pada golongan warga emas. Penyakit mungkin menyebabkan kesakitan, kekeliruan, kesukaran pergerakan atau kemurungan

Pencegahan

  • Proses penuaan yang sihat boleh menangguhkan dan mengurangkan perubahan yang tidak diingini semasa proses penuaan
  • Sasaran proses penuaan yang sihat adalah untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan mental golongan warga emas, mencegah kejadian penyakit dan memastikan mereka sentiasa aktif dan berdikari
  • Amalan gaya hidup sihat terbukti boleh mengurangkan risiko terjadinya berbagai jenis penyakit yang mungkin boleh berlaku semasa umur meningkat
  • Amalan ini termasuklah mempraktikkan pemakanan seimbang, senaman berkala dan memastikan otak sentiasa cergas. Amalan gaya hidup sihat ini adalah penting untuk menjamin proses penuaan yang sihat
Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Ho Bee Kiau
Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

 

Artikel Berkaitan

Rawatan Penskaleran

Your browser does not support the video tag. [flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv] Download:

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,205,342

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia