Home > Galeri Media MS > Animasi > Pertumbuhan Gigi

Pertumbuhan Gigi

 

Download:

 

 

Gigi susu terdiri daripada 8 batang gigi kacip, 4 batang gigi taring dan 8 batang gigi geraham. Jumlah gigi susu seorang kanak-kanak ialah 20 batang.

Kesemua 20 batang gigi susu biasanya selesai tumbuh sekitar umur 3  tahun. Perkembangan dan susunannya adalah berbeza mengikut individu.

Gigi kekal pertama mula tumbuh sekitar umur 6 tahun. Biasanya gigi geraham pertama tumbuh dahulu, diikuti gigi kacip, kemudian gigi taring, dan gigi geraham kedua. Kebiasaannya, gigi bawah tumbuh dahulu diikuti gigi atas mengikut turutan.

Gigi taring atas tumbuh pada sekitar umur 11 tahun.

Manakala, gigi geraham kedua mula tumbuh sekitar umur 12 tahun.

Akhir sekali, gigi geraham ketiga atau
gigi bongsu mula tumbuh sekitar umur 18 tahun.

Gigi kekal seorang dewasa terdiri daripada 8 batang gigi kacip, 4 batang gigi taring, 8 batang gigi geraham kecil dan 12 batang gigi geraham besar. Jumlah keseluruhan gigi kekal seorang dewasa ialah 32 batang.

P
Pap Smear Pedih Ulu Hati Penyakit Endometriosis Pembedahan Penggantian Sendi Lutut Pembengkakan Prostat Bukan Kanser Pencegahan Diabetik Neuropati Pencegahan Diabetik Retinopati Penggunaan Penyembur Hidung Dengan Betul Penggunaan Salap Mata Penyakit Arteri Koronari Penyakit Gusi Penyakit Jantung Kongenital Peritoneal Dialisis Pertumbuhan Gigi Perubahan Perasaan Prosedur Penyediaan Gigi Palsu Prosedur Rawatan Ortondotik Proses Kelahiran Psoriasis Proses Pengeluaran Susu Ibu