Home > Kesihatan Mental > Persaingan Saudara Kandung

Persaingan Saudara Kandung

Apakah persaingan saudara kandung?

Ia adalah perasaan cemburu, suka membanding, bertelingkah di antara adik beradik. Persaingan saudara kandung akan mencetuskan pertengkaran dan pergaduhan. Ia bermula dari zaman kanak-kanak dan berterusan sehingga ke alam dewasa.

Kenapa persaingan saudara kandung berlaku?

Cemburu adalah punca utama dalam persaingan antara saudara kandung. Apabila salah seorang dalam keluarga mempunyai perasaan cemburu, dia akan sentiasa cuba membandingkan dirinya dan mencetuskan perkelahian dengan saudara kandungnya yang lain.

Apa akan terjadi jikalau persaingan saudara kandung timbul?

Timbul banyak perasaan tidak puas hati seperti:

  • Ketidakpuasaan hati terhadap ibu bapa
  • Sikap suka mendesak, memperkecilkan, bertengkar atau berkelahi sesama saudara kandung
  • Ketidakseimbangan pemberian kasih sayang yang diberi oleh ibu bapa
  • Tidak mempunyai masa untuk bergembira bersama saudara kandung
  • Suka berdendam sesama saudara kandung

Perasaan ini akan menyebabkan tingkah laku yang negatif termasuk:

  • Biadab
  • Berkelakuan buruk di antara satu sama lain
  • Tidak menghormati sesama sendiri
  • Kerap bertengkar dan bertumbuk
  • Gembira apabila melihat saudara kandung lain dalam kesusahan

Apakah tindakan untuk menangani persaingan saudara kandung?

Kehidupan bukanlah untuk dibuat perbandingan. Perasaan cemburu boleh dielak dan ditangani.

Cuba beberapa langkah untuk menangani persaingan saudara kandung ini:

  • Asingkan diri – Bawa berjalan dan tinggal di bilik berasingan, sebelum kemarahan timbul
  • Berbincang dengan ibu bapa – mengenai pertelingkahan
  • Berbincang dengan saudara kandung – apa yang mengganggu perasaan anda
  • Tetapkan had-had untuk mengelakkan salah faham
  • Mengambil giliran semasa mengguna peralatan seperti Televisyen, Komputer, Telefon dan sebagainya
  • Amalkan sikap memberi dan menerima
  • Bekerjasama lebih baik dari bersaing
  • Bertolak ansur – elakkan dari meminta
  • Tunjukkan rasa hormat – anda akan dihormati
  • Tarik nafas dan kira 1 hingga 10 – apabila anda rasa marah atau kecewa

Apakah kesan jika tiada tindakan diambil untuk menangani masalah persaingan saudara kandung?

Tidak mengambil apa-apa tindakan di dalam persaingan saudara kandung akan menimbulkan ketegangan dalam hubungan kekeluargaan di antara sesama saudara kandung. Ianya akan mengakibatkan:

  • Perasaan tidak selesa dengan kehadiran saudara kandung
  • Tidak dapat berkomunikasi dengan saudara kandung
  • Hilang kepercayaan dan hormat terhadap saudara kandung
  • Kurang penjagaan dan pemerhatian terhadap saudara kandung yang menyebabkan
    • Rasa terhina terhadap diri sendiri:
    • Rasa diri telah gagal
    • Rasa rendah diri
  • Permusuhan berterusan sesama saudara kandung

Di mana anda perlu mendapat bantuan?

Berbual, berkongsi perasaan dan minta nasihat dari:

  • Ibu bapa anda
  • Saudara kandung yang memahami anda
  • Kaunselor
  • Guru agama

ATAU

Dapatkan bantuan profesional seperti:

  • Pakar psikologi
  • Pakar Psikiatri
Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Fauzi binti Ismail
Penyemak : Dr. Eni Rahaizai Bt. Muhd Ramli