A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Bayi & Kanak-Kanak
  4. /
  5. Tumbesaran & Perkembangan
  6. /
  7. Permainan Mengikut Tahap Perkembangan...

Permainan Mengikut Tahap Perkembangan Kanak-kanak

Pengenalan

Adakah anak anda mempunyai masalah bermain? Berapa lamakah anak anda bermain? Tahukah anda jenis permainan yang sesuai untuk anak anda? Sebagai ibubapa pasti banyak persoalan yang anda ingin tahu tentang perkembangan anak anda. Mari kita bincangkan persoalan itu bersama-sama.

“Bermain” boleh di definisi sebagai cara kanak-kanak belajar tanpa diajari oleh orang dewasa melalui pengembaraan dan pengalaman yang melibatkan komponen fizikal, kognitif dan sosial secara spontan.

Tahap dan Jenis Permainan

Permainan boleh diketogerikan kepada 5 jenis permainan mengikut tahap umur kanak-kanak.

UMUR

JENIS PERMAINAN

HURAIAN

0 – 2 tahun

Permainan Solitari / Individu

Situasi dimana kanak-kanak bermain seorang diri. Contoh: 0 – 6 bulan :

  • Memasukan barang ke mulut
  • Mencapai, mengutip dan mengenggam mengunakan tangan.
  • Bermain sendiri mengunakan permainan seperti rattle.

6 – 12 bulan :

  • Melihat dan meniru.
  • Pergerakan mengulang seperti menepuk tangan, membuang permainan.
  • Suka permainan mudah peek –a- boo.
  • Meneroka permainan mengunakan tangan dan mulut.

12 – 18 bulan:

    • Mengetuk dua barang / objek dan mengenalpasti bunyi.
    • Mengulang perbuatan
  • Bermain dan bercakap seorang

18 – 2 tahun:

  • Belajar mencuba dan melakukan kesalahan
  • Meniru gaya permainan kanak-kanak lain atau  orang dewasa
  • Melihat kanak-kanak lain bermain tetapi tidak mengambil bahagian
  • Suka bermain dengan orang dewasa.
  • Suka permainan yang berulang seperti meletak dan mengeluarkan objek serta menselerakan.

2 – 2.5 Tahun

Permainan Spectator

  • Situasi dimana kanak-kanak menonton atau melihat kanak-kanak lain bermain.

2.5 – 3 Tahun

Permainan Selari

  • Situasi dimana kanak-kanak bemain bersebelahan atau dalam kumpulan yang sama dengan mengunakan permainan yang sama tetapi tidak berinteraksi antara satu sama lain.

3 – 4 Tahun

Permainan Asosiatif/ Perkongsian

Situasi kanak-kanak mula bermain bersama dengan mengembangkan kemahiran berinteraksi semasa bermain. Contoh:

  • Mengenal pasti bentuk, huruf dan warna
  • Cuba menyelesaikan jigsaw puzzle yang mudah.
  • Bermain bersama kanak-kanak lain.’
  • Suka bertanya dan mendapatkan kepastian seperti kenapa dan bagaimana.

4 – 6 Tahun

Permainan Kerjasama

Situasi dimana kanak-kanak berinterksi, mengambil bahagian dalam permainan, berkongsi, berkerjasama, berunding dan membuat keputusan dalam pemilihan permainan. Contoh:

  • Belajar menggunakan dan mempelajari penggunaan simbul dalam penulisan dan bacaan.
  • Menunjukkan kefahaman berdasarkan pengalaman yang dialami.
  • Faham arahan dan undang-undang mudah dalam permainan.
  • Menunjukan sikap kerjasama, menunggu giliran dan gembira dalam permainan.

Mengenalpasti Ciri-ciri Perkembangan Permainan yang Abnormal

Bermain juga adalah sangat penting dalam membentuk kemahiran intera personal dan sosial kanak-kanak. Sebagai ibubapa, anda perlu tahu mengenalpasti ciri kanak-kanak yang mengalami masalah bermain antaranya adalah:

  • Takut pada pergerakan tertentu contohnya terlalu pantas, perlahan, tinggi atau rendah.

  • Kurang aktif atau berminat pada aktiviti yang melibatkan duduk.

  • Masalah dalam pengendalian peralatan permainan dan kurang berminat untuk meneroka permainan.

  • Masalah tingkahlaku contoh terlalu ganas atau terlalu aktif.

  • Kurung tumpuan.

  • Kurang berminat pada permainan yang berunsurkan struktur atau bentuk susunan dan imaginasi.

  • Kurang sosial interaksi atau komunikasi.

  • Bahasa pertuturan yang terhad.

  • Kurang berminat untuk bermain dan memerhati kanak-kanak lain bermain.

  • Kurang berminat pada persekitaran ketika bermain contohnya duduk bermain di tempat yang sama atau takut untuk menerokai permainan baru.

  • Kurang minat dan memahami konsep asas seperti nombor, huruf, bentuk dan warna.

  • Kurang kemahiran atau kebolehan merancang permainan yang melibatkan pergerakan motor, kognitif dan tingkahlaku.

Pendekatan Pemulihan

Peranan ibubapa adalah sangat penting dalam meningkatkan kemahiran bermain. Sebagai orang dewasa antara peranan yang boleh membantu dalam perkembangan bermain adalah dengan memberi sokongan, tunjuk ajar, masa dan ruang untuk kanak-kanak mengembangkan kebolehan bermain mereka tanpa paksaan.

Antara pendekatan yang boleh digunakan dalam meningkatkan perkembangan permainan antaranya:

  • Dengan mengubah persekitaran menjadi lebih interaktif untuk kanak-kanak bermain contohnya permainan yang berwarna terang atau yang menghasilkan bunyi menarik minat kanak-kanak untuk menerokai permainan tersebut.

  • Meningkatkan permainan berupa pelbagai jenis sensori contohnya melompat, merangkak, membaling atau menangkap bola.

  • Mengalakan sokongan  dengan mengalakkan anak bermain dengan kanak-kanak lain.

  • Mengubah atau mengadaptasi permainan supaya kanak-kanak dapat mengambil bahagian dalam aktiviti bermain.

  • Menyediakan kad bergambar dalam meningkatkan pemahaman kanak-kanak semasa bermain.

Di Malaysia, khidmat nasihat dan rujukan berkaitan perkembangan kanak-kanak boleh dilakukan di semua hospital kerajaan dan swasta. Antara profesional yang terlibat adalah Pakar Perubatan Pediatrik, Pegawai/ Jurupulih Perubatan Carakerja dan Jurupulih Perubatan Anggota.

Semakan akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Nurulhuda Binti Mohamad
Akreditor : Norafizah Binti Mohamad Anuwar
Penyemak : Tan Foo Lan

Artikel Berkaitan

Selesema

Apakah itu selesema? Iaitu satu jangkitan pada hidung dan tekak.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,238,765

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia