A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Kesihatan Pergigian
  4. /
  5. Pergigian Umum
  6. /
  7. Perkhidmatan Pergigian Sekolah

Perkhidmatan Pergigian Sekolah

Perkhidmatan pergigian sekolah telah diperkenalkan pada tahun 1957. Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberi untuk memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan.

Pengenalan

Perkhidmatan pergigian sekolah telah diperkenalkan pada tahun 1957. Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberi untuk memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan.

Jururawat dan pegawai pergigian bertanggungjawab memeriksa dan merawat murid-murid tersebut.

Bagaimanakah Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah Disampaikan?

Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah diberikan melalui:

  • Klinik Pergigian Sekolah
    Klinik-klinik pergigian sekolah terletak dalam bilik khas di sekolah-sekolah rendah atau menengah tajaan kerajaan yang terpilih.
  • Pasukan Pergigian Bergerak
    Pasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid-murid sekolah, termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman. Klinik pergigian sementara diadakan di tempat yang sesuai di sekolah, menggunakan peralatan mudah alih.
  • Klinik Pergigian Bergerak
    Merupakan sebuah kenderaan yang diubah suai serta dilengkapi dengan kerusi dan peralatan pergigian. Klinik ini memberikan perkhidmatan kepada murid-murid di sekolah-sekolah yang mempunyai ruang terhad.

Apakah Jenis Perkhidmatan Yang Disediakan?

Perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah penjagaan pergigian asas termasuk pemeriksaan, pendidikan kesihatan pergigian, tampalan, cabutan, penskaleran dan profilaxis. Jika rawatan yang kompleks diperlukan, murid-sekolah tersebut akan dirujuk kepada pakar pergigian.

Adakah Bayaran Dikenakan?

Rawatan asas yang diberikan kepada murid-murid di sekolah tidak dikenakan sebarang bayaran kecuali dentur, korona dan ortodontik.

Siapakah Yang Layak Menerima Rawatan?

Semua murid sekolah rendah dan menengah yang mendapat keizinan / kebenaran rawatan daripada ibu bapa atau penjaga, layak menerima rawatan.

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar
Penyemak : Dr. Sharol Lail bin Sujak

 

Artikel Berkaitan

Kesan – Kesan Rawatan Ortodontik

Rawatan Ortodontik merupakan rawatan yang diberikan bagi membetulkan ketidakaturan susunan gigi dengan menggunakan aplian tetap dan/atau aplian boleh tanggal

Gigi Bongsu

Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,231,629

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia