A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Perkhidmatan Komuniti Psikiatri

Pengenalan

Ini merupakan perkhidmatan perawatan di rumah untuk membantu meneruskan rawatan pesakit yang discaj (di keluarkan) dari wad psikiatri dan juga untuk pesakit mental yang sedang mengalami gejala gejala akut (dalam krisis) dan masalah tingkah laku yang memerlukan perawatan yang komprehensif. Perkhidmatan komuniti psikiatri ini menyediakan perkhidmatan yang moden dan pilihan lain kepada rawatan di hospital.

Perkhidmatan ini terbahagi kepada 2 bentuk iaitu perawatan komuniti akut dan perawatan komuniti assertif. Melalui perkhidmatan ini ia membantu:

  1. Mengurangkan kemasukan kes ke wad.
  2. Perkongsian bijak dalam penjagaan pesakit diantara hospital dan komuniti
  3. Memberikan rawatan berterusan dirumah dalam persekitaran yang biasa kepada pesakit mental teruk.
  4. Mengurangkan stigma penyakit mental terhadap pesakit pesakit.
  5. Memperkasakan keluarga dan komuniti dalam penjagaan pesakit dirumah.

Perkhidmatan komuniti psikiatri ini menjadi pilihan pesakit dan keluarga mereka berbanding dengan kemasukan ke wad.

Siapakah pesakit yang sepatutnya dirawat dalam perkhidmatan komuniti psikiatri

  • Pesakit yang kerap dimasukkan ke dalam wad
  • Pesakit yang menghadapi kesukaran pengangkutan
  • Pesakit yang kurang mendapat sokongan psikososial dan miskin
  • Pesakit yang mengalami kesukaran kemahiran
  • Pesakit yang tidak ada kesedaran tentang penyakitnya seperti enggan datang ke klinik
  • Pesakit yang mengalami krisis tetapi risiko keganasan atau membunuh adalah rendah
  • Pesakit yang mengalami krisis perlu mempunyai sokongan sosial dari ahli keluarga/penjaga

Siapakah pesakit yang tidak sepatutnya menerima rawatan perkhidmatan komuniti psikiatri

  • Pesakit stabil dan berkemahiran
  • Pesakit yang tekun makan ubat ubatan
  • Pesakit yang boleh menghadirkan diri ke klinik dan tidak pernah/kurang tercicir rawatan susulan
  • Pesakit yang kuat sokongan dari keluarga
  • Pesakit yang mengalami krisis tetapi terlibat penyalahgunaan dadah
  • Pesakit berisiko tinggi untuk membunuh diri dan atau melakukan keganasan
  • Pesakit adalah penjenayah
  • Pesakit mempunyai kecelaruan personaliti

Aktiviti dalam perkhidmatan komuniti psikiatri

  • Memberi suntikan
  • Memberi pendidikan kesihatan
  • Memberi khidmat nasihat/kaunseling
  • Menemubual pesakit dan keluarga serta menjalinkan hubungan baik dengan pesakit/keluarga
  • Penilaian terhadap keadaan mental, kepatuhan terhadap ubatan dan sokongan keluarga
  • Memastikan keperluan asas pesakit dipenuhi

Aktiviti tambahan dalam perkhidmatan komuniti psikiatri

  • Penyiasatan sosial keadaan pesakit dirumah
  • Pengesanan pesakit tercicir rawatan susulan di klinik
  • Pengesanan pesakit yang lari dari wad
  • Pengesanan pesakit yang tidak kembali semula ke wad setelah diberikan kebenaran bercuti dari wad
  • Penyiasatan pesakit yang gagal dibawa oleh keluarga/penjaga ke klinik untuk rawatan susulan
  • Mewujudkan jaringan (networking) dengan agensi kerajaan dan NGO. Contohnya program gotong royong membersih atau membaiki rumah pesakit
  • Melakukan intervensi keluarga
  • Membantu pemulihan psikososial di rumah melalui jaringan unit pemulihan carakerja.
  • Membantu mendapatkan pekerjaan pesakit dalam masyarakat melalui kerjasama unit pemulihan carakerja

Kesimpulan

Perkhidmatan komuniti psikiatri ini menjadi pilihan pesakit dan keluarga mereka berbanding dengan kemasukan ke wad. Perkhidmatan ini telah membuktikan :

  • Kurangnya penggunaan hospital. Pesakit jarang mendapat penyakit semula (relapse).
  • Peningkatan hidup berdikari
  • Kurangnya gejala penyakit
  • Penambahan kualiti hidup
  • Lebih berkesan dari aspek kos

 

Semakan Akhir : 5 Ogos 2013
Penulis : Dr. Mohd Ariff Bin Mohd Noor

 

Artikel Berkaitan

Penjagaan Keluarga Sandwich (Tekanan Anak)

Generasi Sandwich ialah gabungan dua generasi yang memerlukan penjagaan harian yang berlaku kepada anak dewasa pertengahan umur yang menjaga warga tua dan anak-anak tinggal di bawah satu bumbung.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,066,673

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia