Home > Remaja > Kesihatan Fizikal > Kekal Sihat > Perkhidmatan Kesihatan Remaja

Perkhidmatan Kesihatan Remaja

Perkhidmatan ini disediakan di semua klinik kesihatan kerajaan untuk remaja 10-19 tahun selaras dengan dasar kesihatan remaja negara yang menekankan kesejahteraan remaja secara menyeluruh dari aspek fizikal, sosial, mental dan kerohanian.

  • “Bilakah perkhidmatan ini bermula?
      Semenjak tahun 1996 di bawah perkembangan skop Program Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM.
  • Tujuan perkhidmatan ini disediakan
      Untuk membangun dan memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan kepada golongan remaja selaras dengan matlamat, objektif dan strategi yang ditetapkan dalam Dasar Kesihatan Remaja Negara.
  • Apakah perkhidmatan yang disediakan?
    • Promosi dan Pendidikan Kesihatan
    • Saringan dan Penilaian Risiko Kesihatan
    • Khidmat Nasihat dan Kaunseling
    • Rawatan dan Rujukan sekiranya perlu
  • Aktiviti ‘Optional’ yang dijalankan
    • Aktiviti kecergasan fizikal berkelompok remaja
    • Kaunseling pemakanan remaja
    • Kaunseling berkelompok / kaunseling keluarga
    • Promosi kesihatan remaja seperti pameran kesihatan, seminar kesihatan dan kem kesihatan
    • Kelab remaja seperti PROSTAR
  • Apakah skop perkhidmatan yang disediakan?
    • Kesihatan Fizikal – jerawat, panau, migrain, asma dan lain-lain
    • Kesihatan Pemakanan – obesiti, kurang berat badan, anemia dan lain-lain
    • Kesihatan Mental – stres, kemurungan, masalah keluarga, anoreksia, bulimia dan lain-lain
    • Kesihatan Tingkah Laku – merokok, alkohol, buli dan lain-lain
    • Kesihatan Seksual dan Reproduktif – senggugut, haid tak teratur, kehamilan remaja, jangkitan penyakit kelamin dan lain-lain
  • Siapa yang layak mendapat perkhidmatan ini?
    Remaja berusia 10 – 19 tahun yang:

    • Masih bersekolah
    • Telah tamat sekolah
    • Berada di kolej / pusat pengajian tinggi
    • Telah bekerja
  • Di mana perkhidmatan ini diberikan?
    • Di semua klinik kesihatan kerajaan – Perkhidmatan Kesihatan Remaja
    • Di Sekolah – Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
      • Segala maklumat kesihatan anda adalah rahsia, kecuali dalam 3 situasi yang berikut:
        • Remaja membahayakan diri sendiri
        • Remaja membahayakan orang lain
        • Orang lain membahayakan remaja
      • Perkhidmatan kesihatan yang disediakan adalah komprehensif.
      • Anggota kesihatan adalah terlatih dan sedia membantu.
Semakan Akhir : 25 April 2011
Penulis : Dr. Nik Rubiah bt. Nik Abd. Rashid