Home > Kesihatan Mental > Perkembangan Psikososial Normal

Perkembangan Psikososial Normal

Apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan mental kanak-kanak ?

Kesihatan mental kanak-kanak yang normal di definisikan sebagai seseorang itu dapat :

  • Memulakan dan mengekalkan perhubungan peribadi yang memberi kepuasan kepada kedua-dua belah pihak.
  • Meneruskan kemajuan perkembangan psikososial.
  • Bermain dan belajar untuk mendapat pencapaian yang setaraf dengan umur dan tahap intelek.
  • Merasakan apa yang betul dan salah dari segi normalnya

Gangguan psikososial berlaku antara 12%-29% di kalangan kanak-kanak sedunia,dan lebih kurang 13% di Malaysia mengikut The National Health & Morbidity Survey, 1996. ( Mental Health Problem in Children )

Apakah maksud perkembangan psikososial yang normal?

Perkembangan psikososial ialah proses sepanjang hayat, tetapi apa yang dipelajari semasa 5 tahun pertama akan membentuk perkembangan ini. Perkembangan ini boleh dibahagikan kepada :

  • Kognitif ( proses mental ) – memahami , membuat perkiraan, membuat pertimbangan menyelaras fungsi motor,persepsi dan sebagainya.
  • Emosi- perkembangan pantas sewaktu pra- sekolah, tugasan ini termasuk :
    • Mengenal pasti kepentingan dan jenis-jenis emosi
    • Belajar mengawal emosi
    • Memahami kesan emosi terhadap tingkah laku
  • Sosial – Dipengaruhi oleh suasana dan bentuk pergantungan kepada ibu bapa atau penjaga utama.
  • Moral – Melibatkan isu-isu betul atau salah.

Apakah keperluan bagi kesihatan mental kanak-kanak ?

Keperluan kesihatan mental terbahagi kepada dua:

  1. Keperluan asas kehidupan
    • Tempat berlindung dan keselamatan
    • Makanan
    • Penjagaan fizikal
    • Penjagaan Kesihatan
  2. Keperluan psikososial dan rohani
    • Keyakinan kepada tuhan
    • Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi
    • Keselamatan dan kestabilan
    • Rangsangan yang sewajarnya dan pengalaman baru
    • Bermain di bawah pengawasan yang mantap
    • Pendidikan
    • Bimbingan yang betul
    • Ketegasan dan disiplin yang diatur
    • Kebiasaan harian yang boleh dijangka
    • Sikap keibubapaan yang sihat

Jika keperluan-keperluan asas ini dapat dipenuhi kanak-kanak akan dapat membina harga diri yang positif. Sekiranya tidak dipenuhi kemungkinan masalah kesihatan mental akan timbul.

Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Baizury binti Bashah
Penyemak : Dr. Zarina Zainan Abidin