A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Bayi dan Kanak-kanak
  8. /
  9. Perawatan Fisioterapi Untuk Palsi...

Perawatan Fisioterapi Untuk Palsi Serebral

Palsi serebral dianggap sebagai gangguan saraf yang disebabkan oleh kecederaan otak yang tidak progresif atau kecacatan yang berlaku semasa pergembangan otak kanak-kanak.

Pengenalan

Palsi serebral dianggap sebagai gangguan saraf yang disebabkan oleh kecederaan otak yang tidak progresif atau kecacatan yang berlaku semasa pergembangan otak kanak-kanak. Kesan utama Palsi serebral adalah gangguan kepada pergerakan badan dan koordinasi otot. Walaupun Palsi Serebral boleh ditakrifkan, mempunyai Palsi Serebral tidak menentukan orang yang mempunyai kesan yang disebutkan di atas. Kajian terkini menunjukkan kebanyakan kes palsi serebral disebabkan oleh perkembangan otak yang tidak normal atau kecederaan otak sebelum kelahiran atau semasa kelahiran. Kemalangan, penderaan, penyelewengan perubatan, kecuaian, jangkitan, dan kecederaan serta beberapa faktor risiko yang lain boleh menyebabkan berlakunya Palsi Serebral.

Jenis-Jenis Palsi Serebral

PALSI CEREBRAL
Sumber: http://stemcelltreatments.in/yahoo_site_admin/assets/images

Diagnosis

1. Sejarah Perkembangan kanak-kanak.

2. Pemeriksaan fizikal dengan teliti kepada corak pertumbuhan kanak-kanak, ciri-ciri dismorfik dan pemeriksaan neurologikal secara menyeluruh.

3. Diagnosis klinikal palsi serebral  adalah berdasarkan pada corak yang tidak normal pada ujian neurologik seperti : –

PPostur tidak normal: genggaman dengan ibu jari dalam genggaman (adduksi), hiperekstensi dan adduksi (gaya gunting) anggota bawah,dan badan hiperekstensi.
O – tiada koordinasi pada Oral-motor: tiada koordinasi menghisap-menelan,penutupan bibir  yang lemah pada puting ketika menghisap, kesukaran mengambil makanan yang bertekstur, atau air liur meleleh berlebihan. Kanak-kanak lebih tua mungkin mempunyai masalah lelehan air liur, mengunyah atau percakapan.
S – Strabismus: penjajaran yang tidak normal pada mata, sering dikaitkan dengan palsi  serebral.
T – Tonus otot yang tidak normal: meningkatkan rintangan kepada pergerakan pasif kaki dan tangan serta penurunan tonus paksi.
E – integrasi refleks primitif tidak hilang mengikut tempoh yang ditetapkan, Evolusi respon automatik tertangguh: refleks palmar genggaman tangan berterusan, refleks Moro, refleks leher tonik simetri. Kurang keseimbangan, respon untuk melindung diri yang lambat.
R – Deep tendon Reflexes: pantas, dengan klonus.

* Bayi yang mempunyai 4 atau lebih daripada ciri-ciri di atas mungkin boleh didiagnosiskan sebagai Palsi Serebral  apabila umurnya meningkat.

Kesan Palsi Serebral

Palsi Serebral memberi kesan kepada pergerakan badan, kawalan otot, koordinasi  otot, otot, refleks, postur dan keseimbangan. Ia juga menyebabkan gangguan kepada kemahiran fine dan gross motor  dan juga oral motor functioning (percakapan).
• Mereka yang mempunyai Palsi Serebral mungkin hanya ada masalah kecil dengan kemahiran fine motor, seperti menggenggam dan memanipulasi benda dengan tangan mereka.
• Jika Palsi Serebral yang teruk, ianya boleh melibatkan masalah otot yang ketara dalam keempat-empat anggota badan, terencat otak, sawan, dan kesukaran pada penglihatan, pertuturan, dan pendengaran.
• Otot yang menerima arahan yang salah dari otak boleh/akan sentiasa mengecut dan ketat/kejang/spastik, mempamerkan pergerakan mengeliang-geliut luar kawalan (athetosis), atau mempunyai masalah dengan pergerakan yang boleh dikawal (dyskinesia).
• Terdapat juga terjadinya kekurangan keseimbangan dan koordinasi dengan pergerakan anggota tidak stabil (ataxia)
• Kesan pada otot boleh terjadi daripada kelemahan ringan atau lumpuh separa (paresis), hingga kepada kehilangan terus pergerarakan terkawal  pada satu otot atau sekumpulan otot-otot (plegia).

Jenis Palsi serebral  juga boleh  dirangka dengan jumlah anggota badan yang terlibat : –
Monoplegia adalah satu anggota badan tunggal terjejas
Diplegia adalah kedua-dua tangan atau kedua-dua kaki yang terjejas,
Hemiplegia adalah kedua-dua anggota badan pada satu bahagian badan yang terjejas.
Quadriplegia adalah semua empat anggota yang terjejas.

Bagaimana Fisioterapi boleh membantu?

Fisioterapi memainkan peranan penting dalam pengendalian kes-kes serebral palsi, kerapkali selepas kelahiran. Setelah masalah dikenal pasti, ahli fisioterapi akan menilai kanak-kanak itu dan merekodkan perkembangan mereka. Sebagai sebahagian daripada pelan rawatan yang bersesuaian antara lainnya, ahli fisioterapi akan mengajar kanak-kanak bagaimana untuk mengawal pergerakan kepala mereka, bagaimana untuk duduk, bergolek, merangkak dan berjalan, cuba untuk menghalang refleks  dan corak pergerakan yang tidak normal dan juga pendidikan kepada  ibu bapa. Walaupun ia adalah satu kecacatan sepanjang hayat, banyak yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan palsi serebral. Adalah penting bagi kanak-kanak untuk menerima rawatan awal serta sokongan dari kecil lagi untuk memastikan mereka mempunyai setiap peluang untuk mencapai potensi penuh mereka.

Contoh rawatan Fisioterapi

  1. Senaman regangan pasif  dilakukan untuk mengelakkan otot menjadi pendek dan kehilangan julat pergerakan.
SENAMAN REGANGAN PASIF-1 copy REGANGAN PASIF -2
  1. Untuk meregangkan otot, tangan dan kaki mesti digerak dengan cara yang normal dan dalam julat pergerakan yang dibenarkan, tarik dengan perlahan dan kekal dalam 30 saat pada otot untuk memastikan ianya longgar.
    2. Gerakkan satu sendi pada satu masa. Sentiasa menyokong sendi terlibat dan gerakkan secara  perlahan serta lembut tetapi mesti dapat julat pergerakkan sendi yang penuh. Ulang 10 kali dan tahan selama 30 saat setiap pergerakkan.
    3. Kesan regangan bergantung kepada tekanan yang diberi pada tisu lembut, tempoh tahan, pengulangan dalam sesi, dan kekerapan setiap hari.  Pergerakkan yang perlahan dan lembut boleh mengurangkan kesakitan otot yang kontraktur.
  2. Latihan keseimbangan di dalam posisi duduk dan berdiri
duduk di atas bola besra copy half kneeling copy berdiri tegak copy
Duduk di atas bola besar Half kneeling Berdiri tegak selama satu minit tanpa sokongan

3. Aktiviti anggota atas

aktiviti anggota atas -1 copy aktiviti anggota atas -2 copy
Pesakit dilatih untuk melakukan senaman aktif untuk anggota badan atas dalam kedudukan duduk tanpa sokongan dengan mainan kegemaran. Pesakit duduk dengan sokongan kerusi sudut serta melakukan aktiviti

Keberkesanan penggunaan anggota badan atas boleh memberi kesan/impak kepada hasil pembelajaran kanak-kanak , penyertaan di dalam aktiviti kehidupan harian dan pilihan vokasional untuk ramai kanak-kanak dengan palsi serebral. Membuat senaman dan latihan sebagai fungsi  harian dapat memudahkan mereka menjalani  kehidupan harian.

Peranan ibu bapa dan langkah-langkah sokongan yang boleh dilakukan di rumah

1. Senaman/latihan dengan kanak-kanak itu secara tetap dan teratur
Latihan dengan kanak-kanak palsi serebral boleh mengekalkan / meningkatkan kemahiran yang diperolehi semasa terapi jika kemahiran diamalkan secara tetap dan konsisten dalam kehidupan harian mereka.
2.Mobiliti/Pergerakkan
Ramai kanak-kanak palsi serebral akan mengalami kesukaran bergerak di dalam persekitaran mereka. Masalah ini seperti pindah ke kerusi atau tandas, beralih ke atas katil, tidak dapat bergerak bebas di atas lantai atau masalah untuk berjalan. Kanak-kanak  ini mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran ini, atau perlu menggunakan alat bantuan berjalan atau kerusi roda. Apabila kanak-kanak itu menjadi lebih dewasa, penyesuaian rumah mungkin harus dilakukan mengikut kesuaian pengembangan mereka.
3. Buat aktiviti bersama-sama  kanak-kanak palsi serebral yang lain dan orang dewasa.
Ia baik untuk mereka mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan kanak-kanak lain yang kurang upaya kerana ia membantu kanak-kanak menyedari bahawa mereka tidak bersendirian.
4. Galakkan kanak-kanak untuk berkongsi cerita masing-masing dengan anda
Seorang kanak-kanak yang kurang upaya,mungkin  tidak berasa selesa bercakap mengenai sifat kecacatan masing-masing. Mungkin ada perkara yang mereka tidak mahu bercakap mengenainya. Tetapi dengan berkongsi bagaimana atau mengapa mereka mempunyai kecacatan, dan menunjukkan bahawa mereka mampu bercakap dan mempunyai kemampuan yang mungkin lebih berbanding dengan kanak-kanak lain, ini boleh membuktikan kepada semua orang bahawa mereka juga mempunyai upaya dan keinginan yang tiada beza dengan orang lain.

Prognosis Palsi Serebral

1. Majoriti kanak-kanak palsi serebral dapat hidup hingga dewasa, dengan kadar purata hidup 30 tahun adalah kira-kira 87%.
2. Motor impairment adalah berbeza di antara jenis-jenis palsi serebral , tetapi kajian-kajian perubatan terkini  telah membantu meningkatkan mutu ramalan teknik-teknik perawatan.

Rujukan

  1. Kuban K.C. and Leviton A. Medical Progress: Cerebral Palsy. NEJM 1994
  2. Kinsman S.L. Predicting gross motor function in cerebral palsy. JAMA 2002
  3. Palmer F.B. Strategies for the early diagnosis of Cerebral Palsy. The Journal of Pediatrics August 2004
  4. R. L. Braddom, Physical Medicine and Rehabilitation, WB Saunders, Philadelphia, Pa, USA, 2nd edition, 2000.
  5. K. H. Tsai, C. Y. Yeh, H. Y. Chang, and J. J. Chen, “Effects of a single session of prolonged muscle stretch on spastic muscle of stroke patients,” Proceedings of the National Science Council, Republic of China B, vol. 25, no. 2, pp. 76–81, 2001
  6. http://www.childsplayphysio.com.au/
  7. http://cerebralpalsy.org/information/acceptance/tips-for-parents

Sumber gambar

  1. http://stemcelltreatments.in/yahoo_site_admin/assets/images/CP.47160630_std.gif
  2. Unit Fisioterapi, Hospital Melaka
Semakan Akhir : 23 August 2019
Penulis : Ismawi bin Ismail
Akreditor / Penyemak : Halimah binti Hashim

Artikel Berkaitan

Berjalan

Berjalan adalah senaman yang paling mudah, percuma dan sesuai untuk sesiapa sahaja tak kira tahap kecergasan yang sedia ada dan ia mampu memberi manfaat yang hebat.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,103,824

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia