A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit
  6. /
  7. Ortopedik
  8. /
  9. Fisioterapi
  10. /
  11. Perawatan Fisioterapi ke atas...

Perawatan Fisioterapi ke atas Lutut Osteoarthritis (OA)

Osteoarthritis (OA) sendi lutut ialah arthritis yang paling kerap dihidapi. Ia di laporkan sebagai salah satu daripada permasalahan kesihatan sejagat.

Apa itu osteoarthritis (OA) Lutut ?

Osteoarthritis (OA) sendi lutut ialah arthritis yang paling kerap dihidapi. Ia di laporkan sebagai salah satu daripada permasalahan kesihatan sejagat.

Apa yang berlaku pada sendi lutut osteoarthritis (OA)?

Osteoarthritis (OA) Lutut berpunca daripada proses penipisan lapisan tulang rawan (cartilage) yang berlaku secara beransur-ansur dan mengakibatkan keradangan. Fungsi utama lapisan rawan ini adalah untuk menyerap daya hentakan. Dengan kondisi osteoarthritis, pergerakkan sendi akan mula kurang Keadaan ini akan menyebabkan kesakitan dan boleh menghadkan aktiviti harian individu terbabit. Bagi golongan yang berumur, kondisi ini akan bertambah teruk disebabkan oleh pengurangan penghasilan cecair pelincir di dalam sendi.

Sendi lutut penghidap Osteoarthritis (OA) akan melalui beberapa perubahan seperti berikut:

  1. Penipisan lapisan rawan yang akan mengakibatkan ruangan antara sendi menjadi rapat.

  2. Penonjolan tulang (osteophytes) pada keliling permukaan sendi.

  3. Pengurangan penghasilan cecair pelincir di dalam sendi.

  4. Pergeseran di antara permukaan sendi yang mengakibatkan rasa sakit dengan setiap pergerakan yang membebankan sendi lutut.

Sumber: Rheumatology.org

Simptom apakah yang akan dialami oleh penghidap lutut osteoarthritis?

  • Kekerasan dan kesakitan sendi lutut terutamanya di waktu pagi.
  • Otot semakin mengecil di sebabkan kurang melakukan aktiviti.
  • Geseran permukaan sendi berbunyi klik dan menyakitkan.
  • Bengkak di sebabkan keradangan dalaman sendi.
  • Pergerakan yang terbatas menyebabkan hidup yang kurang berkualiti dengan kefungsian yang tidak optimum.

Prevalen dan punca

  • Umur – Lebih kurang 9.3% di kalangan rakyat Malaysia menghidapi osteoarthritis lutut. 23% daripadanya berumur lebih daripada 55 tahun manakala 39% daripadanya berumur lebih daripada 65 tahun.

  • Jantina – Wanita lebih cenderung mengalami osteoarthritis lutut berbanding dengan lelaki.

  • Kecederaan Bersukan – Individu yang mempunyai sejarah kecederaan lutut adalah 6 kali ganda berisiko untuk menghidapi osteoarthritis.

  • Aktiviti seharian – Aktiviti mencangkuk atau berdiri lama lebih cenderung untuk menyebabkan osteoarthritis lutut

  • Body Mass Index (BMI) – Berat badan yang berlebihan meningkatkan risiko osteoarthritis lutut.

Apakah rawatan awal yang anda boleh lakukan ke atas lutut osteoarthritis?

Kaedah PRICE seperti berikut akan dapat membantu mengurangkan kesakitan pada sendi:

  1. Protection – Gunakan alat bantuan berjalan seperti tongkat bagi mengurangkan beban pada lutut yang terlibat.

  2. Rest – Berhenti daripada melakukan aktiviti yang tinggi bebanannya ke atas lutut seperti berdiri lama, menaiki tangga dan mencangkung.

  3. Ice – Rawatan sejuk akan dapat mengurangkan inflamasi di dalam sendi pada peringkat awal dan membantu mengurangkan sakit. Ini akan melancarkan pergerakan sendi serta membantu menguatkan otot. Ada individu yang rasa selesa dengan rawatan haba.

  4. Compression – Teknik elastic bandage akan dapat meningkatkan sistem pengaliran darah.

  5. Elevation – Keradangan pada sendi akan dapat dikurangkan dengan meletakkan kaki tinggi dari paras jantung.

Rawatan apakah yang dijalankan oleh Fisioterapi ke atas osteoarthritis (OA) lutut?

  1. Modaliti untuk mengurangkan sakit – Rawatan haba atau sejuk digunakan bagi mengurangkan sakit pada sendi. Stimulasi electrical dengan mesin TENS atau Interferrential dapat mengurangkan sakit meningkatkan pengaliran darah yang lancar

  1. Senaman – Senaman regangan dan kekuatan harus dilakukan secara berterusan bagi memastikan ketahanan dan fleksibiliti otot. Pada permulaannya, senaman jenis unloading akan diajar bagi mengurangkan kesan trauma ke atas sendi lutut.

    Contoh: Senaman regangan dan kekuatan otot
    Sumber: Unit Fisioterapi, Hospital Melaka
  1. Latihan keseimbangan – Latihan keseimbangan badan juga penting di dalam meningkatkan stability badan dengan mengekalkan postur yang baik. Latihan ini perlu ditekankan di kalangan golongan warga emas disebabkan keseimbangan badan yang semakin berkurang dengan penuaan.

    Contoh: Latihan keseimbangan badan
    Sumber: Unit Fisioterapi, Hospital Melaka
  1. Penjagaan sendi– Fleksibiliti, kekuatan dan deria rasa sendi perlu dikekalkan secara optimum bagi memastikan lutut bebas daripada implikasi trauma, beban dan hentakan yang berlebihan.

    Contoh: Senaman Static Contraction otot Quadriceps.
    Sumber: Unit Fisioterapi, Hospital Melaka
  1. Nasihat kepada pesakit

    1. Golongan yang berumur dinasihatkan untuk berjalan dengan bantuan tongkat bagi mengurangkan bebanan ke atas sendi dan elak daripada terjatuh.

    2. Aktiviti menaiki tangga dan mendaki bukit perlu dikurangkan dan dielakkan supaya kondisi sendi tidak menjadi semakin teruk.

Rujukan

  1. Corti MC, Rigon C. (2003) Epidemiology of osteoarthritis: prevalence, risk factors, and functional impact. Aging Clin Exp Res. 15, 359–363.

  2. De Filippis L, Gulli S, Caliri A, et al. (2004) Epidemiology and risk factors in osteoarthritis: literature review data from “OASIS” study [in Italian] Reumatismo. 56,169–184.

  3. Veerapan K, Wigley RD, Valkenburg H (2007) Musculoskeletal pain in Malaysia: a COPCORD survey. J Rheumatol 34(1), 207-213

  4. Medifocus.com, Inc. Staff (2012) Medifocus Guidebook On: Osteoarthritis of the Knee ,18

  5. Dr. Michel Bonnin & Pierre Chambat (2008) Osteoarthritis of the Knee , 225

  6. Joel Alan DeLisa, Bruce Michael Gans & Nicholas E. Walsh (2005) Physical Medicine and Rehabilitation: Principles and Practice, 771

  7. Walter R. Frontera, Julie K. Silver, M. D., Thomas D. Rizzo (Jr.) (2008) Essential of physical medicine and rehabilitation. Musculoskeletal disorders-Knee & Lower leg ?, 345

  8. Veerapan K (1997) Osteoarthritis – Asian Perspective. In Howe HS, Feng PH. (Ed) Clinical Rheumatology. (pp 294-295) Singapore National Arthritis Foundation

  9. Veerapan K (1992) Epidemiology of Rheumatic Diseases in Malaysia. In Nasution AR, Darwawan J, Isbagio H. Ed) Proceedings of the 7th APLAR Congress of Rheumatology: 13-18 September (397-399) Bali, Indonesia

  10. Felson DT, Zhang Y, Hannan MT et al. (1995) The incidence and natural history of knee osteoarthritis in the elderly:the Framingham Osteoarthritis Study. Arthritis Rheum, 38,1500-1505.

  11. Hunter DJ, March I, SAmbrook PN (2002) Knee osteoarthritis; the influence of environmental factors. Clin Exp Rheumatol, 20, 93-100.

  12. Tovin BJ, Wolf SL, Greenfield BH et al. (1994) Comparison of the effects of exercise in the water and land on the rehabilitation of patients with intra-articular ACL reconstructions. Phys Ther , 74, 710-719

  13. Walter R. Frontera, Julie K. Silver, M. D., Thomas D. Rizzo (Jr.) (2008) Essential of physical medicine and rehabilitation. Musculoskeletal disorders-Knee & Lower leg , 347

  14. Yurtkuran M, Kocagil T. (1999) TENS, electroacupuncture and ice massage: comparison of treatment for osteoarthritis of the knee. Am J Acupunct. 27, 133–140.

  15. Lehmann JF, deLateur BJ, Stonebridge JB et al. (1968) Therapeutic temperature distribution produced by altrasound as modified by dosage and volume of tissue exposed. Arch Phy Med Rehabil , 49, 28-30

  16. Walter R. Frontera, Julie K. Silver, M. D., Thomas D. Rizzo (Jr.) (2008) Essential of physical medicine and rehabilitation. Musculoskeletal disorders-Knee & Lower leg , 349

Sumber Gambar

  1. (2013) Rhematology Image bank. Retrieved July 4 2013. http://images.rheumatology.org/viewphoto.php?albumId=77030&imageId=2897682

  2. (2012) Unit Fisioterapi Hospital Melaka. Retrieved July 4 2013.

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Mohd Naqiuddin bin Johar
Akreditor : Daaljit Singh a/l Harbachan Singh
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

Hepatitis B

Pengenalan Hepatitis B adalah sejenis penyakit berjangkit yang ketiga paling

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,956,885

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia