A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Perawatan Fisioterapi Bagi Terseliuh...

Perawatan Fisioterapi Bagi Terseliuh Buku Lali Kaki

Terseliuh buku lali merujuk kepada ligamen di sendi pergelangan kaki yang terkoyak/tercedera. Kecederaan am ini biasa berulang dengan kadar yang tinggi, akibat daripada mendarat di atas kaki plantarflexed dan terbalik.

Terseliuh buku lali (sendi pergelangan kaki)

Terseliuh buku lali merujuk kepada ligamen di sendi pergelangan kaki yang terkoyak/tercedera. Kecederaan am ini biasa berulang dengan kadar yang tinggi, akibat daripada mendarat di atas kaki plantarflexed dan terbalik. Kejadian terseliuh buku lali melibatkan 85% daripada keseluruhan kecederaan sendi pergelangan kaki dan 85% daripada kecederaan ini melibatkan struktur ligament sisi lateral.

Kecederaan ini merangkumi 25% daripada semua kecederaan yang berkaitan dengan sukan. Risiko boleh meningkat jika individu mempunyai berat badan berlebihan dan kurang aktif secara fizikal. Mereka yang jarang bersukan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi. Ligamen sisi lateral lebih terlibat, diikuti ligament sisi medial. Terseliuh buku lali selalunya dirawat secara konservatif (tanpa pembedahan).

terseliuh-buku-lali1

Tanda-tanda dan Gejala

  • Pesakit mengadu kesakitan selepas sendi pergelangan kaki terpintal, selalu berlaku semasa bersukan.
  • Pesakit akan mengadu sakit di bahagian luar pergelangan kaki mereka serta tahap bengkak dan pendarahan di bawah kulit (lebam) yang berbeza.
  • Samada seseorang dapat pijak dengan kaki yang tercedera akan bergantung kepada keterukkan kecederaan yang di alami.

Diagnosis

Terseliuh buku lali boleh didiagnosis dengan mudah kerana ianya adalah kecederaan yang selalu berlaku. Buku lali di sisi luar yang sakit dan bengkak, dan yang akan bertambah sakit apabila di sentuh atau di gerakkan itu, boleh di katakan sebagai ‘kecederaan buku lali’.  

Bagaimana fisioterapi boleh membantu?

Merawat terseliuh buku lali dengan betul boleh mencegah daripada sakit kronik dan ketidakstabilan. Semua jenis terseliuh dari ringan hingga teruk, memerlukan tiga fasa pemulihan:

  • Fasa I – rehat, mengurangkan bengkak dan melindung buku lali anda yang tercedera.
  • Fasa II – memulihkan fleksibiliti, julat pergerakan sendi dan kekuatan otot kaki.
  • Fasa III – beransur kembali ke aktiviti asal dan bersenam selalu.

Bagi Fasa akut, matlamat adalah bertujuan untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan, melindungi daripada kecederaan lagi dan membantu berjalan ikut kemampuan tahan sakit yang ada. Ikut garis panduan P.R.I.C.E. :

  • Lindung (Protect) mengelakkan pergelangan kaki yang tercedera daripada melakukan aktiviti yang berat.
  • (Rest) Rehatkan kaki anda dengan tidak menangung berat. Hadkan galas berat badan.
  • Ais (Ice) untuk mengawal atau mengurangkan bengkak. Untuk mengelakkan frost bite atau ice burn, jangan letakkan ais secara langsung pada kulit dan jangan letakkan ais lebih daripada 20 minit pada satu masa.
  • Compression – Balutan bandage boleh membantu mengawal bengkak serta mengurangkan pergerakkan yang menyakitkan dan menyokong kecederaan anda.
  • Elevation – Baring dan rehatkan kaki anda pada paras yang lebih tinggi daripada jantung anda. Kaki boleh di ampu atas bantal.

1. Mengurangkan Kesakitan 

Haba dan terapi sejuk digunakan untuk meningkatkan relaksasi dan mengurangkan kesakitan. Adalah penting untuk menggunakan ais selepas senaman dan selepas apa-apa aktiviti yang menyebabkan ketidakselesaan. Rangsangan dengan elektrik berdenyut (TENS) juga boleh digunakan untuk melegakan kesakitan. Rangsangan elektrik ini dapat membantu meningkatkan peredaran darah, seterusnya meningkatkan proses penyembuhan dan mengurangkan bengkak atau ketidak selesaan.

2. Senaman

Senaman regangan dan kekuatan perlu dilakukan secara teratur. Senaman akan memulihkan pergerakan dan mengekalkan kekuatan yang mencukupi dan kestabilan sendi buku lali. Mobilisasi awal akan membantu dengan keselesaan serta balik berkerja lebih awal Senaman perlu di lakukan secara berperingkat selepas sakit awal dan bengkak telah surut, biasanya dalam masa 5-7 hari. Pertama adalah pemulihan julat pergerakkan sendi yang sepatutnya bermula apabila anda boleh meletakkan berat pada kaki yang terlibat. Dibawah ini contoh senaman yang boleh dilakukan dirumah jika anda mengalami terseliuh buku lali. Lakukan dua kali sehari.

terseliuh-buku-lali2  terseliuh-buku-lali3 
Ketika duduk, gerakkan kaki anda ke atas dengan perlahan-lahan dan rasa tegangan di bahagian betis anda, Tahan untuk kiraan 10. Ulang 10 kali  Dari kedudukan permulaan, tolak kaki anda kebawah sejauh yang mungkin. Lakukan perlahan-lahan.dan rasa regangan di sendi pergelangan kaki.Tahan untuk kiraan 10. Ulang 10 kali
 terseliuh-buku-lali4  terseliuh-buku-lali5
Sambil duduk, bawa kaki anda ke bawah dan ke dalam. Tahan untuk kiraan 10.Ulang 10 kali Dalam kedudukan yang sama, kaki anda ke luar dan ke atas. Tahan untuk kiraan 10. Ulang 10 kali.  
 terseliuh-buku-lali6  terseliuh-buku-lali7
Tolak objek yang tetap seperti sofa, dengan bahagian dalam kaki anda. Tahan untuk kiraan 10.Ulang 10 kali. Tolak objek yang tetap seperti sofa dengan bahagian luar kaki anda. Tahan untuk kiraan 10.Ulang 10 kali.
terseliuh-buku-lali8  terseliuh-buku-lali9
Tolak getah elastik sejauh yang boleh dengan tapak kaki sambil memegang hujung nya. Kemudian kembali ke kedudukan permulaan. Ulang 10 kali. Tarik getah elastik dengan kaki anda. Kembali ke kedudukan permulaan dan ulang sebanyak 10 kali. 
terseliuh-buku-lali10  terseliuh-buku-lali11
Tarik getah elastik ke arah atas dan keluar. Kemudian kembali ke kedudukan permulaan. Ulang 10 kali. Tarik getah elastik ke arah bawah dan ke dalam. Kemudian kembali ke kedudukan permulaan. Ulang 10 kali.
terseliuh-buku-lali12

Regangan ini boleh dilakukan hanya apabila sakit di buku lali anda telah kurang dengan ketara.

Berdiri di tepi tangga seperti di gambar rajah. Turunkan kedua dua tumit anda sejauh yang boleh dan tahan dengan kiraan 10. Ulang 10 kali. 

Sebaik sahaja anda telah mendapat semula pergerakan dan kekuatan otot di pergelangan kaki anda, anda sudah bersedia untuk aktiviti sukan ringan seperti berjoging dan berbasikal.

Pencegahan

Cara terbaik untuk mengelakkan terseliuh buku lali adalah dengan mengekalkan kekuatan, keseimbangan dan fleksibiliti otot yang baik.

  • Amalkan pemanasan badan sebelum melakukan senaman dan aktiviti lasak
  • Beri perhatian kepada tempat/permukaan anda berjalan, berlari atau bekerja.
  • Pakai kasut yang baik
  • Beri perhatian kepada tanda-tanda amaran badan apabila anda merasa sakit atau keletihan.

Rujukan

  1. Denegar, C., Hertel, J., Fonseca, J.(2002). The Effect of Lateral Ankle Sprain on Dorsiflexion Range of Motion, Posterior Talar Glide, and Joint Laxity. J Orthop Sports Phys Ther. 32(4):166-173.
  2. Docherty CL, Moore JH, Arnold BL. Effects of strength training on development and joint position sense in functionally unstable ankles. J Athl Train. 1998; 33(4):310-314.
  3. Garrick, J.G.(1977). The frequency of injury, mechanism of injury and epidemiology of ankle sprains. Am J Sports Med. 5(6): 241-242.
  4. Hintermann B.(1999). Biomechanics of the unstable ankle joint and clinical implications. Med Sci Sports Exerc. 31(7):S459-69.
  5. http://orthoinfo.aaos.org/  Retrieved August 3, 2015
  6. http://www.webmd.com/pain-management/types-of-ankle-sprains (Retrieved August 3, 2015)

Sumber Gambar

  1. www.aofas.org/footcaremd/how-to/foot-injury/
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Ismawi bin Ismail 
Akreditor : Daaljit Singh a/l Harbachan Singh 
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

Penyakit

PENYAKIT BERJANGKIT JANGKITAN PARASIT MIKROBIOLOGI KESIHATAN REPRODUKTIF DIAGNOSIS MAKMAL VAKSIN

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,236,369

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia