A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Warga Emas
  8. /
  9. Perawatan Fisioterapi bagi Penggantian...

Perawatan Fisioterapi bagi Penggantian Sendi Pinggul

Penggantian sendi pinggul sepenuhnya adalah prosedur pembedahan di mana rawan yang berpenyakit dan tulang sendi pinggul digantikan dengan bahan tiruan.

Pengenalan

  sendi pinggul 2 sendi pinggul 1

Penggantian sendi pinggul sepenuhnya adalah prosedur pembedahan di mana rawan yang berpenyakit dan tulang sendi pinggul digantikan dengan bahan tiruan. Penggantian sendi pinggul melibatkan pembedahan kepala tulang femur serta soket yang berpenyakit di gantikan prostesis yang di buat daripada logam (atau seramik) dan plastik.

Masalah dan kekangan yang dihadapi oleh pesakit dalam jumlah penggantian pinggul.

Biasanya, penggantian sendi pinggul dilakukan kerana sakit akibat kerosakkan yang teruk pada sendi pinggul. Punca kerosakkan ini adalah paling biasa di sebabkan oleh osteoarthritis. Artritis ini selalunya terjadi dengan proses penuaan, kecacatan sejak lahir pada sendi pinggul, atau trauma pada sendi pinggul.

Orang yang mendapat manfaat daripada pembedahan penggantian sendi pinggul sering mempunyai :

  • Sakit sendi pinggul yang menghadkan aktiviti harian, seperti berjalan atau semasa membengkok sendi pinggul.
  • Sakit yang berterusan, walaupun ketika berehat.
  • Kekejangan otot di pinggul yang menghadkan keupayaan untuk bergerak atau mengangkat kaki
  • Rasa sakit yang tidak dapat di kurangkan dengan ubat-ubatan anti radang, terapi fizikal, atau alat bantuan berjalan

Apakah perawatan fisioterapi selepas penggantian sendi pinggul?

Tujuan rawatan fisioterapi adalah untuk membolehkan pesakit berjalan dan beraktif. Mengelakkan kontraktur (kecacatan), meningkatkan pendidikan pesakit dan menguatkan otot sekitar sendi pinggul melalui latihan yang dikawal.
Sesetengah doktor akan mengesyorkan program senaman sebelum pembedahan untuk membina otot dan meningkatkan fleksibiliti. Ini akan membantu pemulihan anda dengan cepat.
Selepas pembedahan, pesakit di ajar senaman pernafasan dan teknik batuk berkesan untuk membuang kahak. Ini akan mengelakkan kesesakan paru-paru dan saluran udara kecil dari tersumbat.

  1. Senaman
    Senaman aktif dan kekuatan otot perlu dilakukan secara teratur. Senaman akan memulihkan pergerakan dan mengekalkan kekuatan yang mencukupi dan kestabilan sendi pinggul anda selepas pembedahan.
senaman
  1. Baring secara terlentang dengan kaki diluruskan.
  2. Keraskan kedua-dua otot punggung dan tahan  5 saat.
  1. Lakukan sebanyak 10 ulangan sebanyak 3 kali
senaman1
  1. Baring secara terlentang dengan kaki diluruskan.
  2. Keraskan otot paha dan tekan belakang lutut ke permukaan katil dan tahan 5 saat.
  1. Lakukan sebanyak 10 ulangan sebanyak 3 kali
senaman2 senaman 3
  1. Baring secara terlentang dengan kaki diluruskan.
  2. Bengkokkan lutut dan gerakkan tumit kaki ke arah

punggung, tahan selama 5 saat.

  1. Lakukan sebanyak 10 ulangan sebanyak 3 kali
senaman 4
  1. Baring terlentang dengan kaki diluruskan.
  2. Gerakkan kaki yang dibedah ke sisi dan kembali semula ke kedudukan asal.
  1. JANGAN silangkan kaki anda
  2. SENTIASA PASTIKAN jari-jari kaki menghala ke atas.
  1. Lakukan sebanyak 10 ulangan (3 set).
 senaman 5
  1. Baring terlentang dengan kaki yang tidak bermasalah dibengkokkan.
  1. Angkatkan kaki yang dibedah setinggi 6 inci selama 5 saat.
  1. Lakukan 10 ulangan sebanyak 3 kali.

Langkah berjaga-jaga selepas penggantian sendi pinggul

  1. Elakkan kombinasi pergerakan dengan sendi pinggul baru anda. Sebagai contoh, tidak duduk dengan kaki bersilang, kerana dalam kedudukan itu anda telah melakukan kombinasi pergerakan iaitu membengkokkan pinggul dan menyilangkan sendi pinggul anda.
senaman 6 senaman 7

2.  Elak membengkokkan sendi pinggul anda lebih dari 90 darjah. Ahli fisioterapi boleh mencadangkan idea-idea ini untuk menghalang anda membengkokkan sendi pinggul :

    • Jangan duduk di atas kerusi rendah, katil, atau tandas. Anda boleh mendapatkan kerusi khas untuk tempat duduk tandas anda buat sementara waktu.
    • Jangan menaikkan lutut anda lebih tinggi dari paras sendi pinggul anda.
    • Jangan bersandar ke depan semasa anda duduk, atau semasa anda berdiri dari duduk.
    • Jangan angkat lutut anda lebih dari 90 darjah. Jangan tunduk badan ke bawah untuk mengikat kasut anda.

3. Untuk lapan minggu yang pertama, Jangan bawa kaki anda (bersilang) lebih dari pusat badan anda ke arah kaki yang lain.

 senaman 8.jpg

Jangan silangkan kaki. Berhati-hati ketika anda bergerak masuk atau keluar dari katil atau kereta. Pastikan kaki anda tidak bersilang melebihi separuh badan anda.

4. Jangan menghala kaki anda terlalu jauh ke dalam/luar kaki anda harus menghala ke hadapan.

 senaman 9.jpg senaman 10.jpg

Apakah prognosis penggantian sendi pinggul?

Pendidikan pesakit adalah penting bagi memastikan jangka hayat sendi pinggul yang diganti. Senaman berat seperti berlari atau sukan lasak seperti bolasepak adalah di larang kerana aktiviti-aktiviti ini boleh merosakkan sendi pinggul yang diganti. Berenang adalah senaman yang bagus untuk meningkatkan kekuatan otot dan menggalakkan mobiliti dan daya tahan. Anda harus sentiasa ingat dan memberitahu penjaga anda yang anda mempunyai sendi pinggul tiruan.

Rujukan

  1. American Academy of Orthopaedic Surgeons (2009). Activities after hip replacement. Available online: http://orthoinfo.aaos.org/topic.cfm?topic=a00356.
  2. Imamura M, et al. (2012). Single mini-incision total hip replacement for the management of arthritic disease of the hip: A systematic review and meta-analysis of randomized controlled trials. Journal of Bone and Joint Surgery, American Version, 94(20): 1897–1905.
  3. http://orthoinfo.aaos.org/topic.cfm/. Retrieved 10 August 2015

Sumber Gambar

  1. http://www.medicinenet.com/total_hip_replaceme Retrieved 10 August 2015
  2. Perkhidmatan Fisioterapi, Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu
  3. Unit Fisioterapi , Hospital Melaka
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Ismawi bin Ismail
Akreditor : Daaljit Singh a/l Harbachan Singh
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,056,317

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia