A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Remaja
  8. /
  9. Peranan Fisioterapi Di dalam...

Peranan Fisioterapi Di dalam Patellar Tendinopathy ( Jumper’s Knee)

Jumper’s Knee merupakan permasalahan pada patellar tendon. Tendinopathy bermaksud kesakitan tendon yang berpanjangan dan ianya sudah pasti

Apa itu Jumper’s Knee?

 Jumper’s Knee merupakan diagnosis bagi permasalahan pada patellar tendon. Kesakitan Jumper’s Knee yang berpunca daripada kecederaan tertentu selalunya berlaku secara berkala dan berulangan.

Secara klinikal, kesakitan yang terasa spesifik di sepanjang patellar tendon yang terletak di bawah tempurung lutut. Istilah tendinopathy bermaksud kesakitan tendon yang berpanjangan dan ianya sudah pasti mengurankan kualiti hidup penghidap dengan mengganggu penglibatan mereka di dalam kebanyakan aktiviti sukan dan rekreasi.

Siapakah yang berisiko untuk mendapat Jumper’s Knee?

  • Risiko Jumper’s Knee adalah tinggi di kalangan atlet (Zwerver J, 1988).
  • Sukan yang diceburi. Prevalen Jumper’s Knee adalah tinggi di dalam sukan bola tampar (14.4%) berbanding bola sepak (2.5%) (Zwerver J, 1988).
  • Berlebihan beban (Overload). Individu yang melakukan aktiviti bebanan melebihi kemampuan tendonnya berisiko untuk mengalami Jumper’s Knee.
  • Bebanan penyimpanan tenaga dan bebanan lompatan. Aktiviti yang tiada bebanan penyimpanan tenaga dan bebanan lompatan (berbasikal & berenang) dan sukan dengan bebanan lompatan yang rendah (berlari) kurang berisiko mengalami Jumper’s Knee berbanding sukan dengan lompatan yang tinggi beserta berubah arah (bola tampar & badminton).

Apakah gejala Jumper’s Knee?

  • Sakit semasa aktiviti bebanan tinggi seperti lompatan dan mengubah arah.
  • Sakit di kebanyakan aktiviti harian terutamanya ketika menaiki tangga dan mencangkuk.
  • Kesakitan jarang dirasai ketika pagi dan malam melainkan kecederaan yang serius.

Apakah tanda-tanda Jumper’s Knee?

Pengecilan otot peha dan betis pada anggota yang terlibat

Apakah komplikasi Jumper’s Knee?

Patellar tendon putus. Namun begitu, ianya hanya kerap berlaku di kalangan golongan tua (umur melebihi 65 tahun) (Kannus P & Natri A, 1990).

Faktor dan risiko berlakunya Jumper’s Knee

Faktor berlakunya Jumper’s Knee terbahagi kepada luaran dan dalaman:

a. Faktor luaran

Faktor ini kebanyakannya melibatkan persekitaran latihan atlet seperti berikut:

  • Penambahan kekerapan latihan

         Faktor ini merupakan faktor utama yang mengakibatkan Jumper’s Knee

  • Permukaan lantai tempat latihan

          Permukaan lantai yang keras meningkatkan gejala Jumper’s Knee

  • Kadar penyerapan bebanan

          Kasut latihan jenis menyerap bebanan sangat diperlukan ketika menjalani latihan di permukaan yang keras

      b.  Faktor dalaman

  1. Jantina

          Lelaki lebih berisiko 2 hingga 3 kali ganda untuk mengalami Jumper’s Knee berbanding perempuan (Visnes H & Bahr R., 2013).

  1. Berat dan tinggi

          Jumper’s Knee kerap berlaku di kalangan atlet yang bertubuh tinggi dan berat (Zwerver J, 1988). Perubahan kinematik anggota   

         bawah (pelvik dan kaki) turut menyumbang berlakunya Jumper’s Knee seperti berikut:

  1. Kepanjangan dan kekuatan otot peha

          Otot quadriceps dan hamstrings yang tegang dan pendek meningkatkan kebarangkalian berlakunya Jumper’s Knee dan kekuatan     

          otot terbukti dapat menambah kefungsian dan ketahanan otot (Crossley KM et. al., 2007).

  1. Struktur tapak kaki

          Struktur tapak kaki yang rendah akan meningkatkan risiko Jumper’s Knee (Crossley KM et. al., 2007).

  1. Gerakan buku lali

           Pengurangan gerakan buku lali dorsiflexion (gerakan ke atas) akan meningkatkan risiko Jumper’s Knee (Malliaras P., 2006).

  1. Ukuran lilit pinggang

          Ukuran lilit pinggang yang luas akan meningkatkan risiko Jumper’s Knee (Malliaras P, Cook JL., 2007).

Bagaimana untuk menguji berlakunya Jumper’s Knee?

  • Sakit di sepanjang patellar tendon apabila ditekan
Arahan
a)     Posisi            Duduk
b)    Kaedah      Tekan di sepanjang tendon di bawah tempurung
c)     Tanda positif   Sakit mencucuk di sepanjang tendon

Gambar 1 

Rujukan : Unit Fisioterapi Hospital Melaka

  • Single-leg decline squat

 

 Arahan
a)     Posisi             Berdiri pada kaki yang cedera di atas papan menjunam (seperti di gambar)
b)    Kaedah    Cangkuk secara perlahan-lahan
c)     Tanda positif   Sakit mencucuk di sepanjang tendon pada kaki yang cedera

Gambar 2

Rujukan : Unit Fisioterapi Hospital Melaka

  • Kefungsian Kinetic chain (eg Single-Leg hop test)
 Arahan
a)     Posisi          : Berdiri pada kaki yang cedera
b)    Kaedah     : Lompat dan berdiri pada kaki yang sama sejauh yang mampu
c)     Tanda positif  : Sakit mencucuk di sepanjang tendon pada kaki yang cedera

Gambar 3

Rujukan : Unit Fisioterapi Hospital Melaka

Peranan Fisioterapi di dalam Jumper’s Knee

Walaupun Jumper’s Knee tidak boleh sembuh sepenuhnya, gejala Jumper’s Knee boleh dikurangkan dengan rawatan Fisioterapi seperti berikut:

1. Rawatan secara pasif

    a. Pengurusan tekanan bebanan tanpa rehat sepenuhnya

  • Elakkan aktiviti bebanan anggota bawah
  • Hentikan elemen bebanan yang tinggi di dalam latihan
  • Kurangkan kekerapan latihan (optimum 2 kali seminggu mengikut keupayaan)
  • Pendekkan tempoh latihan

    b. Modaliti mengurangkan kesakitan

  • Modaliti haba, sejuk, pulsed ultrasound dan shockwave therapy terbukti berkesan bagi mengurangkan kesakitan

    c. Bracing dan teknik taping

  • Bertujuan untuk mengurangkan kesan bebanan pada patellar tendon

    d. Teknik Terapi Manual

  • Urutan Transverse friction  terbukti berkesan secara cepat dan berkala (Stasinopoulos D. et. al., 2004
  • Manipulasi otot Quadriceps memberi kesan positif dan berjaya mengurangkan kesakitan Jumper’s Knee secara cepat dan berkala (Pedrelli A, Stecco C & Day JA., 2009)

2. Rawatan secara aktif

     1.  Senaman regangan

Regangan otot hamstring   

Posisi     : Duduk memanjang                 

Arahan  : Luruskan lutut & tarik buku lali ke atas,Tahan 30 saat (Ulang 8-10 kali) 

Regangan otot calf     

Posisi      : Berdiri berdepan dinding                

Arahan   : Luruskan lutut cedera di belakang & pastikan tumit menjejak lantai, Tahan 30 saat  (Ulang 8-10 kali) 

Sumber: Unit Fisioterapi Hospital Melaka

2. Senaman kekuatan

a) Kekuatan isometric

Senaman kekuatan isometric Quadriceps

 Posisi           : Duduk memanjang                 

  Arahan         : Luruskan lutut & arahkan buku lali ke atas  dan tahan selama 30 saat  (Ulang 8-10 kali/ 2-3 set)

b) Kekuatan isotonic

Senaman kekuatan isotonic Quadriceps

Posisi           : Duduk tegak

Arahan        : Luruskan lutut & arah buku lali ke atas  dan tahan selama 15 saat (Ulang 8-10 kali/ 2-3 set)

 

c) Kekuatan kefungsian

Lunges

Posisi          : Lutut cedera di hadapan                  

Arahan        : Bengkok peha & lutut & pastikan lutut hadapan tidak melebihi tapak kaki (Ulang 8-10 kali / 2-3 set)

3. Latihan Proprioceptive

  Single-leg standing (buka mata – tutup mata)
Posisi           : Berdiri pada kaki yang cedera                  

Arahan        : Cuba imbangi badan dan tahan selama 30 saat (Ulang 3 kali)

3. Nasihat

  •  Pemantauan kesakitan amat penting sebelum dan semasa Program Return To Sport
  • Senaman merupakan elemen terpenting di dalam rawatan Jumper’s Knee dan perlu diberi penekanan di sepanjang Program Pemulihan yang mengandungi senaman kinetic chain, teknik daratan yang betul serta cara pengurusan bebanan yang bersesuaian (Cook JL, Purdam CR., 2014).

Rujukan

  1. Cook JL, Purdam CR. The challenge of managing tendinopathy in competing athletes. Br J Sports Med. 2014;48:506–509.    38
  2. Crossley KM, Thancanamootoo K, Metcalf BR, Cook JL, Purdam CR, Warden SJ. Clinical features of patellar tendinopathy and their implications for rehabilitation. J Orthop Res. 2007;25:1164–1175. 18
  3. Kannus P, Natri A. Etiology and pathophysiology of tendon ruptures in sports. Scand J Med Sci Sports. 1997;7:107–112.   5
  4. Malliaras P, Cook JL, Kent P. Reduced ankle dorsiflexion range may increase the risk of patellar tendon injury among volleyball players. J Sci Med Sport. 2006;9:304– 309.    23
  5. Malliaras P, Cook JL, Kent PM. Anthropometric risk factors for patellar tendon injury among volleyball players. Br J Sports Med. 2007;41:259–263.   26
  6. Pedrelli A, Stecco C, Day JA. Treating patellar tendinopathy with Fascial Manipulation. J Bodyw Mov Ther. 2009;13:73–80.   51
  7. Stasinopoulos D, Stasinopoulos I. Comparison of effects of exercise programme, pulsed ultrasound and transverse friction in the treatment of chronic patellar tendinopathy. Clin Rehabil. 2004;18:347–352.  50
  8. Visnes H, Bahr R. Training volume and body composition as risk factors for developing jumper’s knee among young elite volleyball players. Scand J Med Sci Sports. 2013;23:607–613. 16
  9. Zwerver J, Bredeweg SW, van den Akker-Scheek I. Prevalence of Jumper’s knee among non elite athletes from different sports: a cross-sectional survey. Am J Sports Med. 2011;39:1984–1988.  3

Rujukan gambar

1.    (2015) Unit Fisioterapi Hospital Melaka. Diambil pada Oktober 29 2015.

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Mohd Naqiuddin bin Johar
Akreditor : Se To Phui Lin
Penyemak : Halimah bt. Hashim

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,092,071

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia