Home > Ubat & Anda > Penyusuan & Ubat

Penyusuan & Ubat

Apakah kesan ubat-ubatan ke atas penyusuan susu ibu?

Penggunaan ubat-ubatan dalam tempoh penyusuan susu ibu kadang-kala menjadi satu keperluan kepada ibu. Penyusuan bayi sewaktu pengambilan ubat oleh ibu kadang-kala boleh memudaratkan bayi. Bagi mengurangkan risiko bayi anda terdedah pada ubat-ubatan, anda haruslah berbincang dengan doktor ataupun ahli farmasi mengenai ubat anda.

Bagaimanakah anda dapat mengurangkan pendedahan bayi anda terhadap ubat-ubatan?

  • Beritahu doktor bahawa anda menyusukan anak setiap kali mendapatkan rawatan.
  • Berhentikan sementara pengambilan ubat-ubatan yang tidak menjadi keperluan.
  • Tangguhkan penyusuan badan buat sementara waktu jika perlu.
  • Ambil ubat segera selepas penyusuan anak dilakukan, bagi menentukan kesan ubat berada pada tahap paling rendah untuk penyusuan akan datang.
  • Ambil ubat sebelum waktu tidur bayi yang panjang.

Apakah langkah pengawasan yang perlu anda ambil?

  • Mintalah nasihat dari doktor ataupun ahli farmasi sebelum mengambil sesuatu ubat.
  • Sekiranya anda perlu mengambil ubat ketika penyusuan susu ibu, pastikan anak diperiksa selalu bagi mengesan kesan sampingan yang mungkin berlaku.

Ubat-ubatan yang kerapkali digunakan

Ubat-ubatan
Komen/Ulasan
Penahan sakit dan Analgesik
  • Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini apabila diambil dengan yang kerap
  • Makanlah dengan berhati-hati dan berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi berhubung ubat-ubatan anda
  • Paracetamol
  • NSAIDS(Ubat anti-radang tanpa steroid, contohnya diklofenak, asid mefenamik, naproksen)
Antihistamines
  • Penggunaannya tidak disyorkan. Boleh mengurangkan pengeluaran susu ibu, dan menyebabkan bayi meragam. Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi.
  • Chlorpheniramine, loratadine
Antasid
  • Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
  • Mylanta, Maalox, Gelusil
Ubat cirit-birit
  • Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
  • Gunakan dengan berhati-hati. Berbincanglah dengan ahli farmasi.
  • Penggunaan tidak disyorkan.
  • Kaolin
  • Loperamid
  • Atropin dengan difenoksilat
Sediaan ubat batuk dan selsema
  • Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
  • Gunakan dengan berhati-hati.Berbincanglah dengan ahli farmasi.
  • Gunakan dengan berhati-hati. Boleh mengurangkan pengeluaran susu dan menyebabkan bayi meragam. Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi.
  • Dekstrometorfan
  • Folkodein
  • Pseudoefedrin
Ubat sedut untuk asma
  • Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini.
  • Salbutamol, Terbutalin


Inhaler

Julap
  • Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
  • Boleh menyebabkan cirit- birit pada bayi.
  • Kumpulan pembentukan najis (Bulk forming)
  • Julap perangsang
Ubatan cacing
  • Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini.
  • Pengambilan tidak digalakkan semasa penyusuan susu ibu.
  • Pirantel pamoat
  • Mebendazol / Albendazol
Lain-lain
  • Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini jika makan mengikut dos yang disarankan oleh doktor.
  • Sediaan Zat Besi untuk Anaemia
  • Iodides
  • Penggunaannya adalah dilarang semasa penyusuan susu badan, ianya mungkin memberi kesan kepada kelenjar tiroid. Jika perlu digunakan, hentikan penyusuan susu ibu.
  • Nikotin (bagi rawatan pengurangan tabiat merokok)
  • Boleh mengurangkan pengeluaran susu, menyebabkan bayi muntah, cirit birit dan meragam.
  • Jangan guna sewaktu tempoh penyusuan ibu
  • Vitamin ( A, B, C, D, E, K )
  • Berhati-hati dengan pengambilan vitamin D, E, piridoksin dan tiamin dalam kuantiti yang banyak.
  • Kafein
  • Jumlah kafein yang banyak memberi kesan yang tidak selesa kepada bayi.

Bahan-bahan yang mendatangkan kemudaratan

Alkohol/Ethanol
  • Minuman beralkohol
  • Penggunaan yang kerap adalah membahayakan. Penggunaan bermusim juga boleh mendatangkan risiko.
Asap rokok
  • Nikotin dan pelbagai kimia (perokok aktif atau pasif)
  • Jangan merokok ketika menyusukan anak.Mungkin meningkatkan risiko kematian bayi secara mengejut (SIDS).Mungkin meningkatkan risiko jangkitan kuman pada sistem pernafasan dan telinga
Penyalahgunaan Dadah
  • Kokain dan Pensaiklidin (PCP)
  • Amfetamin, heroin and marijuana
  • Memberikan kesan keracunan pada bayi anda
  • Memberikan pelbagai kesan termasuklah tidak selesa, gangguan tidur, menggigil dan muntah-muntah. Bayi juga boleh menjadi ketagih dengan pengambilan dadah ini melalui susu badan.

 

Semakan Akhir : 23 April 2014
Penulis : Che Pun bt. Bujang
Dr. Nour Hanah bt. Othman
Kamariah Shamsinar bt. Kamarul Baharin
Siti Nurul Fathihah bt. Baharudin
Hazlin bt. Othman
Penyemak : Atika Mahfuza bt. Mahbub