A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Penyembuhan Tulang

Pengenalan

Tulang yang cedera atau patah berpotensi untuk sembuh semula.Ia merupakan tisu yang unik di mana ia mampu untuk tumbuh semula dan membentuk hingga normal atau hampir normal.

Bagaimana tulang sembuh?

Proses penyembuhan tulang berlaku dalam 5 peringkat:

  1. Inflammasi dan pembekuan darah (72 jam pertama)
  2. Pembentukan tulang lembut (2 hari ke 2 minggu)
  3. Pembentukan tulang keras.( 2-6 minggu)
  4. Union (sembuh sepenuhnya)-3-6 bulan

Apakah yang diperlukan untuk penyembuhan tulang?

Tulang boleh sembuh dengan sempurna jika saliran darah ke tulang masih utuh, jarak antara dua tulang yang patah rapat dan ianya diimmobilisasikan dengan stabil.

Faktor yang memberansangkan proses penyembuhan tulang boleh dibahagikan kepada faktor am dan lokal

Faktor am
Lokal
Umur yang muda Patah yang tidak teruk
Tiada masalah kesihatan lain Tiada serpihan tulang yang hilang
Aktif Bekalan darah yang utuh
Fungsi saraf yang baik Tulang di persekitaran sendi
Tahap pemakanan yg sihat Cukup masa immobilisasi dan stabil
Bukan perokok Tidak dirumitkan oleh jangkitan kuman
Pergerakan awal setelah disyorkan oleh doktor

Faktor yang menyebabkan masalah penyembuhan?

Faktor am
Faktor lokal
Lanjut usia Patah berkecai
Masalah perubatan Urat atau tisu antara dua serpihan tulang
Tidak aktif Bekalan darah yang terjejas
Fungsi saraf yang rosak Tulang yang tidak normal
Kekurangan zat makan Terlalu awal menggunakan bahagian yang cedera
Ubat-ubatan (steroid) Jangkitan kuman
Merokok Lambat menapak

Bagaimana doktor boleh membantu?

Tulang yang patah boleh dirawat samada dengan pembedahan atau tidak. Ini akan ditentukan oleh pakar bedah ortopedik atau doktor yang dilatih dalam bidang berkenaan. Rawatan konservatif dengan simen atau pembedahan menggunakan alatan besi bolehlah digunakan.

Apakah komplikasi yang boleh berlaku?

  • Penyembuhan di dalam posisi yang salah
  • Penyembuhan pada kadar lambat
  • Gagal untuk bercantum sama sekali

Kenapa komplikasi berlaku?

Ianya sering berlaku apabila pesakit tidak menerima rawatan doktor atau lambat ke hospital. Rawatan tradisional adalah tidak digalakkan. Ia selalunya bermasalah dan sukar dirawat

Rujukan

Campbell Operative Orthopaedics

Orthoteers Syllabus

Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Izan Ibrahim
Penyemak : Dr. Heselynn Hussein

 

Artikel Berkaitan

Chlamydia

Chlamydia adalah jangkitan bakteria yang kerapkali berlaku di Malaysia. Ia dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan seks.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,288,501

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia