A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Penyediaan Laporan Perubatan di...

Penyediaan Laporan Perubatan di Hospital

Definisi

LAPORAN PERUBATAN adalah dokumen yang disediakan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pengamal pergigian berdaftar yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia (Akta Fi 1951-Perintah Fi (Perubatan) 1982 mengenai masalah kesihatan dan rawatan yang diperolehi oleh seorang pesakit di hospital atau mana-mana kemudahan kesihatan berdasarkan rekod perubatan pesakit tersebut”. (Petikan dari Guideline of The Malaysian Medical Council – Jan 2007).

PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN boleh dibuat melalui:

  1. Datang terus ke Jabatan Rekod Perubatan di Hospital-hospital KKM dengan menggunakan Format Borang KKM/LP/1/2008 (Lampiran 1) yang boleh didapati di Kaunter Jabatan Rekod Perubatan, di hospital-hospital KKM
  2. Menulis terus kepada Pengarah hospital.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN semasa permohonan laporan perubatan adalah mengikut kategori permohonan. (Rujuk Jadual 1)

CAJ BAYARAN adalah tertakluk kepada Akta FI 1951 Jadual H Bahagian 4

Laporan ringkas/pendapat oleh Pegawai Perubatan ………RM40
Laporan ringkas/pendapat oleh Pakar……………………….RM80
Pendapat lengkap oleh Pakar………………………………….RM200-RM1000

– bergantung kepada kerumitan menyediakan pendapat. (Rujuk Jadual 2)

Caj bayaran untuk warga asing adalah dua kali ganda caj yang dikenakan keatas warganegara.

TEMPOH PENYEDIAAN Laporan Perubatan:

Pihak hospital akan menyediakan laporan perubatan dalam tempoh yang ditetapkan dan dikira dari tarikh permohonan lengkap diterima:

Hospital Negeri – 4 minggu
Hospital Berpakar – 2 minggu
Hospital Tanpa Pakar – 2 minggu

CARTA PROSES

Penyediaan Laporan Perubatan (Rujuk Jadual 3 dan Jadual 4)

MAKLUMAT LANJUT

Sila rujuk Pekeling Ketua Pengarah Kesihatan 16/2010 “Garis Panduan Penyediaan Laporan Perubatan Di Hospital – hospital dan Institusi Perubatan” di laman web www.moh.gov.my

Semakan Akhir : 2 Disember 2011
Penulis : Pn. Siti Hajar bt. Baharim

 

Artikel Berkaitan

O

Osteoarthritis Osteoporosis

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,183,176

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia