A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Penyakit yang Biasa Dibawa oleh Jemaah dari Malaysia

Kebanyakkan jemaah dari Malaysia yang pergi menunaikan haji menghidapi penyakit seperti berikut:

  1. Hipertensi (Darah Tinggi)
  2. Diabetes (Kencing Manis)
  3. Sakit/lemah Jantung
  4. Asma (lelah/semput)
  5. Sakit Buah Pinggang

Bagi jemaah yang mengalami penyakit tersebut dinasihatkan mengambil langkah-langkah berikut:

  1. Hipertensi (Darah Tinggi)
    • Dapatkan rawatan mengikut temujanji yang telah ditetapkan untuk diperiksa serta khidmat nasihat sebelum bertolak ke Tanah Suci.
    • Bawa bekalan ubat yang mencukupi bagi tempoh tinggal di Tanah Suci.
  2. Diabetes (Kencing Manis)
    • Dapatkan mendapatkan rawatan mengikut temujanji yang telah ditetapkan sehingga penyakit kencing manis ini terkawal.
    • Jumpa dokor jika terdapat tanda-tanda:
      • Kudis/ luka-luka di kaki yang lambat sembuh
      • Menghidap penyakit kulit
      • Penglihatan menjadi kabur
      • Kerap buang air kecil terutama di waktu malam
    • Bawa bekalan ubat yang mencukupi bagi tempoh tinggal di Tanah Suci.
    • Bagi yang menggunakan insulin dinasihatkan membawa bekalan yang mencukupi dan disimpan di dalam bekas sejuk / peti sejuk agar insulin ini tidak mudah rosak.
  3. Sakit/Lemah Jantung
    • Patuhi tarikh temujanji dengan doktor di Malaysia dan di Tanah Suci
    • Bawa bekalan ubat yang mencukupi bagi tempoh tinggal di Tanah Suci terutamanya ubat yang sukar didapati atau ubat khas seperti :
      • Lovastation
      • Amidarone atau
      • Lain-lain
        Kadang-kadang ubat-ubat ini tidak dibekalkan oleh Lembaga Tabung Haji dan Petugas Perubatan. Ubat ini terpaksa dibeli oleh jemaah haji.
    • Guna kemudahan kerusi roda jika tidak mampu berjalan terutama semasa tawaf atau saie
    • Mohon penerbangan lewat ke Tanah Suci dan penerbangan awal balik ke tanah air
    • Jika keadaan kesihatan tidak mengizinkan, jemaah dinasihatkan menangguh pemergian ke Tanah Suci pada tahun berikutnya
  4. Asma (Lelah / Semput)
    • Dapatkan rawatan mengikut temujanji yang telah ditetapkan untuk diperiksa serta khidmat nasihat sebelum bertolak ke Tanah Suci.
    • Bawa bekalan ubat/haler yang mencukupi bagi tempoh tinggal di Tanah Suci
    • Mohon penerbangan lewat ke Tanah Suci dan penerbangan awal balik ke tanah air
    • Pakai topeng mulut (mask) () untuk mengelak debu dan habuk-habuk semasa di tempat-tempat yang sesak.
  5. Sakit Buah Pinggang
    • Bakal Jemaah haji yang memerlukan kemudahan haemodialisis, dinasihatkan mendapat surat kebenaran daripada Pakar Buah Pinggang Nefrologi di hospital Kerajaan
    • Ini bagi menentukan status kesihatan pesakit memandangkan kemudahan haemodialisis adalah terhad dan hanya terdapat di Hospital Arab sahaja
    • Teruskan rawatan mengikut peraturan yang di tetapkan oleh doktor
    • Pilih penerbangan akhir sebelum 20 Zulkaedah masuk ke Mekah dan pendekkan tempoh berada di Tanah Suci.
    • Jika keadaan kesihatan tidak mengizinkan, jemaah dinasihatkan menangguh pemergian ke Tanah Suci pada tahun berikutnya
Semakan Akhir : 13 November 2009
Penulis/Akreditor : Dr. Khalid b. Ibrahim
  : Arizah Zainuddin

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,238,400

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia