Home > Remaja > Kesihatan Seksual > Penyakit Radangan Pelvik (PID)

Penyakit Radangan Pelvik (PID)

Apa itu Penyakit Radangan Pelvik?

  • Ia adalah sejenis penyakit berjangkit yang progresif berlaku pada tiub falopian, rahim, servik dan / atau ovari.
  • Kebanyakan remaja perempuan mengalami PID dari jangkitan seksual (STIs).

 

Apakah gejala Penyakit Radangan Pelvik?

Gejala Penyakit Radangan Pelvik adalah pelbagai. Meliputi tiada gejala kepada gejala yang teruk. Gejala-gejala ini termasuklah:

  • Sakit di bawah bahagian abdomen
  • Lelehan vagina yang banyak, berbau busuk dan berwarna tidak normal
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Darah haid yang terlalu banyak dengan kesakitan yang berlebihan
  • Perdarahan antara kitaran haid
  • Menggigil, demam dan muntah
  • Kepenatan yang berlebihan
  • Hilang selera makan
  • Sakit pinggang
  • Kencing sakit dan lebih kerap

 

Apa akan berlaku jika anda menghidap Penyakit Radangan Pelvik?

  • Ia akan menyebabkan parut dalaman yang teruk dan mengakibatkan kemandulan.
  • Jika seseorang itu hamil, parut dalaman akan menyebabkan kehamilan ektopik (kehamilan diluar rahim).
  • Ia boleh menyebabkan nanah berkumpul di tiub fallopian dan ovari.

 

Bagaimana mengesan dan merawat Penyakit Radangan Pelvik?

  • Anda dikehendaki menjalani pemeriksaan pelvik dan lelehan genital akan dianalisa
  • Ujian kehamilan juga dibuat
  • Untuk mengesan Penyakit Radangan Pelvik, pemeriksaan ultrasound juga perlu dibuat
  • Anda akan diberi rawatan antibiotik untuk beberapa minggu
  • Anda harus menghabiskan keseluruhan antibiotik yang diberi. Jika tidak, jangkitan mungkin berulang
  • Jika anda mempunyai gejala yang teruk, anda mungkin dimasukkan ke wad untuk beberapa hari bagi mendapatkan rawatan antibiotik secara intravena
  • Pasangan anda mungkin juga perlu mendapatkan rawatan

 

Bagaimana anda mencegah Penyakit Radangan Pelvik?

PID dapat dicegah melalui :

  • Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
  • Jika anda berumur 16 tahun ke bawah, menjalin hubungan seks adalah salah di sisi undang-undang kecuali anda telah berkahwin.
    • Undang-undang Malaysia menyatakan bahawa perhubungan seks dengan remaja perempuan yang berumur 16 tahun dan ke bawah, samada dengan persetujuan atau tidak, akan mengakibatkan lelaki berkenaan disabitkan kesalahan merogol.
  • Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.
    • Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.
    • Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan Chlamydia, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
    • Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda.

 

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Hargeet Kaur Basant Singh
Penyemak : Dr. Nik Rubiah bt. Nik abd. Rashid