A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Penyakit Pneumokokus

Pengenalan

Penyakit pneumokokus adalah masalah kesihatan awam di seluruh dunia. Streptokokus Pneumonia adalah punca utama radang paru-paru yang teruk di kalangan kanak-kanak berumur bawah 5 tahun. Ia menyebabkan lebih satu (1) juta kematian setiap tahun terutamanya di negara membangun. Jangkitan di negara-negara maju seperti negara perindustrian kerap berlaku dalam kalangan orang tua.

Agen penyebab:

Penyakit pneumokokus merujuk kepada sekumpulan keadaan klinikal yang disebabkan oleh bakteria Steptococcus pneumonia. Jangkitan pneumokokus invasif melibatkan radang-radang paru-paru (pneumonia), radang pada selaput otak (meningitis) dan demam disebabkan oleh bakteremia (bakteria dalam darah). Jangkitan jenis tidak invasif melibatkan otitis media (jangkitan telinga tengah), resdung dan bronkitis.

Cara jangkitan:

  • Secara langsung dari orang kepada orang lain iaitu melalui rembesan mulut dan hidung yang terhambur keluar ke udara semasa pesakit batuk, bersin, bercakap atau mengadakan hubungan oral (ciuman mulut ke mulut); atau
  • Secara tidak langsung iaitu melalui objek (contoh: tisu atau tuala). yang tercemar dengan rembesan mulut dan hidung

Tempoh pengeraman: Tidak menentu. Seawal 1 hingga 3 hari.

Pesakit kronik (seperti kegagalan renal, penyakit hati, diabetes, HIV / AIDS, immunosuppression selepas pemindahan organ, asplenia (limpa tidak berfungsi) dan lain-lain yang melakukan perjalanan adalah berisiko tinggi.

Tempat sesak atau situasi di mana berlaku kontak rapat dan dalam tempoh yang panjang dengan kanak-kanak meningkatkan risiko dijangkiti penyakit semasa melakukan perjalanan. Risiko jangkitan juga meningkat semasa musim sejuk apabila virus seperti Influenza merebak.

Tanda dan Gejala

Demam mengejut (seram sejuk atau menggigil dan/atau lain-lain gejala sistemik seperti myalgia (sakit pada otot), arthralgia (sakit pada sendi), sakit kepala, sakit pada selaput paru-paru (pleural), sukar bernafas, tachypnea (pernafasan yang cepat dan pendek) dan batuk berkahak yang berterusan (rusty sputum).

Komplikasi

Perubahan pada status mental dan boleh membawa maut.

Rawatan

Rawatan simptomatik

Antibiotik: Pneumonia yang teruk dirawat dengan Penisilin G atau Erythromycin. Manakala pneumonia yang kurang teruk, dirawat menggunakan antibiotik seperti Ampicillin, Amoxicillin atau Ciprofloxacin.

Pencegahan

Vaksinasi sebagai Profilaksis.

Jenis vaksin: Polisakarida kapsul dari 23 valen vaksin pneumokokus  (Capsular Polysaccharides of the 23 valent pneumococcal vaccine).

Bilangan dos: Satu (1) dos diberikan secara suntikan ke dalam otot atau di bawah kulit.

Imunisasi semula:

  • Individu yang berisiko tinggi mendapat jangkitan maut pneumokokus seperti pesakit tanpa organ limpa (asplenic) – selepas 6 tahun.
  • pesakit sindrom nephrotic, kegagalan buah pinggang dan penerima transplant – selepas 3 hingga 5 tahun.

Kontraindikasi: Kesan buruk terhadap dos sebelumnya.

Kesan buruk: Sederhana di kawasan setempat.

Sebelum berlepas: Dapatkan vaksin sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum berlepas.

Disyorkan untuk: Mereka yang berisiko tinggi (seperti yang dinyatakan di atas).

Langkah berjaga-jaga khusus: Tiada

 

Semakan Akhir : 14 November 2014
Penulis : Dr. Norhayati bt. Rusli
Penterjemah : Noorhayati bt. Kassim
Akreditor : Dr. Norhayati bt. Rusli

 

Artikel Berkaitan

Influenza

Pengenalan Influenza berlaku di seluruh dunia terutamanya di kawasan beriklim

Katarak

Katarak ialah suatu keadaan dimana kanta mata yang jernih menjadi

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 1,681,855

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 09:02:28
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia