A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penjagaan Kesihatan Semasa Mengerjakan...
  6. /
  7. Penyakit-Penyakit Serius yang Sering...

Penyakit-Penyakit Serius yang Sering Dihadapi di Tanah Suci

Pneumonia (radang paru-paru)

Radang paru-paru disebabkan oleh jangkitan kuman/bakteria/virus yang berjangkit melalui udara. Mudah dijangkiti oleh mereka yang lanjut usia dan mereka yang menghidap penyakit paru-paru.

Mereka yang menghidap penyakit seperti diabetes, asma, sakit jantung dan perokok mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit ini.

Tanda-tanda

  • Batuk berkahak/berdarah
  • Kahak kuning, kemerahan atau hijau
  • Demam
  • Sakit dada semasa menarik nafas

Pneumonia dalam keadaan yang teruk boleh

  • Melemahkan gerakan jantung
  • Mengakibatkan keracunan darah
  • Membawa maut

Langkah pencegahan

  • Makan dan minum secara teratur
  • Elakkan terlalu banyak menggunakan tenaga dalam cuaca panas/ sejuk
  • Jauhi orang yang batuk atau mengidap penyakit pneumonia
  • Tutup mulut apabila batuk terutama bagi pesakit
  • Elak tempat yang sesak
  • Rehatkan badan
  • Makan makanan berzat
  • Berhenti merokok
  • Tutup mulut dan hidung dengan kain nipis/tualaatau gunakan mask (topeng mulut) apabila melalui kawasan berdebu
  • Segera dapatkan rawatan di Klinik Maktab / Zon, jika batuk dan selsema ringan tidak beransur pulih dalam masa tiga hari
  • Makan ubat antibiotik hingga habis dan patuhi nasihat doktor
  • Sebelum berlepas ke Tanah Suci, dapatkan rawatan jika bakal jemaah haji menghidapi penyakit batuk-batuk.

Penyakit meningitis (infeksi selaput otak)

Meningitis ialah jangkitan bakteria/ virus yang berjangkit apabila berlaku infeksi ke atas selaput otak. Serangan di bahagian meninges mengakibatkan radang di bahagian selaput otak dan boleh membawa maut. Wabak ini pernah berlaku di kalangan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci pada tahun 1987, 2000 dan 2001.

Penyakit ini cepat merebak jika keadaan kesihatan kurang baik seperti lemah/ lesu serta kurang zat makanan yang boleh mengurangkan daya ketahanan badan. Penyakit ini mudah berlaku di tempat yang sesak, kering dan panas.

Cara jangkitan

  • Melalui udara yang tercemar dengan bakteria/virus dari bersin /lelehan hingus pesakit

Tanda-tanda jangkitan

  • Demam panas
  • Pening kepala / sakit kepala
  • Hidung berair
  • Ruam badan
  • Sakit tengkuk / leher menjadi tegang (stiffness of neck)
  • Rasa loya atau muntah
  • Kurang ingatan, merapu (delirium)
  • Pengsan, sawan dan koma

Langkah pencegahan

  • Semua bakal haji mesti mendapat suntikan ‘anti meningitis’ sebelum berangkat ke Tanah Suci seperti yang telah diwajibkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Mulai Musim Haji 1422 Hijrah/2002 Masehi semua bakal haji diwajibkan mendapat suntikan Meningcoccal Quadrivalent Vaccine ACYQ 135dan tidak lagi Vaccine A&C seperti tahun-tahun sebelumnya
  • Jaga kebersihan diri dan tempat tinggal
  • Makan makanan yang berzat
  • Rehatkan badan
  • Elak tempat-tempat yang sesak
  • Pakai mask (topeng mulut) setiap kali keluar dari tempat penginapan
  • SEGERA dapatkan rawatan di Klinik Maktab/Zon apabila terdapat tanda-tanda penyakit
  • Pegawai Perubatan akan memberi ubat prophylaxsis, jika penyakit ini berlaku di kalangan Jemaah Haji. Pastikan anda dan rakan sebilik memakannya dengan mengikut arahan dan peraturan yang diberi untuk mengelak jangkitan.

Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan cuaca/hawa panas heat related illness)

Berlaku apabila badan mengalami kekurangan air dan garam mudah berlaku pada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang dan yang berusia.

Tanda-tanda

Langkah pencegahan

Berlaku apabila suhu badan (suhu normal badan 37 0 C) meningkat dengan cepat kepada 41oC (106 oF) atau lebih akibat terdedah kepada cuaca/hawa panas yang menjejaskan sistem kawalan suhu badan. Ia mudah berlaku pada orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan (obesiti)
Tanda-tanda:

Langkah pencegahan

  1. Keletihan panas
    1. Peringkat awal
      • Kurang selera
      • Rasa letih
      • Tidak bertenaga
      • Pening
      • Pitam
      • Susah tidur
      • Kurang buang air kecil
    2. Peringkat teruk
      • Kulit dan lidah menjadi kering
      • Muka cengkung>
      • Hilang daya ingatan
      • Pengsan
      • Banyakkan minum air secukupnya 3- 4 liter sehari.
      • Makan beberapa ulas buah tamar 2 -3 kali sehari, mudah-mudahan air yang diminum selepas makan buah tamar boleh menambahkan air di dalam badan.
      • Banyak berehat di tempat teduh.
      • Pakai pakaian berwarna cerah
      • Tutup/lindungi kepala atau pakai payung apabila keluar
      • Tidur secukupnya.
      • Tidak terlalu banyak menggunakan tenaga
      • Segera dapatkan rawatan di Klinik Maktab / Zon jika terdapat tanda-tanda penyakit
  2. Kejutan Panas
    1. Peringkat awal
      • Demam
      • Kurang selera
      • Tidak bertenaga
      • Pening
    2. Peringkat teruk
      • Demam tetapi tidak berpeluh
      • Badan kering dan panas
      • Pitam
      • Pengsan
      • Sawan
      • Tidak sedar beberapa jam/hari
      • Kegagalan fungsi hati
      • Sistem pembekuan darah terjejas
      • Muntah berdarah
      • Elakkan terdedah pada sinaran matahari secara terus
      • Elakkan berada di tempat panas
      • Berehat di tempat sejuk berhawa dingin
      • Banyakkan minum 3-4 liter air sehari

Penyakit kolera (taun)

Sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman Vibrio Cholerae. Tempoh masa berlaku di antara beberapa jam sehingga 5 hari selepas mengambil makanan atau minuman yang dicemari kuman tersebut. Wabak ini pernah berlaku di kalangan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci pada 1985, 1988 dan 1989.

  1. Tanda-tanda
    • Cirit-birit yang datang dengan tiba-tiba dan berterusan (berwarna putih seperti air beras).
    • Otot-otot menjadi tegang dan kejang.
    • Kulit badan kering dan pesakit kerap dahaga.
    • Lidah menjadi cengkung.
    • Muntah yang berterusan.
    • Pesakit tidak membuang air kecil (kencing) kerana kekurangan air.
  2. Tanda-tanda kejutan (shock)
    • Tekanan darah rendah
    • Denyutan jantung lemah dan perlahan
    • Kulit menjadi sejuk dan menggeletar

Cara merebak

  • Melalui makanan/minuman yang terdedah kepada lalat yang dicemari kuman ini..
  • Melalui najis dan muntah pesakit/pembawa kuman.
  • Pencemaran bekalan air minuman melalui pembuangan najis yang tidak sempurna/bersistem.
  • Melalui tangan yang terkena najis/muntah pesakit/pembawa kuman (jika tidak dibasuh sebelum makan atau semasa menyediakan makanan.
  • Melalui penjaja /penjual/ yang tidak Tidak mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran.

Langkah pencegahan

  • Minum air yang telah dimasak
  • Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih sebelum makan/menyediakan/ menghidangkan makanan/minuman.
  • Basuh sayur-sayuran, buah-buahan dan pinggan mangkuk dengan air yang bersih
  • Tutup makanan/minuman supaya tidak dihinggapi lalat
  • Bersihkan kawasan dalam bilik penginapan
  • Guna tandas yang sempurna dan basuh tangan selepas menggunakan tandas.
  • Jangan membeli makanan yang dijual oleh penjaja yang tidak mengamalkan kebersihan.Jangan gunakan botol /bekas air untuk bersuci di tandas untuk minum.
  • Segera dapatkan rawatan di Klinik Maktab / Zon jika terdapat tanda-tanda penyakit

Keracunan makanan

Berlaku apabila mengalami tanda dan gejala setelah makan makanan yang tercemar. Biasanya gejala timbul beberapa jam/hari selepas makan. Gejala yang dialami berbeza antara setiap individu bergantung kepada :

  • Ketahanan diri (imuniti)
  • Jenis kuman yang terdapat pada makanan
  • Kuantiti makanan yangdimakan
  • Umur

Tanda-tanda

  • Loya dan muntah
  • Perut sakit dan memulas
  • Cirit-birit
  • Demam dan kesejukan

Punca keracunan

  • Makanan tercemar oleh kuman yang merbahaya
  • Makanan tercemar oleh lalat, habuk dan sebagainya.
  • Makan makanan yang mengandungi toksin /racun semulajadi seperti jenis kulat atau makanan laut

Cara jangkitan merebak melalui

  • Penjaja/penjual tidak menjaga kebersihan diri atau tidak mengamalkan kebersihan ketika menyediakan makanan.
  • Penjaja/penjual mendedahkan makanan kepada lalat, habuk dan sebagainya.
  • Penjaja/penjual tidak menjaga kebersihan kedai/gerai
  • Pembeli tidak peduli tentang kebersihan makanan yang dibeli.

Langkah pencegahan

  • Pilih makanan yang dijual oleh penjaja/penjual yang mengamalkan kebersihan.
  • Tidak membeli makanan dari gerai yang kotor / penjaja yang tidak berlesen.
  • Segera dapatkan rawatan di Klinik Maktab / Zon jika terdapat tanda-tanda penyakit
  • Pastikan orang lain tidak makan makanan tersebut.
  • Laporkan semua kejadian keracunan makanan kepada petugas perubatan dengan segera.
  • Simpan makanan yang disyaki menyebabkan keracunan supaya pihak petugas perubatan dapat membuat kajian selanjutnya.
Semakan Akhir : 13 November 2009
Penulis/Akreditor : Dr. Khalid b. Ibrahim
  : Arizah Zainuddin

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,238,777

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia