A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Remaja
  8. /
  9. Penyakit Osgood Schlatter

Penyakit Osgood Schlatter

Osgood Schlatter Disease ialah inflamasi Patella Tendon di kalangan remaja. Struktur Patella Tendon ini terdapat di bawah paras tulang tempurung lutut.

Osgood Schlatter Disease

Osgood Schlatter Disease ialah inflamasi Patella Tendon di kalangan remaja. Struktur Patella Tendon ini terdapat di bawah paras tulang tempurung lutut. Pada amnya, selain daripada rasa sakit, ia akan kelihatan bengkak di bahagian tersebut. Kondisi ini di namakan sempena dua orang pakar bedah tulang, Robert Bayley Osgood dari Amerika dan Carl B. Schlatter dari Switzerland.

Rasa sakit ini akan mengganggu aktiviti harian anak anda. Kondisi ini lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang aktif dalam aktiviti-aktiviti tangkas seperti lari dan lompat, contoh, bola sepak, bola keranjang, tarian Ballet dan lain-lain lagi. Kaum lelaki lebih mengalami kondisi ini berbanding dengan kaum perempuan. Namun jurang ini menjadi makin kurang disebabkan perempuan makin aktif dalam aktiviti-aktiviti fizikal. Oleh sebab perempuan lebih cepat baligh daripada lelaki, kondisi Osgood-Schlatter wujud pada umur 11 – 12 di kalangan perempuan dan 13 – 14 di kalangan lelaki. Kondisi ini selalunya akan reda apabila proses tumbesaran tulang berhenti.

 

Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala Osgood-Schlatter

Gejala yang utama ialah sakit. Tahap sakit yang dialami akibat Osgood-Schlatter berbeza daripada individu ke individu. Ada individu yang akan mengalami sakit berintensiti rendah apabila berlari, naik dan turun tangga atau melompat. Ada pula yang akan mengalami sakit berterusan yang kuat. Sakit ini akan bertambah kuat dengan aktiviti yang ringan sahaja seperti berjalan.

Pada amnya, inflamasi ini akan wujud pada satu lutut sahaja, tetapi ia boleh juga melibatkan kedua-dua belah lutut. Rasa sakit dan ketidakselesaan ini boleh muncul untuk beberapa minggu atau bulan. Keadaan ini juga boleh berulang selagi proses tumbesaran tulang remaja yang berkenaan belum berhenti.

Struktur Tibial tuberosity akan kelihatan seperti membengkak. Struktur ini terletak di bawah paras tempurung lutut sebagai satu bonjolan. Tendon Patella bersambung pada struktur ini. Jika terhentak, individu berkenaan akan mengalami sakit yang kuat.

Diagnosis

Rasa sakit boleh terjadi semula dengan kontraksi yang kuat daripada otot Quardriceps (Resisted Quadriceps contraction). Pesakit akan di suruh meluruskan lutut sambil melawan rintangan yang di beri.

Sakit akan dialami juga apabila Tibial tuberosity diketuk dengan lembut (Tap). Apabila tendon Patella menjadi radang, kulit lutut akan kemerahan dan bengkak.

Ada kemungkinan sendi lutut juga akan menjadi kurang stabil.

Benjol Tibial tuberosity pesakit Osgood-Schlatter

Dalam keadaan yang kronik, iaitu sekiranya keadaan ini berterusan, bonjolan Tibial tuberosity akan menyebabkan tulang itu tumbuh dan lebih menonjol. Ada kalanya doktor akan hantar pesakit untuk diambil gambar X-Ray

Rawatan

Osgood-Schlatter disease boleh pulih dengan sendiri. Simptom simptom akan hilang apabila proses tumbesaran tulang anak anda berhenti. Ini akan mengambil masa. Sementara itu, doktor anda boleh memberi preskripsi ubat dan kes dirujuk bagi pemulihan secara fisioterapi.

Ubat-ubatan

Ubat penahan sakit yang boleh dibeli sendiri dari farmasi boleh membantu. Namun digalakkan untuk mendapatkan preskripsi daripada doktor.

Fisioterapi

Seorang Fisioterapis boleh membantu anak anda dengan senaman regangan. Regangan otot Quadriceps dan Hamstrings akan mengurangkan ketegangan pada Patella Tendon. Senaman untuk menguatkan otot Quadriceps akan pulihkan kekuatan serta kestabilan sendi lutut.

Panduan-panduan lain yang membantu;

  • Rehatkan sendi anda. Kurangkan aktiviti-aktiviti yang menambahkan sakit seperti melutut, lari dan lompat
  • Tuam ais pada bahagian yang sakit. Ini akan mengurangkan sakit dan bengkak
  • Menggunakan knee pad semasa bersukan
  • Menggunakan Patella tendon strap. Strap ini digunakakn mengelilingi Tendon Patella. Ini akan mengalihkan tekanan daripada tendon tersebut dan justeru itu dapat mengurangkan sakit
  • Anak anda akan dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti yang berimpak tinggi. Aktiviti seperti berbasikal dan berenang boleh diamalkan buat sementara sehingga pulih.

Patella Tendon Strap

Regangan otot Quadriceps

Rujukan

  1. Kathryn Refshauge (Author), Elizabeth Gass; Musculoskeletal Physiotherapy: Its Clinical Science and Evidence-Based Practice,
  2. mayoclinic.com
  3. Wikipedia

Sumber Gambar

  1. http://www.sports-injury-info.com/patellar-tendonitis.html
  2. http://blog.active650.com/2013/03/bodyhelix-and-osgood-schlatters-disease.html#.V9fiFvkrLIU
  3. https://www.braceability.com/blog/osgood-schlatters-symptoms/
  4. http://www.newhealthadvisor.com/Snapping-Hip-Exercises.html
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Daaljit Singh a/l Harbachan Singh
Akreditor : Se To Phui Lin
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

Fonologi

Fonologi lebih difahami sebagai kaedah penghasilan bunyi pertuturan. Sumber bunyi iaitu udara daripada paru-paru berubah mengikut cara penghasilan dan tempat artikulasi bagi membentuk bunyi-bunyi pertuturan yang khusus.

Golfer’s Elbow

Golfer’s elbow merupakan kondisi penyakit yang menyebabkan kesakitan pada benjolan tulang di bahagian dalam siku dan boleh merebak pada keseluruhan bahagian lengan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,343,061

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia