A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit
  6. /
  7. Penyakit Berjangkit
  8. /
  9. Penyakit Meningitis (Meningococcal)

Penyakit Meningitis (Meningococcal)

Meningitis adalah satu penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit meningitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus, bakteria atau kulat.

Meningitis adalah satu penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang.

Penyakit meningitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus, bakteria atau kulat. Salah satu bakteria penyebabnya ialah Neisseria meningitidis dan jangkitan oleh bakteria ini dipanggil sebagai jangkitan Meningococcal Meningitis.

Penyakit meningitis kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh juga melibatkan semua peringkat umur. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah, kontak terdekat pesakit dan pelancong yang melawat kawasan wabak juga mempunyai risiko tinggi mendapat meningitis.

Cara Jangkitan

Penyakit meningitis berjangkit secara langsung melalui titisan rembesan salur pernafasan dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.

Tanda dan Gejala

5 hingga 10 peratus daripada mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala penyakit.

Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut :-

  • Demam
  • Sakit kepala yang teruk
  • Loya
  • Muntah
  • Ketegangan atau sakit pada tengkuk
  • Mata terasa sensitif melihat cahaya (photosensitive)
  • Ruam pada badan
  • Lain-lain tanda seperti kepeningan dan kebingungan (drowsiness and confusion)
  • Sawan
  • Tidak sedarkan diri

Komplikasi

Tanpa rawatan yang sempurna, pesakit meningitis mungkin mengalami masalah sistem saraf seperti lumpuh dan pekak atau kematian.

Rawatan

Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit meningitis, anda diminta menjalani pemeriksaan dan pengesahan di klinik atau hospital yang berdekatan. Penyakit Meningococcal Meningitis boleh dirawat menggunakan antibiotik. Pengambilan antibiotik untuk pencegahan (prophylaxis antibiotic) hanya disyorkan kepada kontak terdekat pesakit. Penyakit Meningococcal Meningitis boleh dicegah melalui pemberian pelalian.

Pencegahan

  • Vaksin yang digunakan dipanggil Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135
  • Vaksin ini disyorkan diberi kepada pelancong/pelawat yang pergi ke kawasan endemik seperti negara-negara Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah termasuk Arab Saudi bagi mereka yangmengerjakan haji dan umrah
  • Vaksin ini diberi 2 minggu sebelum melancong atau lawatan dibuat. Pemberian vaksin ini boleh menberi ketahanan diri terhadap penyakit meningitis selama 3-5 tahun.
  • Pemberian vaksin secara rutin kepada kanak-kanak adalah tidak digalakkan.
  • Vaksin ini boleh didapati di hospital dan klinik kesihatan kerajaan dan swasta
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Fuad Hashim
Penyemak : Dr. Nor Faizah bt. Ghazali

Artikel Berkaitan

Antraks

Antraks adalah sejenis penyakit yang disebabkan kuman / bakteria yang membentuk spora, bernama bacillus anthracis. Kebanyakannya menjangkiti haiwan tetapi boleh menyebabkan demam yang serius kepada manusia sekiranya terdedah kepada spora ini. Ia menyerang kulit, usus atau paru-paru.

Program Pertukaran Jarum Syringe (NSEP)

NSEP adalah akronim kepada program pertukaran jarum suntikan dan picagari terpakai . Ia adalah merupakan sebahagian dari program Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction).

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,343,143

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia