A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Penyakit Jantung Kongenital

Penyakit Jantung Kongenital

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

Download:

 

Penyakit Jantung Kongenital adalah malformasi struktur jantung atau pembuluh darah besar yang wujud sejak lahir.

Duktus arteriosus pula ialah pembuluh darah yang menghubungkan aorta (pembuluh arteri besar yang membawa darah ke seluruh tubuh) dengan arteri pulmonari (arteri yang membawa darah ke paru-paru).

Setelah duktus arterious tertutup, darah dari bahagian kanan jantung tidak lagi mengalir terus ke aorta. Darah akan mengalir masuk ke arteri pulmonari kiri dan kanan kemudian ke paru-paru untuk mengambil oksigen. Darah yang kaya dengan oksigen ini kembali ke bahagian kiri jantung dan di pam keluar ke seluruh badan.

Tetapi jika duktus arteriosus tidak tertutup seperti sepatutnya, keadaan ini menyebabkan masalah jantung iaitu Patent Duktus Arteriosus (PDA). Darah mengalir terus dari aorta ke arteri pulmonari dan ke paru-paru menyebabkan tekanan berlebihan kepada jantung.

Terdapat beberapa jenis masalah jantung berlubang, bergantung kepada lokasi lubang itu terjadi.

Septum ialah dinding yang memisahkan jantung kiri dan kanan dan tiada berlaku percampuran darah di antara jantung kiri dan jantung kanan.

Apabila terdapat bukaan yang besar pada septum yang memisahkan kedua-dua ventrikal ini, aliran darah dari kiri jantung akan mengalir semula dengan banyak ke bahagian kanan. Ini menyebabkan darah berlebihan mengalir ke paru-paru, seterusnya memberi tekanan kepada jantung. Keadaan ini dipanggil Ventricular Septal Defect (VSD) dan ia merupakan jantung berlubang yang biasa berlaku.

P
Pap Smear
Pedih Ulu Hati
Penyakit Endometriosis
Pembedahan Penggantian Sendi Lutut
Pembengkakan Prostat Bukan Kanser
Pencegahan Diabetik Neuropati
Pencegahan Diabetik Retinopati
Penggunaan Penyembur Hidung Dengan Betul
Penggunaan Salap Mata
Penyakit Arteri Koronari
Penyakit Gusi
Penyakit Jantung Kongenital
Peritoneal Dialisis
Pertumbuhan Gigi
Perubahan Perasaan
Prosedur Penyediaan Gigi Palsu
Prosedur Rawatan Ortondotik
Proses Kelahiran
Psoriasis
Proses Pengeluaran Susu Ibu

 

Artikel Berkaitan

Peritoneal Dialisis

Your browser does not support the video tag. [flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv] Download:

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,237,210

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia