Home > Kesihatan Pergigian > Penyakit Gusi

Penyakit Gusi

 

Download:

Tisu penyokong gigi terdiri daripada gusi,  simentum,  ligamen periodontal dan tulang alveolar.  Gusi yang sihat berwarna merah jambu dan akar gigi biasanya tidak kelihatan. Penyakit Gusi terdiri daripada pelbagai peringkat yang bermula dengan pembentukan plak.  Plak ialah satu lapisan nipis yang tidak berwarna dan melekit yang terbentuk di atas permukaan gigi Pembentukan plak menyebabkan gusi bengkak, kemerahan dan mudah berdarah. Keadaan ini dikenali sebagai Gingivitis. Plak yang berkumpul mengeluarkan toksin yang menyebabkan gusi lekang daripada gigi dan lekuk mula terbentuk di antara gusi dan gigi. Jangkitan di bahagian ini memusnahkan ligamen periodontal  yang memegang gigi dan turut merosakkan tulang alveolar. Keadaan ini adalah peringkat Penyakit Gusi yang lebih teruk dikenali sebagai Periodontitis. Jika dibiarkan, gusi akan terus menyusut dan semakin terpisah daripada gigi dan mendedahkan akar gigi. Kegiatan menggigit atau memamah akan memburukkan lagi keadaan ini dan , menyebabkan gigi menjadi longgar, sakit dan gusi bernanah. Ini mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Kehilangan tulang yang berterusan boleh menyebabkan gigi longgar sehingga tertanggal dengan sendirinya. Perbezaan gigi yang sihat dan gigi yang terdedah pada Penyakit Gusi.

P
Pap Smear Pedih Ulu Hati Penyakit Endometriosis Pembedahan Penggantian Sendi Lutut Pembengkakan Prostat Bukan Kanser Pencegahan Diabetik Neuropati Pencegahan Diabetik Retinopati Penggunaan Penyembur Hidung Dengan Betul Penggunaan Salap Mata Penyakit Arteri Koronari Penyakit Gusi Penyakit Jantung Kongenital Peritoneal Dialisis Pertumbuhan Gigi Perubahan Perasaan Prosedur Penyediaan Gigi Palsu Prosedur Rawatan Ortondotik Proses Kelahiran Psoriasis Proses Pengeluaran Susu Ibu