A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Optometri
  6. /
  7. Penjagaan Mata Semasa Bekerja...

Penjagaan Mata Semasa Bekerja Di Sektor Industri

Pengenalan

Adakah persekitaran kerja harian anda terdedah kepada bahaya? Sekira Ya, anda  berisiko tinggi untuk mendapat kecederaan mata dan kemungkinan kehilangan pancaindera untuk melihat. Anda perlu memakai pelindung  mata  yang betul dan sesuai semasa melakukan kerja bagi mengurangkan kadar kecederaan mata yang sering berlaku di tempat kerja.

Kecederaan mata boleh berlaku dalam pelbagai situasi kerja di sektor industri. Di Amerika dianggarkan 2,000 pekerja mendapat kecederaan mata setiap hari dan lebih 800,000 kecederaan mata terjadi dalam setahun. Ramai pekerja yang enggan memakai alat pelindung mata kerana merasa tidak selesa serta menganggap penggunaan alat tersebut tidak perlu. Tahap kecederaan bergantung kepada tahap keterukan dan tempoh tindakan segera yang diambil.

Jenis-jenis kecederaan yang lazim di sektor industri

Kecederaan boleh berpunca daripada besi, debu dan habuk kepada bahan kimia menghakis, cahaya kimpalan, objek terjatuh atau serpihan objek yang terpelanting. Berikut adalah beberapa kecederaan yang memerlukan rawatan segera.

  1. Bendasing mata dan luka goresan di permukaan kornea

Kerja-kerja pertukangan atau pembinaan yang menghasilkan serbuk besi, habuk kayu, serpihan konkrit atau kayu boleh memasuki di bahagian luar mata samada terperangkap di bawah kelopak mata atau di permukaan kornea dan boleh menyebabkan mata terasa sakit, merah dan berair. Bendasing yang tidak dikeluarkan dengan segera boleh mengakibatkan permukaan kornea tercalar akibat geseran.

Adakalanya permukaan kornea yang tercalar dan tidak sembuh boleh mendapat jangkitan kuman serta  menyebabkan komplikasi seperti ulser kornea.Ciri kornea ulser adalah mata merah,sakit,kabur penglihatan dan bertahi mata.Sekiranya tidak dirawat,boleh mengakibatkan parut pada kornea,penglihatan yang terlalu kabur atau mungkin hilang penglihatan.

  1. Bendasing intraokular (dalam bola mata) dan luka

Pekerja di industri pengeluaran dan pembinaan terdedah kepada kecederaan akibat dari serpihan objek tajam yang boleh melayang pada kelajuan yang tinggi . Keadaan ini boleh mengakibatkan tisu kelopak mata atau bahagian lain mata terluka. Sekiranya kecederaan tersebut tidak menembusi bola mata, melibatkan kerosakan struktur bola mata, penglihatan tidak akan terjejas.

Adakalanya, serpihan objek tajam menembusi dan tersangkut dalam bola mata boleh menyebabkan kecederaan bendasing intraokular. Kecederaan sebegini tidak menunjukkan kecederaan yang ketara di bahagian luar mata.

Tahap kecederaan bergantung kepada tindakbalas bahan kandungan bendasing intarokular tersebut.Tindakbalas ini boleh mengakibatkan jangkitan kuman atau keradangan bola mata. Kerosakan yang teruk pada tisu mata boleh mengambil masa beberapa hari atau tahun sebelum berlakunya keradangan bola mata.

  1. Kecederaan tusukan

Objek tajam seperti paku,dawai, besi atau pisau yang tertusuk pada mata boleh mengakibatkan kecederaan yang serius seperti pendarahan dalam mata, koyakan retina, bola mata pecah, jangkitan pada bola mata dan berkemungkinan menjadi buta. Kecederaan tusukan memerlukan rawatan kecemasan.

  1. Kecederaan cecair kimia dan kecederaan radiasi

Pekerja berisiko terkena percikan dan simbahan cecair kimia sekiranya pekerjaan mereka menggunakan pelbagai cecair kimia seperti peluntur, bahan pelarut, asid, alkali dan lain-lain bahan pencuci.

Tahap kecederaan akibat cecair kimia bergantung kepada jenis bahan kimia,tempoh masa dan jumlah bahan kimia yang terkena mata serta cara rawatan yang diberi.
Kecederaan mungkin sekadar merasa tidak selesa dan mata merah atau boleh menyebabkan kerosakan mata yang lebih serius atau mungkin buta. Cecair beralkali boleh mengakibatkan kerosakan yang teruk pada mata.

Kerosakan mata boleh berlaku akibat terdedah kepada radiasi  ultraviolet(UV) dari pancaran matahari atau punca radiasi lain. Percikan api semasa kerja memateri memberi kesan yang sama dengan radiasi UV.

Pendedahan kepada radiasi UV dalam jangka masa lama tanpa alat pelindung boleh menyebabkan kecederaan radiasi serius sehingga menjejaskan tahap penglihatan.

Langkah Keselamatan Bagi Mengelakkan Kecederaan Mata

Bagi memastikan pekerja mengambil langkah keselamatan di tempat kerja, satu Garis Panduan Pencegahan Kemalangan di Tempat Kerja telah dibangunkan oleh Unit Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Langkah keselamatan tersebut adalah:

  1. Kenalpasti  bahaya dan risiko kecederaan
  • Debu dan habuk, besi dan logam, kaca atau serpihan konkrit
  • Peralatan tidak stabil atau berpotensi jatuh, struktur bangunan dan perlatan kerja
  • Bahan kimia seperti asid, alkali, peluntur, petrol, bahan pelarut, gas dan asap
  • Cahaya radiasi dan percikan logam panas
  1. Mewujudkan suasana kerja yang selamat dengan memastikan peralatan berfungsi dengan baik dan langkah keselamatan diambil.
  1. Memakai dan memilih alat pelindung yang sesuai dan memastikan alat pelindung berada dalam keadaan baik dan selesa dipakai.

Pelindung Mata

Pelindung mata adalah alat yang digunakan apabila melakukan kerja yang terdedah kepada bahaya. Pemakaian pelindung mata boleh mencegah kecederaan mata dan kehilangan penglihatan kekal. Pemilihan jenis alat pelindung mata untuk sesuatu pekerjaan bergantung kepada jenis bahaya, keadaan persekitaran kerja dan keperluan individu.

Jenis Alat Pelindung Mata

  1. Kacamata Keselamatan

 

  1. Goggles

 

  1. Pelindung Muka

Jadual 1 : Risiko Kecederaan Mata Dan Panduan Pemilihan Alat Pelindung Mata

Panduan di atas adalah secara umum. Pemilihan alat pelindung keselamatan mata harus menepati piawaian yang ditetapkan mengukit polisi keselamatan sektor industri berkaitan.

Bantuan Kecemasan Kecederaan Mata

Kemalangan tetap boleh berlaku walaupun alat pelindung mata digunakan. Bantuan kecemasan yang perlu diberi bagi mengelakkan kecederaan yang lebih parah adalah seperti jadual di bawah.

Jadual 2: Bantuan Kecemasan Kecederaan Mata

Kecederaan mata adakalanya tidak ketara. Dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat sebarang kecederaan terutamanya apabila anda mengalami kabur penglihatan,mata sakit,hilang penglihatan atau medan penglihatan terjejas.

 

Rujukan

1. Centers for Disease Control and Prevention (2010). ”Eye Safety.” Retrieved September 30, 2010. http://www.cdc.gov/niosh/topics/eye
2. Eye Safety at A Glance – Protecting Your Vision At Work. The Vision Council Health And Safety At Work. Eye Protection: A Guide to Provision and Use. Medical Research Council. http://safety.csc.mrc.ac.uk/docs/Eye_Protection_Brochure.pdf
3. Eye and Face Protection.ILO Encyclopedia of Occupational Health and Safety http://www.ilo.org/oshenc/part-iv/personal-protection/item/687
4. Protecting Your Eyes at Work. American Optometric Association. http://www.aoa.org/patients-and-public/caring-for-your-vision/protecting-your-vision
5. Garispanduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja. Unit Kesihatan Perkerjaan, Kementerian Kesihatan Malaysia
6. Garispanduan Keperluan Kelengkapan Pelindung Diri. Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Tarikh Semakan Akhir : 20 Jun 2014
Penulis : Siti Khadijah bt. Osman @ Othman
Akreditor : Pn. Noor Zahirah bt. Husain

 

Artikel Berkaitan

MRI ABDOMEN

Apa Itu Pemeriksaan MRI Abdomen Magnetic Resonance Imaging (MRI) Abdomen

CT FORENSIK

Apakah CT Forensik? Perubatan forensik merujuk kepada penggunaan perubatan dan

Pengendalian Mayat Berpenyakit Berjangkit

Pengendalian mayat yang dijangkiti penyakit berjangkit berisiko tinggi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan adalah penting untuk meminimumkan risiko penyebaran jangkitan kepada kakitangan kesihatan yang bertugas dan juga kepada orang awam. Langkah keselamatan dan pencegahan perlu dititikberatkan dengan serius.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,236,683

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia