A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Warga Emas
  4. /
  5. Keadaan Biasa
  6. /
  7. Penjagaan Kulit Perineum (Sekitar...

Penjagaan Kulit Perineum (Sekitar Punggung)

Penjagaan kulit sekitar punggung melibatkan pembersihan kulit di sekitar bahagian kemaluan dan dubur.

Pengenalan

Penjagaan kulit sekitar punggung melibatkan pembersihan kulit di sekitar bahagian kemaluan dan dubur. Ia seharusnya dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari, contohnya semasa mandi atau mengelap badan. Ia seharusnya dilakukan dengan lebih kerap jika pesakit tidak dapat mengawal pembuangan air kencing dan air besar. Ini penting untuk mencegah penyakit kulit dan bau yang kurang menyenangkan serta menambah keselesaan pesakit.

Pastikan anda mencuci tangan, gunakan sarung tangan dan sentiasa menghormati pesakit dan prihatin semasa melakukan penjagaan ini.

Untuk Pesakit Perempuan:

  1. Penuhkan baldi dengan air suam yang bersih.
  2. Posisikan pesakit secara berbaring terlentang.
  3. Letakkan  cadar kalis air atau cadar tambahan di atas katil pesakit.
  4. Mula mula Cuci bahagian kemaluan bermula dari bahagian lubang  kencing denganCara mengelap  dari atas ke bawah di sebelah kiri dan kanan sehingga bahagian tersebut betul-betul bersih.
  5. Selepas itu,  bilaskan kain dengan air  atau guna kain yang baru untuk membersih bahagian pangkal  paha. Cuci bahagian pangkal paha bermula dari bahagian hadapan kemaluan kearah bawah menghala ke bahagian dalam pangkal paha sehingga bersih.. Kemudian bilaskan kain dengan air untuk cucian seterusnya. Seterusnya baringkan pesakit pada kedudukan sisi  dan   mulakan pembersihan bahagian punggung dan dubur.
  6. Keringkan bahagian-bahagian yang telah dibersihkan terutamanya bahagian dubur.

Untuk Pesakit Lelaki:

  1. Penuhkan baldi dengan air suam yang bersih.
  2. Posisikan pesakit secara berbaring.
  3. Letakkan  cadar kalis air atau cadar tambahan di atas katil pesakit.
  4. Bersihkan bahagian kemaluan (zakar) dari hujung ke pangkal sebelum ke bahagian testes (buah zakar).
  5. Selepas itu, bersihkan kain sebelum memulakan pembersihan bahagian pangkal paha dan betis .
  6. Baringkan pesakit secara sisi dan bersihkan kain sekali lagi sebelum memulakan pembersihan bahagian punggung dan dubur.
  7. Keringkan bahagian-bahagian yang dibersihkan.

Peringatan Untuk Pesakit Nyanyuk (Dementia)

  • Penyakit nyanyuk merupakan suatu penyakit di mana pesakit hilang ingatan dan mungkin keliru. Beberapa langkah tambahan perlu dilakukan untuk memastikan pembersihan dapat dilakukan dengan lancar.
  • Pastikan semua peralatan yang diperlukan siap tersedia kerana pesakit nyanyuk senang menjadi resah dan terganggu fikiran.
  • Bercakaplah dengan tenang dan perlahan serta elakkan menjerit semasa memberi arahan. Panggillah pesakit menggunakan namanya dan ulangi memberitahu nama anda kepadanya untuk mengurangkan rasa keliru.
  • Beritahu pesakit apa yang akan dilakukan supaya beliau  tidak terkejut. Sekiranya pesakit jadi tertekan, hentikan segera tatacara dan selidik punca beliau berkelakuan sedemikian.
  • Beri masa, jangan membuat pembersihan dengan tergopoh-gapah.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. George Taye Wei Chun
Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

Masalah Ubat Di Kalangan Warga Emas

Memberi ubat-ubatan  kepada warga emas merupakan satu cabaran. Banyak pertimbangan perlu dibuat untuk memadankan ubat-ubatan dengan perubahan farmakokinetik (penyerapan, pengedaran, metabolisme, perkumuhan) dan farmakodinamik (kesan fisiologi) ubat-ubatan yang sangat  berkait rapat dengan umur.

Mengendali Diri sebagai Penjaga Warga Emas

Adalah menjadi kewajipan setiap individu untuk melindungi dan menjaga ahli keluarga yang sudah tua, sebagai penghargaan terhadap jasa dan bakti mereka yang tidak ternilai terhadap kita.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,233,457

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia