Penjagaan Kaki

Mengapa penjagaan kaki penting?

  • Fungsi penting kaki ialah untuk menampung berat badan
  • Kaki yang tidak dijaga dengan baik akan menimbulkan banyak masalah
  • Masalah kaki akan mempengaruhi gaya berjalan dan imej diri seseorang


“Kasut terlalu ketat”

Apakah masalah kaki yang sering berlaku?

Masalah kaki
Penyebab dan huraian
Pencegahan / Rawatan
Athlete’s foot
  • Disebabkan oleh kulat dan jangkitan kuman bakteria
  • Berlaku pada kaki yang berkeadaan lembap dan panas
  • Kelihatan merah, melepuh, mengelupas dan gatal
  • Krim antikulat atau krim antibakteria
  • Pastikan kaki sentiasa bersih dan kering
  • Guna kasut yang sesuai dan selesa
  • Tukar stoking anda dengan kerap
Kulit kaki kering dan pecah
  • Ia menyebabkan rasa gatal, perit dan mungkin pedih
  • Gunakan sabun yang lembut dan krim pelembap setiap hari
Kematu yang sakit “Bunions
  • Disebabkan oleh kasut yang ketat
  • Sendi ibu jari kaki menjadi bengkak dan sakit
  • Gunakan kasut yang berpotongan lebar pada bahagian hadapan dan pergelangan kaki
  • Gunakan pelapik lembut untuk melindungi kaki dari tekanan
Ingrown toenails
  • Hujung kuku ibu jari kaki tumbuh dan masuk ke dalam kulit, menyebabkan sakit, luka dan jangkitan kuman
  • Biasa terjadi pada ibu jari kaki
  • Potong kuku ibu jari kaki secara lurus dan berkala
  • Dapatkan rawatan doktor sekiranya terdapat jangkitan kuman pada ibu jari kaki terlibat
Kematu (Corn and Calluses)
  • Disebabkan geseran dan tekanan yang berpanjangan
  • Gunakan kasut bersaiz sesuai
  • Elakkan memakai kasut tumit tinggi
  • Jumpa Podiatrist (pakar penjagaan kaki) atau doktor
Ketuat
  • Ketumbuhan pada kulit disebabkan oleh kuman virus
  • Jumpa doktor untuk rawatan

 

Apakah penyebab biasa masalah kaki anda?

  • Penyakit
  • Saiz kasut yang tidak sesuai
  • Kaki yang dimamah usia
  • Peredaran darah yang kurang baik
  • Kuku kaki yang tidak dipotong dengan betul

Bagaimana menjaga kaki anda?

  • Periksa kaki dengan kerap
  • Amalkan kebersihan kaki yang baik
  • Pilih kasut yang sesuai
  • Galakkan pengaliran darah ke kaki dengan:
    • Senaman berkala
    • Urutan lembut pada kaki
    • Rendamkan kaki dalam air suam
    • Rehatkan kaki ke paras yang sedikit tinggi selepas lama berdiri atau bila berasa letih
  • Elakkan aktiviti yang boleh mengurangkan peredaran darah ke kaki seperti:
    • Tekanan akibat kasut yang ketat
    • Duduk terlalu lama
    • Duduk bersilang kaki terlalu lama
    • Memakai seluar atau stoking kaki yang ketat

Bagaimana cara memilih kasut yang sesuai?

  • Gunakan kasut yang sesuai dengan aktiviti yang dilakukan
  • Ukur kaki sebelum membeli kasut kerana lebar kaki mungkin meningkat dengan usia
  • Beli kasut pada waktu petang kerana kaki akan mengembang setelah berjalan seharian
  • Cuba kedua-dua belah kasut dan berjalan sekeliling kedai kasut untuk menguji keselesaan kasut
  • Pastikan ada ruang untuk jari-jari kaki anda bergerak
  • Pilih kasut yang lembut pada bahagian atas, dibuat dari bahan yang mudah lentur agar sesuai dengan bentuk kaki. Kulit lembut adalah pilihan terbaik kerana ia tidak menyakitkan kaki
  • Pilih tapak kasut yang tebal dan lembut dari buatan yang baik. Ia dapat mengurangkan tekanan semasa berjalan, terutama di atas permukaan yang keras

 

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Nor Asiah Hashim
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili