A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pengurusan & Program Pemulihan Pesakit Yang Mengalami Amputasi

Program pengurusan dan pemulihan bagi pesakit amputasi diadakan dengan matlamat membantu pesakit untuk meneruskan kehidupan dengan lebih bermakna

Pengenalan

Program pengurusan dan pemulihan bagi pesakit amputasi diadakan dengan matlamat membantu pesakit untuk meneruskan kehidupan dengan lebih bermakna. Dengan kata lain membantu pesakit, agar  boleh berdikari dalam semua aktiviti harian, kembali ke pekerjaannya dengan sedikit pengubahsuaian dan penggunaan peralatan bantuan.

Secara umumnya program ini dibahagikan kepada beberapa fasa. Iaitu:

  1. Fasa Pra Amputasi
  2. Fasa Selepas mengalami Amputasi (Pembedahan)
  3. Fasa sebelum menggunakan Kaki Palsu (Pre Prosthetic Training)
  4. Fasa Penggunaan Kaki Palsu
  5. Fasa selepas menggunakan Kaki Palsu

Fasa Pra Amputasi

Dalam fasa ini, pesakit diberikan penerangan mengenai prosedur klinikal yang akan dijalani oleh Pegawai Perubatan. Pesakit juga akan diberikan persediaan dari segi mental dan psikologikal bagi memastikan bersediaan untuk menghadapi penampilan baru dan kecacatan yang akan dialami (kaunseling dan pendidikan).

Disamping itu pesakit juga akan mengikuti latihan berstruktur bagi menguatkan kekuatan fizikal dan kecerdasan.

Fasa Selepas Mengalami Amputasi (Pembedahan)

Dalam fasa ini, pesakit akan diajarkan mengenai

  1. Penjagaan Stump, cara balutan, kepenting balutan dan pembentukan stump yang sempurna akan diajarkan. Ini penting bagi memastikan stump sembuh dan terbentuk dengan sempurna dan sesuai bagi penggunaan kaki palsu.
  2. Posisi stump dan badan. Pesakit akan sentiasa diingatkankan mengenai posisi stump yang terbaik. Samada semasa duduk, berbaring dan berdiri. Posisi stump yang bengkok akan menyebabkan masalah semasa menggunakan kaki palsu.
  3. Senaman. Pada kebiasaanya senaman akan dimulakan selepas keadaan pesakit kembali setabil. Keutamaanya pada stump dan keupayaan fizikal secara umum. Pesakit akan diajar cara  senaman stump yang betul. .
  4. Phantom Limb. Akibat dari gangguan ini, pesakit akan merasakan kaki yang telah diamputasi/dipotong masih ada. Ini adalah normal. Bagi mengatasinya, pesakit akan diajarkan kaedah stimulasi dan terapi psikologi. Pesakit juga akan sentiasa dingatkan supaya sentiasa berhati, kerana gangguan ini akan menyebakan pesakit mudah terjatuh.
  5. Galakan untuk melakukan semua Aktiviti Kehidupan Seharian (Activites of Daily Living), pesakit pada fasa ini digalakan untuk melakukan semua aktiviti seharianya, samada dengan bantuan atau tanpa bantuan. Ini termasuk menjaga kebersihan diri, membuang air kecil dan besar di tandas, membuka dan memakai pakaian dan sebagainya.
Keadaan kaki selepas menjalani pembedahan

Fasa Sebelum Menggunakan Kaki Palsu (Pre Prosthetic Training)

Pada fasa ini, pesakit akan terus diajar kaedah penjagaan stump. Ini meliputi

  1. Balutan stump, samada dengan menggunakan grip bandage, tubigrip atau custom made pressure garment . Pesakit akan diajar cara membuat balutan asas dan pengunaan lain-lain bahan-bahan membalut stump. Cara mencuci bahan-bahan balutan juga akan diajar.
  2. Menjaga kebersihan stump dan luka. Pesakit akan diajar untuk memeriksa stump setiap hari. Pengguna cermin untuk pemeriksaan stump dan losyen untuk melembapkan kulit stump digalakkan pada pringkat ini. 
  3. Penggunaan back slab splint. Bagi memastikan tidak berlaku kontraktur pada sendi lutut.
  4. Urutan pada hujung stump (scar massage)  juga akan diajarkan. Ini bagi memastikan melembutkan kulit pada hujung stump dan disamping merangsang saraf agar rasa Phantom Limb semakin berkurangan.
  5. Pesakit akan dilatih berjalan menggunakan alat bantuan. Dimana dipastikan pesakit mempunyai keupayaan fizikal yang baik, seperti keseimbangan bandan dan kekuatan tangan dan kaki yang baik.
 
 Back Slab Splint

6. Pesakit digalakkan untuk melakukan semua aktiviti seharian dengan pengawasan. Ini meliputi

  • Menggalakkan pesakit makan dan minum dengan sendiri, seperti individu normal
  • Menggalakkan pesakit memakai dan menanggalkan pakaian sendiri
  • Menggalakan pesakit berdiri, berjalan dan bergerak dengan menggunakan tongkat
  • Menggalakan pesakit membuang air kecil dan besar ditandas dengan pengawasan
  • Menggalakkan pesakit menjaga kebersihan diri (mandi dan sebagainya) di tandas/bilik mandi dengan pengawasan.
Pesakit digalakkan untuk melakukan sendiri proses pemindahan dari katil ke kerusi roda

 

Back Slab Splint  

 

 Tubigrip  Latihan memakai/ membuka baju
Latihan memakai/ membuka seluar Latihan pengurusan diri dan penggunaan tandas 

Fasa Penggunaan Kaki Palsu

  1. Pesakit akan diajar cara penggunaan dan penjagaan prothesis.
  2. Penjagaan stump selepas menggunakan prothesis
  3. Berjalan dengan menggunakan prothesis dengan dan tanpa tongkat
  4. Berjalan menggunkan prothesis diatas permukaan yang berbeza dan tidak rata.
  5. Latihan memakai dan membuka seluar dengan menggunakan prothesis
  6. Latihan pengurusan diri dan menggunakan tandas dengan prothesis.
Jenis-jenis prothesis  
Latihan menggunakan prothesis    
Latihan berjalan menggunakan prothesis

Latihan menggunakan prothesis, berjalan untuk melepasi halangan

Latihan untuk melepasi halangan / permukaan lantai tidak sekata

Fasa selepas menggunakan Kaki Palsu

Fasa Persediaan Kembali Ke Rumah Dan Masyarakat

  • Ini melibatkan aktiviti-aktiviti pengurusan diri dan domestik, matlamat utama adalah memastikan pesakit boleh berdikari bila kembali kerumah selepas discaj.
  • Mengajarkan teknik penjimatan tenaga serta teknik pemudahan kerja.
  • Membuat penilaian pemanduan untuk memperoleh lesen bagi Orang Kelainan Upaya (OKU).
  • Mencadangkan  jenis modifikasi kenderaan yang  sesuai.
  • Memperkenalkan dan melibatkan pesakit dalam Program Kembali Bekerja (RTW).
  • Mencadang atau memperkenalkan kepada aktiviti riadah dan masa lapang
  • Memperkenalkan pesakit kepada kumpulan sokongan yang bersesuaian.
Latihan kendiri  

Rujukan 

Ade S, Eckert J: Occupational therapists’ expertise in work rehabiliation and ergonomics. work. 2008, 2008: 1-3.Google Scholar

Aitken RC: To work or not to work: that is the question. Br J Ind Med. 1990, 47: 436 -441.PubMedPubMed CentralGoogle Scholar

Amputee Rehabilitation (Maklumat dan Panduan Pesakit). Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital Kuala Lumpur (2010).

Developed by Kristin L. Gulick, OTR/L, CHT, for the American Occupational Therapy Association. Updated and copyright © 2016 by the American Occupational Therapy Association. This material may be copied and distributed for personal or educational uses without written consent. For all other uses, contact copyright@aota.org.

Meriano C, Latella D: Occupational Therapy Interventions Function and Occupations. 2008, Thorofare: SLACK IncorporatedGoogle Scholar

Otto Bock Prosthetic Compendium, Lower Limb Prostheses, 3rd revised and enlargement edition

Radomski, M.V and Latham, C.A.T (2008). Occupational Therapy For Physical Dysfunction: Lippincott Williams and Wilkins

Radomski, Mary Vining and Catherine A. Trombly Latham (2008). Occupational Therapy for Physical Dysfunction. Lippincott Williams and Wilkins.

Otto Bock Prosthetic Compendium, Lower Limb Prostheses, 3rd revised and enlargement edition.

Therapy For Amputees (Third Edition) Edited By: Barbara Engstrom, Catherine Van De Ven

Wright M: Early return to work & occupational therapy. OT Practice (OT PRACT). 1997, 2: 36-42.Google Scholar

Ziegler-Graham, K., MacKenzie, E. J., Ephraim, P. L., Travison, T. G., & Brookmeyer, R. (2008). Estimating the prevalence of limb loss in the United States: 2005 to 2050. Archives of Physical Medicine and Rehabilitation, 89, 422–429. http://dx.doi.org/10.1016/j.apmr.2007.11.005.

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Rosli Bin Rahim
Akreditor : Mohd Amir Bin Mohd Hashim
Penyemak : Tan Foo Lan

Artikel Berkaitan

Stimulasi Ovari

Fasa kitar stimulasi ataupun fasa rangsangan ovari dilakukan dengan tujuan untuk menghasilkan jumlah folikel yang mengandungi telur yang cukup dengan menggunakan suntikan Hormon Perangsang Folikel (follicle stimulating hormone (FSH)) yang juga dikenali sebagai rawatan gonadotropin.

Hipotensi

Tekanan darah adalah keupayaan darah menolak ke arah dinding pembuluh darah arteri ketika jantung mengepam darah.  Tekanan darah diukur sebagai tekanan sistolik dan diastolik.  Tekanan darah sistolik adalah tekanan yang diukur semasa jantung berdenyut.  Tekanan diastolik adalah tekanan yang diukur semasa jantung sedang rehat.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,368,450

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia