Home > Bayi & Kanak-Kanak > Pengubatan Asma

Pengubatan Asma

Jenis ubat-ubatan asma

Terdapat 3 jenis ubat-ubatan asma iaitu:

  • Ubat pencegahan.
  • Ubat kelegaan.
  • Ubat pengawalan.

Ubat-ubatan asma tidak menyebabkan ketagihan.

  1. Ubat pencegahanUbat-ubatan ini bertindak dengan cara:
    • Mengurangkan radang atau pembengkakan saluran pernafasan.
    • Mengurangkan lelehan lendir.
    • Mengurangkan kepekaan saluran nafas terhadap agen pencetus.
    • Mencegah terjadinya serangan asma.

    Ubat-ubatan ini harus diambil setiap hari dan dalam jangka masa yang panjang. Ia tidak melegakan serangan asma dengan segera sebaliknya lebih bertindak sebagai pencegah.

    Terdapat 2 jenis ubat iaitu:

    Contoh


    Steroid Inhaler

    • Sedutan steroid.
      • Beclomethasone (Becotide).
      • Budesonide (Pulmicort, Inflammide).
      • Fluticasone proprionate (Flixotide).
      • Ciclesonide.
    • Ubat bukan steroid, contoh: Leukotriene receptor antagonist.
      • Montelukast atau Singulair (ubat asma yang terkini).
      • Boleh di dapati dalam bentuk pil dan serbuk.
  2. Ubat-ubatan pelega.
    • Ubat-ubatan ini berfungsi dengan cara:
      • Merehatkan otot licin di sekitar saluran pernafasan.
      • Membuka salur pernafasan.
      • Melegakan serangan asma.
    • Ubat-ubatan ini merupakan rawatan pertama dalam serangan asma dan boleh digunakan sebelum melakukan senaman atau aktiviti. Ubat jenis ini tidak mengubah keadaan saluran pernafasan sedia ada.
    • Ubat-ubatan ini diambil hanya apabila diperlukan sahaja. Ia dapat melegakan sesak nafas dengan segera.
    • Pesakit asma perlu membawa ubat ini setiap masa.

    Terdapat 2 jenis ubat pelega iaitu:

    Short-acting beta agonist


    Ubat bentuk sedutan

    • Terdapat dalam sediaan pil atau sedutan
      • Salbutamol (ventolin) and Terbutaline (Bricanyl).
      • Ubat mula bertindak dalam masa 10-15 minit dan berkesan selama 4-6 jam.
    • Anti-cholinergics
      • Agen utama yang boleh di dapati adalah Ipratropium bromide (atrovent).
      • Kadang-kala ubat ini digunakan secara kombinasi dengan Short-acting beta agonist. Kadang-kala ubat ini juga digunakan secara kombinasi dengan Short-acting beta agonist (Berodual).
  3. Ubat kawalanUbat-ubatan ini dikenali sebagai Long-acting Beta2-agonists. Ubat ini berfungsi dengan cara merehatkan otot-otot pernafasan dan membuka saluran pernafasan dalam jangka panjang. Ubat-ubatan ini agak lambat bertindak tetapi berkesan selama lebih daripada 12 jam. Ubat-ubatan ini mesti digunakan dengan kombinasi sedutan steroid oleh pesakit asma sederhana dan teruk. Ubat ini perlu diambil setiap hari seperti yang disarankan doktor. Contoh:
    • Salmeterol (Serevent).
    • Formoterol (Oxis).

    Pada masa kini, kombinasi ubat-ubatan ini dengan sedutan steroid adalah dalam satu sediaan seperti Seretide accuhaler and evohaler (Fluticasone and Serevent) dan Symbicort Turbuhaler (Budesonide and Formoterol).

Ubat-ubatan lain

  • Anti-histamin boleh digunakan bersama ubat asma sekiranya melibatkan masalah alahan.
  • Antiboitik biasanya tidak diperlukan kerana kebanyakan jangkitan disebabkan oleh virus.
  • Ubat batuk tidak banyak membantu dalam menangani asma.
  • Ubat penenang harus dielakkan kerana ia memburukkan lagi proses pernafasan.
  • “Desensitisation” tidak digalakkan.
Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Norrashidah Hj. Abd Wahab
: Dr. Nor Mahani Harun
Penyemak : Dr. Norzila bt. Mohamed Zainudin