A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pengimejan Jantung

Apakah pengimejan jantung

Pengimejan jantung ialah satu bentuk pengimejan perubatan (medical) untuk melihat struktur jantung dan sistem peredaran darah. Terdapat banyak teknik yang berbeza untuk mengimbas jantung melalui pengimejan medikal. Setiap cara mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Doktor boleh mejalankan ujian pengimejan jantung samada untuk pemeriksaan perubatan  yang umum atau  untuk penyakit jantung yang khusus. Pengimejan juga digunakan untuk mengetepikan masalah jantung atau untuk menilai tahap masalah jantung.

Pengimejan jantung adalah tidak invasif dan ia boleh dilakukan sebagai prosedur pesakit luar.

Apakah indikasi pengimejan jantung

Doktor biasanya memilih  teknik pengimejan jantung yang berbeza antara satu pesakit dengan yang lain. Tujuan khusus pengimejan juga akan dipertimbangkan. Doktor akan memilih ujian yang paling sesuai bagi setiap pesakit.

Biasanya, juruteknik atau doktor yang menjalankan ujian  pengimejan akan  menjelaskan prosedur ujian kepada pesakit. Pesakit juga digalakkan bertanya soalan. Mereka juga perlu meyuarakan kebimbangan mereka, terutamanya jika mereka berasa risau atau tertekan sebelum ujian dijalankan.

Apakah teknik-teknik pengimejan jantung

Terdapat beberapa teknik pengimejan jantung iaitu:

    • Ekokardiogram

      Ekokardiogram menggunakan gelombang ultrasonik untuk melihat struktur jantung dan aliran darah melalui jantung.

      Ekokardiogram Transoesophageal adalah prosedur khusus menggunakan probe yang mengandungi transduser ultrasound di hujungnya. Probe ini dimasukkan ke dalam saluran makanan pesakit. Imej jantung kemudian dihasilkan dengan menggunakan gelombang ultrasonik.

      Ekokardiogram digunakan untuk menganalisa struktur dan fungsi jantung.

 

    • Pemeriksaan koronari saringan Kalsium

      Ujian ini menggunakan imbasan khas kepada imej jantung untuk mencari deposit kalsium dalam arteri koronari.

      Kalsium tidak terdapat di dalam arteri koronari yang normal. Apabila terdapat kalsium di dalam arteri; ini adalah tanda aterosklerosis. Satu kajian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa tahap kalsium yang tinggi di dalam arteri akan meningkatkan risiko serangan jantung.

      Tompokan putih di dalam gambar itu adalah Kalsium

 

    • Tomografi Berkomputer (CT) angiografi koronari

      CT angiografi koronari merupakan ujian pengimejan menggunakan mesin khusus dengan sumber X-Ray. Teknik ini membolehkan pengimejan jantung dalam masa kurang daripada 10 saat: bergantung kepada peralatan dan protokol yang digunakan. Imej ini kemudiannya dibina semula dan ditafsirkan.

      CT angiografi koronari menunjukkan deposit kalsium dan tersumbat mungkin atau penyempitan dalam saluran darah. Ia digunakan untuk menentukan sama ada tanda-tanda seperti sakit dada atau sesak nafas adalah disebabkan oleh masalah koronari jantung.

 

    • Pengimejan resonan magnet jantung

      Pengimejan resonan magnet jantung ialah kaedah pengimejan diagnostik yang menggunakan medan magnet dan gelombang radio untuk menghasilkan gambaran imej komputer tiga dimensi.

      Imej jantung dan saluran darah utama  di dihasilkan dalam imej statik dan imej dalam pergerakan. Tidak seperti lain-lain teknik , pengimejan resonan magnet jantung tidak menggunakan sinaran mengion atau mempunyai apa-apa risiko yang boleh menyebabkan kanser.

      Doktor menggunakan pengimejan resonan magnet jantung untuk mendapatkan gambar-gambar jantung berdegup untuk menganalisa struktur dan fungsinya. Gambar-gambar ini boleh membantu doktor menentukan cara terbaik untuk merawat orang-orang yang mempunyai masalah jantung.

      Walau bagaimanapun, kadang-kadang penggunaan teknik ini terhad kerana protokol yang mengambil masa danklaustrofobia.

      Pengimejan resonan magnet jantungdigunakan untuk mendiagnosis dan menilai pelbagai penyakit termasuk:

      • Penyakit jantung koronari
      • Kerosakan yang disebabkan oleh serangan jantung
      • Kegagalan jantung
      • Masalah injap jantung
      • Kecacatan jantung kongenital (kecacatan jantung hadir pada kelahiran)
      • Pericarditis (satu keadaan di mana membran, atau kantung jantung anda mengalami keradangan
      • Tumor jantung

 

  • Tomografi pancaran positron (PET)

    Tomografi pancaran positron (PET)adalah ujian pengimejan yang menggunakan bahan radioaktif yang dipanggil penyurih. Ujian ini adalah untuk mengkaji penyakit dan menganalisa aliran darah yang lemah.

    Imbasan PET jantung menunjukkan bagaimana organ-organ dan tisu bekerja. Ia juga boleh memberitahu doktor anda sama ada kawasan otot jantung menerima darah yang mencukupi. Ia juga boleh menunjukkan kerosakan jantung atau tisu parut di dalam dinding jantung.

Semakan Akhir : 5 Ogos 2013
Penulis : Dr. Ainol Shareha bt. Sahar

 

Artikel Berkaitan

Tiroid

Soalan 1 Apakah kelenjar tiroid dan apakah fungsinya? Jawapan 1

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,078,664

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia