A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Penggunaan Fluorida Topikal

Flourida membantu dalam mencegah karies gigi semasa proses remineralisasi dan demineralisasi.

Pengenalan

Fluorida ialah mineral yang wujud secara semulajadi dalam banyak jenis makanan dan air. Setiap hari, terdapat tambahan dan kehilangan mineral daripada lapisan enamel gigi melalui dua proses, demineralisasi dan remineralisasi.

Kehilangan mineral (demineralisasi) daripada lapisan enamel gigi berlaku akibat serangan asid yang terhasil daripada tindakbalas bakteria dalam plak dengan gula dalam mulut.

Mineral-mineral lain seperti fluorida, kalsium dan fosfat daripada makanan dan minuman akan mendap semula (remineralisasi) ke dalam lapisan enamel.

Demineralisasi yang berlebihan tanpa remineralisasi yang mencukupi untuk memulihkan lapisan enamel akan menyebabkan kerosakan gigi.

Dalam Bentuk Apakah Fluorida Boleh Didapati?

Seperti yang telah diterangkan, fluorida boleh didapati dalam makanan dan air. Fluorida juga boleh digunakan ke atas gigi oleh individu sendiri melalui ubat gigi berfluorida dan bahan kumuran.

Ubat gigi berfluorida:

   

Bahan kumuran berfluorida:

Mereka yang dikecualikan daripada menggunakan bahan kumuran:

  1. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun
  2. Individu yang tidak boleh berkumur akibat masalah otot muka atau kecacatan lain

Seorang doktor gigi juga boleh menggunakan fluorida ke atas gigi dalam bentuk gel, buih atau varnis. Rawatan ini mengandungi tahap fluorida yang lebih tinggi berbanding yang terdapat di dalam ubat gigi dan bahan kumuran.

Varnis disapukan pada permukaan gigi manakala buih dimasukkan ke dalam pelindung mulut dan diletakkan pada gigi selama satu hingga empat minit; gel pula boleh digunakan dengan cara sapuan atau pun dimasukkan ke dalam pelindung mulut.

 

Contoh varnis fluorida dan prosedur aplikasi pada kanak-kanak

Contoh gel/buih fluorida pada pelindung mulut yang digunakan pada kanak-kanak

Faedah Fluorida Pada Gigi

Flourida membantu dalam mencegah karies gigi semasa proses remineralisasi dan demineralisasi. Apabila terdapat kandungan fluorida yang mencukupi dalam persekitaran mulut, pembebasannya akan membantu menghalang demineralisasi kalsium dan fosfat dalam enamel.

Fluorida topikal dan mineral-mineral dalam air liur akan mempertingkatkan proses remineralisasi.

Fluorida bertindak dengan mempercepatkan pembinaan semula struktur enamel dan boleh menghentikan ataupun membolehkan kebalikan proses pereputan gigi. Yang lebih penting, fluorida boleh membuatkan enamel lebih tahan kepada asid yang menyebabkan demineralisasi berbanding keadaan asalnya.

Bilakah Masa Pengambilan Fluorida Yang Paling Kritikal?

Sememangnya penting untuk bayi dan kanak-kanak yang berumur di antara 6 bulan hingga 16 tahun didedahkan kepada fluorida. Walau bagaimanapun, orang dewasa juga boleh mendapat manfaat daripadanya.

Penyelidikan yang baru menunjukkan fluorida topikal seperti ubat gigi, bahan kumuran dan rawatan fluorida adalah penting dalam menentang kerosakan gigi dan juga menguatkan gigi-gigi yang sedang membentuk.

Di samping itu, sebilangan orang dengan beberapa keadaan tertentu mungkin mempunyai risiko kerosakan gigi yang lebih tinggi dan dengan itu akan mendapat manfaat daripada rawatan fluorida tambahan. Mereka merupakan orang yang mengalami:

  • Keadaan kekeringan mulut : Kekurangan air liur akan menjadikan zarah makanan sukar untuk dibersihkan dan asid sukar untuk dineutralkan. Keadaan in boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit seperti Sindrom Sjogren, pengambilan ubat-ubatan tertentu (seperti ubat-ubatan untuk alahan, antihistamin, anti-kemurungan dan penyakit darah tinggi), dan juga rawatan pancaran radiasi di bahagian leher dan kepala.
  • Penyakit gusi: Penyakit gusi juga dikenali sebagai periodontitis, boleh menyebabkan gigi dan akarnya terdedah kepada bakteria dan meningkatkan kebarangkalian terjadi kerosakan gigi. Gingivitis adalah peringkat awal periodontitis.
  • Sejarah kerosakan gigi yang kerap: Sekiranya anda mengalami satu kaviti setiap tahun atau setiap dua tahun, anda mungkin mendapat manfaat daripada fluorida tambahan.
  • Kewujudan korona dan/atau jambatan atau pendakap gigi: Rawatan-rawatan ini boleh meningkatkan risiko kerosakan gigi pada kawasan di mana korona bertemu dengan struktur gigi di bawahnya atau di sekeliling braket pada aplian ortodontik.
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Leslie S. Geoffrey
Penterjemah   Dr. Suzana bt. Sharif
Akreditor : Dr. Cheng Lai Choo
Penyemak : Dr. Sharol Lail bin Sujak

 

Artikel Berkaitan

Prostesis Untuk Pesakit Sumbing Bibir Dan Lelangit

Pemulihan secara prostetik pesakit sumbing bibir dan lelangit ini akan memberikan mereka penampilan yang lebih baik, membolehkan pesakit berasa normal, meningkatkan harga diri, menawarkan peluang yang lebih besar untuk pekerjaan dan memenuhi potensi sosial mereka

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,321,686

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia