Home > Warga Emas > Penuaan Secara Sihat > Pengenalan Kecergasan

Pengenalan Kecergasan

Kecergasan adalah keadaan yang sihat yang membolehkan individu melakukan aktiviti harian dengan bertenaga, mengambil bahagian dalam kepelbagaian aktiviti fizikal dan mengurangkan risiko masalah kesihatan. Ia mempunyai komponen-komponen berikut:-

  • Kekuatan – keupayaan menghadapi tekanan.
  • Stamina – kemampuan yang berterusan.
  • Kemudahlenturan/fleksibiliti – kemanpuan untuk bergerak dan membengkok dengan lancar.
  • Koordinasi – kemampuan untuk mengabungkan pelbagai pergerakan dan keseimbangan.

Untuk memperolehi dan mengekalkan kecergasan, ia memerlukan usaha yang berterusan dengan mengamalkan senaman yang berkala. Senaman dan aktiviti fizikal yang berkala boleh mengatasi masalah hilang upaya, meningkatkan keupayaan fungsi tubuh badan dan memberi keselesaan. Keadaan ini boleh tercapai dengan melakukan frekuensi senaman, intensiti serta tempoh yang mencukupi.

Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Sarkuna Devi
: Normah bt. Nordin
: Thillainathan a/l Krishnan
Penyemak : Dr. Mohmad bin Salleh

 

(Visited 130 times, 1 visits today)