A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Rekod Perubatan
  6. /
  7. Pengeluaran Hilang Upaya Kekal...

Pengeluaran Hilang Upaya Kekal KWSP

Pendahuluan

Pengeluaran hilang upaya kekal membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya tidak berupaya daripada segi mental atau fizikal, setelah mencapai tahap Pemulihan Perubatan Maksima (MMI) untuk bekerja bagi membantu menyara kehidupan ahli. Ahli telah disahkan hilang upaya daripada segi fizikal atau mental, setelah mencapai tahap Pemulihan Perubatan Maksima (MMI) untuk bekerja oleh doktor yang merawat ahli dan pegawai perubatan yang dilantik oleh KWSP. Permohonan perlu disokong oleh laporan perubatan yang dibuat tidak lebih satu tahun dari tarikh permohonan diterima.

Tatacara Permohonan

Permohonan pengeluaran hilang upaya kekal KWSP perlu dimohon oleh ahli melalui KWSP dan permohonan akan dihantar kepada Unit Rekod Perubatan hospital untuk ditubuhkan Sidang Lembaga Perubatan. Senarai Dokumen Yang Diperlukan adalah:

  • Borang Pengeluaran KWSP 9L (AHL)
  • Kad Pengenalan Diri
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli
  • Permohonan Secara Pos
  • Laporan Perubatan Asal dari Institusi Perubatan Pakar/Bukan Pakar- Lampiran 1
  • Surat Berhenti Kerja Daripada Majikan
  • Borang Temuduga

Proses Penubuhan Lembaga Perubatan

Lembaga Perubatan akan bersidang setelah Unit Rekod Perubatan Hospital yang bertindak sebagai urusetia menerima permohonan daripada KWSP. Penetapan tarikh serta panel Lembaga Perubatan akan ditentukan di peringkat hospital. Carta aliran kerja penubuhan Lembaga Perubatan adalah disepertimana di Lampiran 2.  

Contoh Format Laporan Perubatan Hilang Upaya

Rujukan

  1. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Semakan Akhir : 28 November 2014
Penulis : Pn. Zainuhaswani bt. Mohamad
Akreditor : Pn. Siti Hajar bt. Baharim

Artikel Berkaitan

Kumpulan Sokongan Keluarga

Kumpulan sokongan keluarga merupakan kumpulan yang ditubuhkan untuk memberi sokongan kepada ibu bapa, penjaga serta ahli keluarga pesakit.

Sinaran Radiofrekuensi dan Kesihatan

Sinaran radiofrekuensi adalah sebahagian daripada spektrum elektromagnet. Spektrum ini bermula daripada sinaran yang memiliki nilai frekuensi yang rendah (sebagai contoh gelombang radio), ke sinaran yang memiliki nilai frekuensi yang tinggi (sebagai contoh sinar-X).

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,221,331

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 11:55:02
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia