A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Psikologi Kaunseling
  6. /
  7. Umum
  8. /
  9. Penyalahgunaan Dadah
  10. /
  11. Pengambilan Dadah untuk Keseronokan...

Pengambilan Dadah untuk Keseronokan Seks

Pengenalan

Dadah adalah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila disalah gunakan. Akibat dari penyalahgunaan tersebut seseorang akan menjadi ketagih dan akan bergantung padanya.

Fenomena Semasa

Seks adalah satu kegiatan intimasi yang dilakukan oleh manusia untuk mendapatkan kepuasan kehidupan dan bukan sahaja bertujuan untuk mendapatkan zuriat, tetapi juga boleh mempertingkatkan lagi keseimbangan system haemostatis atau fisiologi tubuh.

keseronokan seks

Namun sejak kebelakangan ini terdapat ramai pihak yang menyalahgunakan dadah untuk keseronokan seks. Seks dan dadah adalah amat berkait rapat. Ini bermakna seseorang yang mempunyai naluri atau keinginan seks yang kuat akan mengambil dadah supaya mereka dapat mencapai tahap yang agak tinggi dalam hubungan seks. Para remaja masa kini juga turut menjadi mangsa dalam aspek ini. Tambahan pula video-video yang berkaitan yang mudah diperolehi terutamanya melalui gajet-gajet seperti telefon pintar dan komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet.

Kesan Dan Akibat

Individu yang dalam pengaruh dadah serta terlibat dalam aktiviti seks akan buat apa sahaja untuk mencapai kepuasan seks. Lantaran itu terdapat beberapa kesan atau akibat negatif daripada perbuatan yang tidak bermoral itu. Kesan yang ditanggung oleh individu yang terlibat adalah lama sedangkan nikmatnya hanya sekejap.

Antara kesan negatif adalah pembuangan bayi. Oleh kerana terlalu alpa dan seronok melibatkan diri dalam seks mereka kemungkinan besar tidak akan menggunakan kondom untuk menghalang pasangan mereka daripada melahirkan anak yang akan digelar anak luar nikah. Anak-anak yang dilahirkan ini akan dibuang begitu sahaja tanpa belas kasihan.

keseronokan seks2Selain itu, akan juga berlaku peningkatan kes jenayah seperti kes rogol. Individu lelaki yang sudah biasa mendapat keseronokan seks akan menjadi ghairah dan akan ingin sentiasa melakukannya. Oleh kerana sebab-sebab tertentu mereka kemungkinan besar tidak boleh mendapatkan layanan seks seperti yang sebelumnya. Sebagai jalan pintas dan hanya semata-mata untuk memuaskan nafsu seks, mereka tidak akan teragak-agak untuk mencari mangsa dan merogolnya. Ada juga yang akan merogol anak, kakak, emak atau sesiapa sahaja asalkan mereka dapat menikmati kepuasan.

Penyakit kelamin juga merupakan salah satu kesan negatif yang boleh berlaku. Penyakit kelamin merujuk kepada sebarang penyakit yang boleh tersebar melalui hubungan kelamin atau seks yang tidak ‘bersih’ serta sering bertukar pasangan. Penyakit kelamin ini boleh disebabkan oleh virus, kuman, bakteria dan kulat. Antara penyakit kelamin adalah sifilis, hepatitis A, hepatitis B, herpes dan jangkitan saluran kencing.

Kaedah Pencegahan Dan Pemulihan

Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya adalah lebih elok dan sesuai dengan hasrat kerajaan untuk membentuk sebuah masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai kekeluargaan. Tidak dapat dinafikan bahawa para remaja yang dibelai dengan penuh kasih sayang serta dengan ajaran agama yang betul akan membesar menjadi insan yang berguna kepada negara dan masyarakat. Keluarga adalah merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Ibu bapa adalah merupakan idola yang amat penting sepanjang proses pembesaran anak-anak dan mereka harus menunjukan teladan yang baik agar ia akan dicontohi oleh anak-anak yang sedang membesar. Ibu bapa juga seharusnya memantau kegiatan luar anak-anak mereka terutamanya semasa mereka mencecah usia remaja.

Remaja itu sendiri seharusnaya lebih peka pada isu-isu semasa serta mengamalkan pegangan agama yang baik. Remaja seharusnya pandai memilih rakan supaya mereka tidak terjatuh dalam perangkap yang telah dipasang oleh anasir -anasir yang jahat. Selain itu, remaja juga sepatutnya melaporkan segala perkara yang tidak elok yang berlaku pada dirinya kepada ibu bapa agar ia dapat diatasi dengan kadar yang segera serta tidak menjadi lebih serius. Mereka juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti – aktiviti yang lebih sihat agar dapat mengisi masa lapang dengan penuh berfaedah.

Adalah lebih baik menangani sesuatu isu sebelum terlambat, namun tidak dapat dinafikan bahawa ada perkara yang berlaku di luar kawalan kita. Rakan sebaya adalah merupakan elemen yang sangat berpengaruh serta penting dalam kehidupan seseorang terutamanya remaja. Rakan sebaya yang menyedari akan tindakah remaja yang salah boleh melaporkannya pada ibu bapa remaja berkenaan atau pihak – pihak tertentu agar mereka dapat membawa kembali remaja terbabit ke jalan yang betul.

kempendadah

Rujukan

  1. blogspot.my/2011/09/keburukan-seks-rambang.html
  2. http://belajarpsikologi.com/macam-macam-penyakit-kelamin-laki-laki-dan-perempuan/
  3. http://skim-lencana-anti-dadah-ppc.blogs.smjk.edu.my/kesan-kesan-buruk-dadah/
  4. Psikologikita.com/?q=psikologi/remaja-dan-seksualitas
  5. http://www.fokuspadakeluarga.cc/index.php/home/28-seminar-remaja/73-pengalaman-seks-remaja-dumulai-usia-16th

 

Semakan Akhir : 4 Jun 2016
Penulis : Hema Nair a/p Suppariam
Akreditor : Ruhana binti Mahmod

Artikel Berkaitan

KERJAYA JURU X-RAY DIAGNOSTIK

Juru X-ray Diagnostik merupakan anggota profesional kesihatan bersekutu yang menggunakan X-ray untuk menghasilkan imej bagi tujuan diagnosis seseorang pesakit.

Kecederaan Mata

Kecederaan mata boleh mengakibatkan risiko kehilangan penglihatan, terutamanya yang melibatkan tusukan ke dalam mata serta kemasukan benda asing ke dalam bebola mata.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,237,301

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia