Pendengaran di Usia Emas

Masalah pendengaran merupakan antara penyakit yang paling banyak dialami oleh golongan warga emas. Dianggarkan sebanyak 40 ke 45 peratus golongan yang berusia 65 tahun ke atas dan lebih 80% yang berusia lebih 70 tahun mempunyai masalah pendengaran. Tahap masalah pendengaran ini berbeza mengikut individu dan biasanya masalah ini akan melibatkan kedua- dua belah telinga. Masalah pendengaran ini akan berlaku secara beransur-ansur dan disebabkan ini mereka biasa tidak akan menyedari yang tahap pendengaran mereka semakin merosot. Tahap masalah pendengaran boleh menjadi sedikit, sederhana, teruk ataupun sangat teruk

Simptom

  • Tidak dapat mendengar.
  • Kesukaran untuk mendengar dengan jelas dan tidak memahami maksud keseluruhan percakapan.
  • Sukar untuk berkomuni kasi sekiranya terdapat dua atau lebih orang yang bercakap.
  • Suara lelaki lebih mudah didengari berbanding suara wanita yang bernada lebih tinggi.
  • Mendengar bunyi berdesing dari dalam telinga (Tinnitus).
  • Sensitif pada bunyi yang kuat.
  • Cepat berasa letih atau stress, disebabkan terpaksa lebih fokus semasa mendengar.

Punca

  • Kerosakan di koklea atau saraf auditori disebabkan oleh perubahan secara beransur-ansur.
  • Kerosakan pada sel-sel rerambut yang merupakan reseptor sensori di koklea.
  • Terdedah pada bunyi bunyi bising seperti bunyi trafik, persekitaran tempat kerja, muzik yang kuat  dan juga peralatan yang menghasilkan bunyi bising.
  • Faktor keturunan seperti penuaan, tahap kesihatan dan kesan sampingan penggunaan ubat.
  • Perubahan pada bekalan darah ke telinga disebabkan oleh penyakit jantung, tekanan darah tinggi, vascular atau diabetes.
  • Masalah pendengaran konduktif iaitu berpunca kerosakan fungsi gegendang ataupun tulang- tulang osikel yang membawa gelombang bunyi ke koklea.

Faktor-faktor risiko

  • Keturunan
  • Terdedah kepada bunyi bising
  • Penggunaan ubatan ototoksik.
  • Tekanan darah tinggi
  • Tabiat merokok
  • Atheriosclerosis
  • Jangkitan di telinga.

Kesan pada kehidupan

  • Depressi, kebimbangan dan kesunyian
  • Kurang bersosial
  • Terpinggir dari masyarakat

Rawatan

Alat bantu pendengaran.
Masalah dalam menggunakan alat bantu pendengaran:

  • Sukar untuk memasukkan alat ke dalam telinga.
  • Bunyi bising dari alat pendengaran.
  • Distorsi bunyi dari alat pendengaran.
  • Bunyi dari alat terlalu kuat.

Rehabilitasi

  • Kaunseling berkaitan penggunaan alat supaya mereka mempunyai harapan yang realistik terhadap alat bantu pendengaran.
  • Bercakap secara berdepan supaya kita dapat melihat muka orang yang bercakap.
  • Pastikan pencahayaan yang  baik supaya dapat melihat ekspresi muka, reaksi dan pergerakan bibir dan badan yang boleh memberi klu kepada komunikasi.
  • Bercakap dengan ayat yang pendek dan ringkas sekiranya bertutur dengan mereka yang mempunyai masalah pendengaran.
  • Elakkan bertutur di tempat-tempat yang bising atau sesak

Pencegahan

  • Menjalani ujian saringan pendengaran secara berkala.
  • Melindungi dari terdedah dengan bunyi-bunyi bising seperti menggunakan pelindung telinga sekiranya kerja di kawasan yang terdedah dengan bunyi yang bising.
  • Mengamalkan cara hidup yang sihat
Semakan akhir : 10 Mac 2014
Penulis : Mazly Helmy bin Sulaiman
Akreditor : Nur Azyani bt. Amri