A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Perubahan Tingkah Laku
  6. /
  7. Pencurian Barangan Kedai

Pencurian Barangan Kedai

Pengenalan

Shoplifting  ataupun “pencurian barangan kedai” merupakan satu kesalahan, tetapi ramai remaja sanggup hadapi risiko  melakukannya tanpa memikirkan kesan dan akibat daripada perbuatan tersebut.

Kebanyakan daripada mereka mencuri bukan disebabkan mereka tidak mampu, dan bukan juga disebabkan mereka tidak tahu ianya adalah satu kesalahan, tetapi disebabkan dorongan rakan-rakan sebaya yang turut sama dengan aktiviti ini ataupun disebabkan oleh konfik yang dihadapi terutamanya mereka yang mengalami kekecewaan dalam hidup, kemurungan dan menginginkan perhatian.

Antara barangan yang dicuri biasanya yang kecil, mempunyai nilai yang tinggi dan mudah disorokkan. Ada kalanya, barangan tersebut adalah barangan yang tidak diperlukan, tetapi dorongan untuk mencuri secara impulsif menyebabkan mereka melakukannya.

Mengapa remaja mencuri?

Kebanyakan remaja akan menjawab “tidak tahu” apabila ditanya mengapa mereka mencuri, sesuatu yang amat sukar untuk mereka jelaskan.
Di antara sebab-sebab yang dikenalpasti:

  • Dorongan rakan sebaya, tidak mahu dipinggirkan dan perlu kekal di dalam kumpulan rakan-rakan yang melakukan shoplifting.

  • Inginkan barangan yang sama taraf dipakai oleh rakan sekelas, tetapi tidak mampu membelinya.

  • Mencabar diri ataupun pihak berkuasa untuk melihat sama ada mereka kebal ataupun tidak di dalam aktiviti berisiko tinggi ini. Mereka akan mendapat kepuasan apabila terlepas daripada ditangkap.

  • Untuk mendapat perhatian daripada ibubapa dan tidak kesal apabila tertangkap.

  • Berasa tertekan, murung, bosan dan tidak berguna.

Kebanyakan remaja mengatakan mereka tidak merancang untuk mencuri, tetapi disebabkan mereka impulsif dan kurang matang di dalam membuat pertimbangan, mereka melakukannya tanpa memikirkan risiko yang harus dihadapi.
Peluang mencuri lebih terbuka pada musim cuti sekolah memandangkan mereka tidak mempunyai aktiviti yang tersusun dan tiada kawalan daripada ibubapa.

Apakah komplikasi daripada perbuatan mencuri yang berulang?

Di antara komplikasi yang berlaku apabila remaja gemar mencuri, mereka menjadi ketagih dan melakukan aktiviti salah ini berulang kali, walaupun pernah tertangkap.
Ketagihan untuk mencuri terjadi apabila mereka berasa sangat teruja apabila terlepas setelah melakukan aktiviti yang berisiko ini. Ia menyebabkan penghasilan adrenalin di dalam otak, dan seterusnya menyebabkan perasaan “high” atau seakan-akan berada di awang-awangan. Kepuasan inilah  yang lebih dinikmati berbanding dengan memakai /menggunakan barangan yang dicuri. Ini merupakan satu ganjaran dan mereka merasa sangat selesa dengan perasaan tersebut, yang mana secara tidak langsung dapat merawat emosi yang negatif seperti perasaan marah, kecewa, murung dan tidak gembira dengan hidup mereka. Menyedari bahawa mereka boleh mendapat nikmat perasaan tersebut dengan mudah, inilah yang menarik mereka untuk mengulangi perbuatan tersebut “sekali sahaja lagi” dan ketagihan pun bermula…

Bolehkan perbuatan shoplifting dicegah?

Keadaan ini boleh dicegah dengan menyalurkan tenaga dan mendapatkan perasaan “high” secara semulajadi dengan aktiviti yang sihat seperti membeli-belah, makan di luar, membaca, bermain permainan elektronik /internet ataupun berhubung dengan rakan-rakan melalui media sosial atau telefon.

Sebagai ibubapa, adalah amat penting untuk mengajar anak-anak daripada awal lagi berkenaan perbadi baik yang perlu mereka contohi  dan nilai-nilai moral yang tinggi.

Apakah cara-cara yang boleh digunakan oleh ibubapa untuk mencegah shoplifting?

  • Tunjukkan kamera litar tertutup (CCTV), tag bermagnet dan pengawal keselamatan semasa membeli belah bersama anak-anak. Kemudahan ini adalah untuk membuat pemantauan kepada semua pelanggan dan boleh dijadikan bahan bukti jika tertangkap. Mencuri bukan sahaja satu kesalahan, tetapi merupakan satu jenayah dan sekiranya tertangkap, boleh didakwa dan dipenjarakan. Rekod jenayah boleh menjejaskan peluang untuk melanjutkan pelajaran ataupun bekerja di luar negara.

  • Terangkan bahawa ada kedai yang meletakkan harga yang lebih tinggi pada barangan mereka untuk mengurangkan kerugian yang dialami apabila barangan mereka dicuri. Yang menjadi mangsa adalah pengguna lain. Ada juga peniaga yang terpaksa gulung tikar kerana menanggung kerugian yang tinggi akibat perbuatan shoplifting ini.

  • Pantau barangan anak anda. Kesan jika terdapat sebarang perubahan yang dipakai oleh mereka setiap hari dan lihat jika terdapat barang-barang yang baru di dalam rumah.

  • Bercakap dengan mereka berkenaan nilai-nilai murni dari semasa ke semasa. Ingatkan mereka betapa bahayanya dadah, begitu juga perbuatan mencuri. Ambil peluang untuk memberi pengajaran kepada mereka jika ada berita yang keluar di televisyen berkaitan mereka yang ditangkap /didakwa kerana mencuri.  Sekiranya remaja pergi ke pusat membeli-belah tanpa ibubapa, nasihati mereka untuk menjadi seorang anak yang bertanggungjawab di dalam kebebasan  yang diberikan ketika berjalan-jalan bersama rakan-rakan. Ingatkan mereka untuk membuat perkara yang baik dan jujur.

Apakah tindakan yang harus diambil apabila mendapati anak remaja anda ditangkap kerana mencuri?

Sekiranya  anda mendapati bahawa anak anda telah ditangkap kerana mencuri, berikut adalah langkah yang boleh diambil:

Tanyakan jika anak anda akan didakwa. Sekiranya tidak, sama ada perlu membayar denda ataupun hanya membayar barangan yang diambil.

Elakkan daripada reaksi yang keterlaluan dan beremosi ketika berinteraksi dengan anak anda. Tenangkan diri anda dahulu kerana anda mungkin akan menyatakan perkara yang tidak anda maksudkan, ataupun  terus memberi hukuman yang anda sendiri tidak pasti boleh dilakukan atau tidak.

Apabila anda telah bersedia untuk bercakap, nyatakan kepada anak anda bahawa anda telah hilang kepercayaan kepadanya. Anak perlu tahu yang anda marahkan perbuatan mereka. Mereka harus yakinkan anda kembali dengan menunjukkan sikap bertanggungjawab di masa akan datang dan sanggup menghadapi hukuman yang akan diberikan. Hukuman boleh diberikan dalam bentuk melarang mereka daripada keluar bersama rakan-rakan pada satu jangkamasa yang ditetapkan, berikan tugasan di rumah, ataupun  membuat kerja-kerja sukarela.

  1. Bertanya apa tindakan yang akan diambil seterusnya oleh pihak berkuasa.

  2. Bawa bertenang:

  3. Bincang tentang erti percaya

  4. Pastikan anak anda memahami undang-undang.  Sekiranya anak anda didakwa di atas kesalahan mencuri tersebut, anda boleh dapatkan peguam untuk mereka, tetapi ini tidak bermakna yang mereka akan terlepas. Sekiranya mereka ditahan oleh pihak polis, mereka harus ketahui bahawa pada waktu itu mereka telah melepasi batasan dan anda tidak dapat melindungi mereka lagi.

  5. Belajar daripada kesilapan. Remaja harus tahu  bahawa walaupun mencuri bukan suatu kesalahan yang boleh membawa kepada  hukuman gantung, tetapi mereka harus sedar yang ianya satu perkara besar dan mereka harus belajar daripada kesalahan tersebut.

Last Reviewed : 29 Mei 2014
Writer : Dr. Nurul Wafa bte. Husin
Accreditor : Dr. Nik Rubiah bte. Nik Abdul Rashid

Artikel Berkaitan

Berhenti Merokok

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.

Saya Tinggi

Ketinggian yang tidak normal boleh dikaitkan dengan beberapa masalah perubatan seperti sindrom Marfan dan Thyrotoxicosis.

Memahami Seksualiti

Pengenalan Perbincangan tentang seksualiti patut dimulakan dengan kesedaran bahawa topik

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,229,924

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia