A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Pemutihan Gigi (Gigi Vital)

Pemutihan Gigi (Gigi Vital)

Pengenalan

Rawatan pemutihan gigi adalah satu cara yang berkesan untuk mencerahkan warna asal gigi tanpa memotong struktur gigi. Ia mungkin tidak dapat menukarkan warna gigi tersebut sepenuhnya tetapi, mampu mencerahkan warna asal.

Hydrogen peroxide atau carbamide peroxide merupakan bahan aktif yang sering digunakan dalam produk pemutihan gigi.  Bahan pemutih gigi boleh didapati:

  1. Di kaunter-kaunter farmasi
  2. Priskrpsi oleh doktor pergigian
  3. Di klinik pergigian dan di rawat oleh doktor pergigian

Siapa yang memerlukan Pemutihan Gigi?

Pemutihan gigi sesuai bagi individu yang mempunyai gigi tidak ada tampalan dan gusi yang sihat. Rawatan ini berkesan untuk gigi yang berwarna kuning dan gigi yang mempunyai kotoran dalaman seperti yang disebabkan oleh pengambilan tetracycline di bawah 12 tahun.

Doktor pergigian akan memeriksa status kesihatan pergigian anda terlebih dahulu sebelum mengesyorkan rawatan ini.

Bagaimana Proses Pemutihan dijalankan?

Pelunturan profesional adalah satu cara yang paling biasa digunakan.

Mula-mula pelindung getah atau gel akan diletakkan pada gusi untuk melindungi tisu lembut mulut. Kemudian bahan pemutih disapu terus pada gigi. Seterusnya,cahaya atau laser dipancarkan ke permukaan gigi untuk mengaktifkan bahan kimia.


Pengasingan Gigi Gel diletak Pada Gusi
 

Bahan Pemutih Disapu Pada Gigi
     

Cahaya Di Pancarkan Pada Gigi
 
 
 
 
 

Warna Gigi Sebelum Rawatan Pemutihan
 

Warna Gigi Selepas Rawatan Pemutihan

Lain-lain Prosedur Untuk Mencerahkan Warna Gigi

Pada masa ini terdapat laser atau power whitening untuk pemutihan gigi. Cahaya atau laser dipancarkan ke permukaan gigi untuk mengaktifkan bahan kimia. Prosedur ini lebih cepat menghasilkan perubahan warna gigi yang dikehendaki.

Apakah Kesan Sampingan Rawatan Ini?

Sesetengah individu mungkin mengalami rasa ngilu (sensitif) terhadap minuman/makanan sejuk semasa atau selepas rawatan. Ada juga yang mengalami rasa tidak selesa pada gusi, sakit tekak atau mendapati tompok-tompok putih di pinggir gusi . Gejala ini adalah sementara sahaja dan akan hilang dalam beberapa hari selepas selesai rawatan.

Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika kesan sampingan ini berlarutan.

Berapa Lama Prosedur Pemutihan dijalankan?

Doktor pergigian mengambil masa selama satu jam sehingga beberapa kali lawatan bergantung kepada warna gigi dan teknik yang digunakan.

Berapa Kosnya?

Klinik pergigian kerajaan tidak menawarkan rawatan ini secara rutin. Ia dilakukan khas untuk mereka yang amat memerlukannya.

Di klinik pergigian swasta, harganya bergantung kepada cara dan teknik yang digunakan. Bayaran untuk penggunaan Laser atau power whitening adalah lebih mahal berbanding pelunturan biasa.

Anda dinasihatkan mendapat anggaran kos bertulis sebelum memulakan rawatan.

Bagaimana Penggunaan Produk Pemutih Gigi Di Rumah?

Terdapat pelbagai jenis produk pemutih gigi yang boleh digunakan di rumah, sama ada yang dibekalkan oleh doktor pergigian anda atau dibeli di kedai-kedai farmasi.

Pemutihan gigi adalah satu prosedur yang rumit. Dapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor pergigian terlebih dahulu sebelum menggunakan produk ini.

Berapa Lama Gigi Akan Kekal Cerah?

Kesan rawatan bergantung pada individu. Lazimnya, gigi akan kekal cerah selama tiga tahun. Kesannya akan menjadi lebih singkat jika anda seorang perokok atau mengambil makanan/minuman yang boleh meninggalkan kesan pada warna gigi.

Sentiasa tanya doktor gigi anda sebelum mendapat rawatan.

 

Semakan Akhir : 25 April 2014
Penulis / Penterjemah : Dr. Roshima bt. Mohd Sharif
Penyemak : Dr. Rohani bt. Mahmood
  : Dr. Chua Meei Jinn

 

Artikel Berkaitan

M

Mekanisma Tindak Balas Terhadap Stres  Mamogram Mati Pucuk Memahami Arahan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,268,003

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia