Pengenalan
Ramai orang tidak mengetahui skop sebenar dalam makmal perubatan. Ramai pesakit berfikiran bahawa ujian makmal itu hanya mengambil spesimen darah untuk membuat ujian-ujian rutin seperti penaksiran glukosa, tekanan darah atau kolesterol. Ini adalah pendapat yang salah di kalangan masyarakat umum tentang profesion makmal.
Ujian makmal sebenarnya meliputi skop yang luas dan mempunyai banyak ujian yang dilakukan untuk membantu para doktor untuk menilai tahap kesihatan seseorang pesakit. Malah ada ujian makmal yang boleh menentukan seseorang itu sihat atau tidak secara keseluruhannya.
Oleh kerana ujian makmal ini mempunyai peranan penting dalam mengenalpasti jenis penyakit, maka ujian ini haruslah dilakukan dengan baik. Keputusan ujian yang betul yang dikeluarkan kepada pesakit haruslah dipastikan sah agar pesakit boleh diberi rawatan yang baik oleh doktor.
Faktor Yang Mempengaruhi Peringkat Pre-Analitikal
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi dalam mendapatkan keputusan yang betul dan jitu iaitu:
- Pre-Analitikal – Sebelum pemungutan spesimen pesakit.
- Analitikal – Selepas pemungutan spesimen pesakit atau semasa melakukan ujian.
- Pos-Analitikal – Mengeluarkan keputusan ujian.
Antara kesemua peringkat proses ini, peringkat pre-analitikal adalah paling penting. Ini adalah kerana jika dalam peringkat ini telah berlaku kesilapan maka akan menyebabkan pengeluaran keputusan ujian yang tidak bermutu atau salah. Contohnya seperti salah menulis nama pesakit pada tiub darah pesakit yang lain.
PERINGKAT | PROSES PENGAMBILAN SPESIMEN |
Sebelum |
|
Semasa |
|
Selepas |
|
Pendaftaran Pesakit
- Pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kesihatan haruslah mendaftar di unit pendaftaran yang disediakan.
- Di unit pendaftaran, pesakit harus memberi maklumat yang terperinci;
– Nama penuh
– Nombor kad pengenalan
– Tarikh lahir
– Alamat rumah
– Nombor telefon
– Maklumat ringkas pewaris
– Lain-lain maklumat yang berkaitan
- Pendaftaran maklumat pesakit dalam sistem hospital atau klinik amatlah penting.
- Nombor pendaftaran perubatan juga dikenali sebagai MRN (Medical Registration Number). Nombor MRN ini diberikan kepada pesakit semasa mendaftar di hospital oleh unit pendaftaran pusat perubatan tersebut. Nombor MRN bagi seorang pesakit tidak sama dengan nombor pendaftaran pesakit yang lain. Kewujudan nombor MRN adalah menjadi identifikasi pesakit, selain daripada nama dan nombor kad pengenalan pesakit semasa membuat ujian dan mendapatkan rawatan di hospital.
- Jika seseorang pesakit mendapatkan rawatan lebih daripada sebuah hospital, pesakit tersebut akan mempunyai nombor pendaftaran yang berbeza untuk setiap hospital. Ini menunjukkan nombor pendaftaran haruslah berbeza dan menjadi identifikasi yang penting untuk pesakit untuk mengelakkan berlakunya kepincangan data-data pesakit.
Jenis Spesimen & Ujian
Setiap ujian yang dilakukan menggunakan jenis cecair badan yang berbeza. Ini bergantung pada jenis ujian yang diminta oleh doktor. Jenis cecair badan yang biasa digunakan adalah darah, air kencing, kahak, air liur, najis, nanah dari luka, dan lain-lain.
![]() |
![]() |
(a) Spesimen darah | (b) Spesimen air kencing |
Gambar 1 (a), (b): Jenis spesimen
Keadaan Pesakit
Semasa pengambilan spesimen pesakit, keadaan pesakit amatlah penting kerana sesetengah ujian memerlukan pesakit berpuasa lebih 8 jam contoh untuk ujian glukosa dan kolesterol. Manakala ada ujian memerlukan pesakit dalam keadaan biasa yang bermaksud nadi denyutan pesakit dalam lingkungan biasa.
Keadaan pesakit yang biasanya menyebabkan keputusan ujian tidak betul adalah :
- Alergi terhadap alkohol atau iodine yang digunakan untuk membersihkan pada kawasan yang dicucuk untuk mengambil darah.
- Kegemukan/ Obesiti.
- Diet – mengambil makanan dalam jangkamasa 30 minit sebelum pengambilan darah.
- Melakukan senaman ringan atau sederhana sebelum pengambilan darah.
Tiub Darah dan Borang Permintaan Ujian
- Penggunaan tiub yang betul untuk ujian yang dijalankan adalah penting. Ini kerana jika mengunakan bekas atau tiub darah yang salah semasa mengambil darah menyebabkan keputusan ujian tidak tepat.
- Selain itu, borang permintaan ujian juga memainkan peranan yang penting dalam proses ujian makmal. Ini kerana borang permintaan ujian harus mengandungi maklumat tentang indikasi ujian, penyakit pesakit dan sejarah pesakit untuk membantu para juruteknologi makmal yang melakukan ujian makmal dan menginterpretasikan keputusan ujian.
- Penggunaan tiub yang betul dan mengisi borang permintaan ujian adalah wajib dilakukan oleh para doktor dan para jururawat.
Gambar 2: Contoh Borang Permintaan Ujian yang lengkap
Pengambilan Darah
Teknik pengambilan darah oleh doktor atau jururawat mestilah betul. Ini bertujuan untuk mendapatkan keputusan ujian yang jitu. Antara faedah lain adalah :
- Mengurangkan trauma kepada pesakit.
- Mengurangkan kecederaan semasa prosedur pengambilan darah.
- Mengelakkan darah menjadi beku atau lysis.
Semasa pengambilan darah pesakit, beberapa perkara mempengaruhi agar pengambilan sampel pesakit berjaya tanpa kesilapan iaitu:
- Pemilihan kawasan vein yang betul dan sesuai untuk mengambil darah.
- Penggunaan saiz jarum yang sesuai.
- Membersihkan sekitar vena dengan alkohol swab.
- Jumlah isipadu darah harus mencukupi untuk menjalankan ujian yang telah diarahkan oleh doktor.
- Mengunakkan jenis tiub yang betul dan sesuai dengan ujian yang hendak dijalankan.
- Selepas pengambilan darah, tiub darah tersebut haruslah digoncangkan perlahan 2-3 kali.
- Kesemua tiub darah dan spesimen haruslah dilabelkan dengan 2 jenis identifikasi pesakit seperti nama dan nombor pendaftaran.
Penghantaran Spesimen
Semua spesimen perlu dianggap berbahaya, maka langkah berhati-hati perlu diambil semasa pengendalian spesimen.
Terdapat beberapa kaedah bagi penghantaran spesimen. Antaranya:
Perkhidmatan penghantaran
– Menggunakan perkhidmatan tenaga manusia atau lebih dikenali sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan di hospital atau klinik kerajaan.
– Antara masalah yang dihadapi adalah masa yang terhad dan lambat mendapat keputusan ujian.
– Kebaikannya adalah bekas darah tidak akan mengalami kerosakan seperti pecah atau bocor serta spesimen tidak akan hilang.
Sistem Tiub Pneumatik
– Penghantaran spesimen secara laluan terowong tekanan yang disediakan khas untuk menghantar spesimen tanpa meggunakan tenaga manusia.
– Keburukan kaedah penghantaran ini adalah boleh merosakkan spesimen yang mempunyai sensitiviti yang tinggi dan penghantaran adalah dengan kapasiti yang terhad.
– Kebaikan kaedah ini adalah spesimen boleh dihantar dengan cepat ke makmal dan boleh dihantar ke pelbagai lokasi serta keputusan ujian keluar dengan pantas.
![]() |
![]() |
Gambar 3: Tiub Pneumatik
Kaedah Pengendalian Spesimen Untuk Ujian
Mengekalkan identifikasi
- Perlu tepat bermula daripada pengumpulan, penghantaran spesimen ke makmal, analisa spesimen, dan penyediaan laporan bertulis. Kod bar adalah teknologi identifikasi terkini digunakan.
Gambar 4: Contoh Kod Bar
Pengawetan
- Spesimen perlu dirawat dengan betul untuk penyediaan sebelum dianalisa. Diemparkan, disejukkan, dibekukan, dipisahkan sel darah dari serum dan ditambah bahan pengawet adalah antara langkah-langkah pengendalian spesimen.
![]() |
![]() |
(a) Spesimen yang diemparkan | (b) Spesimen serum yang dipisahkan dari darah |
Gambar 5 (a), (b): Pengendalian spesimen untuk ujian
Pengasingan & penyimpanan
- Plasma atau serum perlu dipisahkan daripada sel secepat mungkin dalam masa 2 jam selepas pengumpulan. Jika analisis tidak dianalisis segera, serum perlu disimpan dalam tiub bertutup pada suhu (3 – 5)ºC sehinggalah diperlukan untuk dianalisa kelak.
Penghantaran
- Bekas atau tiub yang mengandungi spesimen perlu kukuh untuk mengelakkan kandungannya berkurangan sekiranya pecah, terdedah kepada kepanasan melampau, sejuk atau cahaya matahari. Spesimen harus dilabel dengan biohazard untuk langkah berjaga-jaga. Spesimen yang disejukbeku memerlukan bekas berpenebat untuk menghalang peningkatan karbon dioksida. Karbon dioksida pejal (ais kering) adalah bahan penyejukbeku yang dapat mengekalkan keadaan beku sehingga -70ºC.
Gambar 6: Spesimen yang dilabel dengan biohazard
Potensi Kesilapan Dalam Prosedur Ujian Makmal
PROSES | POTENSI KESILAPAN |
Permintaan ujian |
|
Penerimaan spesimen |
|
Pengukuran analitikal (membuat ujian) |
|
Laporan ujian |
|
Interprestasi ujian |
|
Semakan Akhir | : | 3 Januari 2017 |
Penulis | : | Norhaniza binti Musa |
Akreditor | : | Dr. Shahannim binti Izham |