Pemikiran Positif

Apakah pemikiran positif?

Pemikiran positif adalah cara pemikiran yang menumpukan ke arah keupayaan dan bukan ketidakupayaan. Ia termasuk melihat kepada aspek positif bagi setiap keadaan. Pada asasnya, ia melihat pada aspek yang baik bagi sesuatu perkara.

Apakah manfaat yang saya dapat dengan berfikiran positif?

  • Pada keseluruhannya anda akan merasa lebih bahagia
  • Anda akan disenangi dan dihormati
  • Anda akan mudah mendapat kawan
  • Anda akan menjalinkan hubungan sosial yang baik
  • Anda berupaya untuk menangani stres dengan menukarkan keadaan negatif sebagai peluang untuk anda belajar
  • Anda cenderung melihat sudut positif orang lain dan ini akan mengurangkan perasaan buruk antara anda dan orang lain

Adakah saya belum berfikiran positif?

Mungkin anda sudah berfikiran positif. Walau bagaimanapun kadang-kadang tercetus pemikiran yang tidak rasional mengakibatkan kita membuat kesilapan dalam berfikir. Kesilapan dalam berfikir dan pemikiran yang tidak rasional adalah punca utama menyebabkan terjadinya pemikiran negatif. Berfikiran negatif pula akan mewujudkan emosi negatif seperti stres, hasad dengki, benci, takut dan marah. Keadaan lebih teruk apabila perkara ini membawa kepada tingkah laku negatif seperti pergaduhan.

Apakah pemikiran yang tidak rasional dan kesilapan dalam berfikir?

Pemikiran yang tidak rasional dan kesilapan dalam berfikir adalah cara pemikiran yang tidak berasas dan mengakibatkan perasaan negatif dan ketidakupayaan. Cara pemikiran sedemikian tidak memberi kebaikan untuk jangka masa yang panjang. Walau bagaimanapun, ia menjadi lumrah kehidupan. Cara pemikiran berkenaan termasuk:

  • Pemikiran semua-atau-tiada
    • Pemikiran Ya atau Tidak
    • Contoh: ‘Jikalau saya tidak diterima masuk ke kelas yang terbaik, bermakna saya tidak berguna langsung’
    • Pemulihan: Nilai semula matlamat anda kerana mungkin anda meletakan matlamat pencapaian yang tidak munasabah. Buat sesuatu perkara secara berperingkat. Raikan sebarang kemajuan atau pencapaian tidak kira sekecil mana pun.
  • Mudah membuat kesimpulan
    • Disebabkan oleh satu kejadian atau satu kesilapan seseorang, maka keseluruhan peristiwa atau seseorang itu dianggap negatif.
    • Contoh: ‘Dia selalu lewat dan tidak pernah datang awal!’
    • Pemulihan: Hendaklah tepat dalam menyatakan perlakuan seseorang.- ‘Dia kerap sampai lewat, atau sekurang kurangnya sewaktu saya terserempak dengannya’
  • Melabel dan memanggil seseorang atau peristiwa dengan salah
    • Melabel seseorang atau sesuatu kejadian sebagai negatif tanpa melihat mereka bertindak seperti itu.
    • Contoh: Memanggil seorang kawan dengan nama ‘crybaby’ (cembeng) hanya sebab dia menangis, dan tidak melihat bahawa dia baru kehilangan neneknya.
    • Pemulihan: Orang membuat sesuatu dengan bersebab, oleh itu kita jangan mudah membuat andaian yang mereka menentang kita ataupun mereka itu lemah atau apa-apa yang negatif
  • Menolak perkara – perkara atau kejadian yang positif
    • Menepis hal-hal yang positif dan menerima yang negatif
    • Contoh: Tidak mengambil kira kemenangan 1 permainan apabila kalah di dalam 2 set perlawanan yang melibatkan 3 permainan.
    • Pemulihan: Jikalau asyik menumpukan perkara negatif, sudah pasti kehidupan anda akan diselubungi dengan perasaan negatif. Menerima yang positif dan anda tidak akan merasakan kehidupan yang teruk.
  • Pemikiran Berasaskan Emosi
    • Setiap perkara dilihat sebagai negatif hanya kerana anda tidak merasa bagus.
    • Contoh: ‘Bagaimana boleh ada sesuatu yang bagus di dunia ini jikalau saya merasa teruk begini?’
    • Pemulihan: ‘Saya tidak merasa bagus, tetapi perkara lain semuanya masih OK’
  • Membuat andaian – Terus membuat  kesimpulan
    • Anda membuat penilaian hanya mengikut perasaan dan anggapan, tanpa melihat kepada fakta
    • Contoh: ‘Saya tahu dia sengaja lakukan untuk mengenakan saya’
    • Pemulihan: ‘Saya tidak tahu kenapa dia lakukan ini, tetapi saya tidak suka dia berbuat demikian’
  • Membesar – besarkan masalah
    • Anda sengaja membesar besarkan masalah kecil
    • Contoh: ‘Saya tidak boleh bersabar! Saya tidak keluar macam ini! Kenapa kuku saya selalu patah.!’
    • Pemulihan: Akui yang anda tidak suka hal itu berlaku, tetapi cuba mengatasinya
  • Mengkritik diri sendiri
    • Anda dengan keras mengkritik diri sendiri dan tidak boleh menerima kesilapan
    • Contoh:’Kesilapan yang bodoh! Betapa bodohnya saya! Bagaimana saya boleh membuat kesilapan yang bodoh!’
    • Pemulihan: Ia adalah normal untuk berasa sedih apabila membuat salah. Walau bagaimanapun ia bukannya bermakna berakhir untuk segala galanya, kerana anda masih berpeluang melakukan sesuatu mengenainya

Kenapa saya berfikiran negatif dan membuat kesilapan dalam berfikir?

Bagi seseorang, pemikiran negatif boleh menyebabkan stres yang cukup untuk melakukan sesuatu yang positif tentang sesuatu  masalah atau kesilapan. Walau bagaimanapun, cara seseorang memikir adalah daripada ikutan orang lain. Kesilapan dalam berfikir berlaku kepada kita semua dan ia berfungsi sebagai penggalak dalam kehidupan harian kita. Namun dalam jangka masa panjang, ia boleh mengubah keperibadian anda.

Bagaimana cara untuk saya berfikiran positif?

Berfikiran positif, memerlukan pemerhatian yang positif terhadap perkara-perkara yang anda alami di dalam kehidupan harian anda. Setiap kali anda dilanda berfikiran negatif atau berfikiran tidak rasional, cuba fikirkan sebaliknya dan bentukannya dengan kata-kata positif. Apabila anda menyedari berlaku kesilapan dalam fikiran anda, cuba perbetulkannya. Beberapa cara termasuk:

  • Senaraikan perkara yang anda sukai mengenai diri anda dan perkara yang dapat anda lakukan dengan baik
  • Lihat kepada perkara-perkara yang positif mengenai orang yang anda temui (peluangnya, sedikit sahaja)
  • Cari bukti bahawa yang seseorang itu jahat sepenuhnya (peluangnya, tiada langsung)
  • Terima apa saja yang positif sebagai hal yang baik, bukan sebagai hal yang kecil
  • Raikan setiap kemajuan kecil sebagai satu langkah ke hadapan
  • Terima sesuatu sebagaimana seadanya dan elak membuat andaian negatif
  • Yakinkan diri anda dengan kata-kata semangat yang boleh membantu anda
  • Kesilapan merupakan peluang untuk belajar
  • Beri perhatian ke atas perkara yang mampu lakukan, berbanding dari apa yang tidak mampu anda lakukan

Bilakah saya boleh mengamalkan berfikiran positif?

Bila-bila masa dan di mana saja, terutama sekali apabila anda mempunyai perasaan negatif.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengekalkan berfikiran positif?

  • Tentukan matlamat yang realistik
  • Berkawan dengan orang yang berfikiran positif
  • Kerap mengamalkan senaman relaksasi
  • Amalkan jenaka di dalam kehidupan harian anda – ketawa boleh membantu
  • Selalu berada di tempat-tempat pembinaan aspek kerohanian

Di siapa saya boleh mendapat bantuan?

  • Ahli keluarga
  • Kawan-kawan
  • Guru
  • Kaunselor
  • Pakar Psikologi
  • Guru Agama

Capaian Berkaitan

Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Prof Madya Dr. Alvin Ng Lai Oon
Penyemak : Pn. Shahidah Bt. Mohamed Makki