Home > Umum > Radiologi > Kaedah Pemeriksaan > PEMERIKSAAN X-RAY SCOLIOSIS

PEMERIKSAAN X-RAY SCOLIOSIS

Apakah Itu Scoliosis?

  • Scoliosis merupakan satu abnormaliti pada bahagian tulang belakang.

  • Scoliosis akan menyebabkan tulang belakang seseorang berbentuk seperti ‘S’ atau pun berbentuk ‘C’.

  • Scoliosis boleh menyebabkan tulang belakang bengkok ke arah sisi kanan atau ke sisi kiri.

  • Golongan yang kerap menghadapi masalah scoliosis adalah golongan pra-remaja dan remaja perempuan. Kajian mengatakan golongan perempuan menghadapi masalah scoliosis 8 kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki. [1]

Gambar 1: rajah tulang belakang bagi individu normal dan pesakit yang mengalami scoliosis.

Sumber: id.she.yahoo.com/scoliosis

Bagaimana Mendapatkan Pemeriksaan Ini Dan Di Mana?

  • Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda, doktor tersebut akan menentukan samada anda memerlukan pemeriksaan ini.

  • Sekiranya perlu doktor tersebut akan membuat permohonan pemeriksaan menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi.

  • Pemeriksaan ini terdapat di hospital-hospital KKM terpilih.

Tujuan Pemeriksaan X-ray

  • Scoliosis kongenital atau ‘early-onset scoliosis’ biasanya melibatkan pemeriksaan X-ray dari peringkat umur bayi dan kanak-kanak.

  • Dari pemeriksaan X-ray, doktor akan dapat mengenalpasti sebarang masalah ‘missing vertebrae’ atau pun ‘fused vertebrae’ atau kombinasi kedua-dua masalah tersebut. [1]

  • Dari X-ray yang dihasilkan, doktor yang memohon pemeriksaan anda akan dapat menentukan rawatan yang bakal diberikan kepada anda.

Bagaimana Pemeriksaan Dijalankan?

1.   Sebelum pemeriksaan

  • Juru X-ray akan memberikan arahan dan penerangan awal mengenai prosedur yang akan dijalankan.

  • Anda dinasihatkan untuk tidak membawa sebarang barang berharga atau barang kemas.

  • Pesakit kanak-kanak perlu ditemani oleh ahli keluarga dewasa.

  • Sila maklumkan kepada Juru X-ray sekiranya anda mengandung atau disyaki mengandung.

  • Anda perlu menukar pakaian kepada pakaian hospital yang disediakan.

2.   Semasa pemeriksaan

  •  Pemeriksaan yang biasa dilakukan adalah berdasarkan permohonan dan mengikut protokol pemeriksaan.

  • Pemeriksaan akan dijalankan secara berdiri tegak bagi pesakit yang boleh memberi kerjasama. Pemeriksaan juga boleh dijalankan secara duduk bagi pesakit yang tidak boleh berdiri.

  • Bagi pesakit kanak-kanak, pemeriksaan akan dijalankan dalam posisi baring dengan bantuan alat cegah gerak.

  • Radas perlindungan sinaran akan diberikan sepanjang pemeriksaan dijalankan.

  • Anda diminta untuk mengikuti setiap arahan yang diberi oleh Juru X-ray bagi memastikan pemeriksaan dapat dijalankan dengan jayanya.

3.   Selepas pemeriksaan

  • Anda boleh menukar semula pakaian setelah tamat pemeriksaan.

  • Anda akan dibenarkan beredar setelah pemeriksaan tamat.

Laporan pemeriksaan

  • Semua imej yang dihasilkan akan diteliti oleh pakar radiologi dan laporan radiologi akan disediakan.

Privasi

  • Pihak jabatan akan sentiasa memastikan privasi anda sepanjang pemeriksaan dilakukan.

Gambar 2: Contoh imej X-ray bagi pesakit scoliosis

Sumber: www.hss.edu/conditions_early-onset-scoliosis-overview.asp

Rujukan

  1. Lois L.(2004) Radiological Technology: Scoliosis and Spinal Imaging. Vol 79/ No 4.

 

Semakan Akhir : 9 Jun 2014
Penulis : Khairun Nisa’a binti Khairul Zaman
Akreditor : Mohd Zin bin Yusof