A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiologi
  6. /
  7. Kaedah Pemeriksaan
  8. /
  9. PEMERIKSAAN X-RAY DEWAN BEDAH

PEMERIKSAAN X-RAY DEWAN BEDAH

Pemeriksaan X-ray dewan bedah dilakukan dengan menggunakan mesin floroskopi mudah gerak yang dikendalikan oleh Juru X-ray bagi memastikan instrumen dan implan yang dipasang pada anggota pesakit adalah di dalam kedudukan yang betul dan tepat untuk merakam imej yang diperlukan.

Apakah Pemeriksaan X-ray Dewan Bedah?

  • Pemeriksaan X-ray dewan bedah dilakukan dengan menggunakan mesin floroskopi mudah gerak.
  • Ianya dikendalikan oleh Juru X-ray untuk membantu pakar bedah semasa pembedahan dilakukan oleh pakar-pakar ortopedik, vascular, urologi, neurologi dan pembedahan am.

Gambar 1: Pemeriksaan x-ray dewan bedah menggunakan sistem floroskopi mudah gerak

Sumber: www.easterncoal.gov.in

Tujuan Pemeriksaan X-ray Dewan Bedah

Pakar bedah memerlukan bantuan Juru X-ray menggunakan peralatan floroskopi mudah gerak untuk mengambil imej X-ray bagi memastikan instrumen dan implan yang dipasang pada anggota pesakit adalah di dalam kedudukan yang betul dan tepat.

Bagaimana Mendapatkan Perkhidmatan Ini Dan Di Mana?

  • Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda, doktor tersebut akan menentukan sama ada anda memerlukan prosedur ini.
  • Prosedur ini terdapat di hospital-hospital KKM yang terpilih.

Persedian Sebelum Prosedur Pemeriksaan Di Dewan Bedah

Sebelum Prosedur

Peralatan floroskopi mudah gerak dalam keadaan baik, berfungsi dan bersih untuk kegunaan di dewan bedah.

Gambar 2: Bahagian C-Arm floroskopi mudah gerak dibalut dengan dengan plastik suci hama

Sumber: www.wikiradiography.net

Semasa Prosedur

Juru X-ray akan sentiasa bersedia untuk merakamkan imej apabila diperlukan oleh pakar bedah ketika pembedahan dijalankan. Juru X-ray juga perlu mematuhi peraturan yang digunapakai di dewan bedah ketika mengendalikan mesin floroskopi tersebut.

Selepas Prosedur

Juru X-ray akan membersihkan mesin floroskopi mudah gerak tersebut dan meletakkan semula di tempat yang disediakan di dalam dewan bedah.

Rujukan

  1. en.wikipedia.org/wiki/X-ray_image_intensifier
  2. www.radiographyonline.com
  3. www.studymode.com
  4. www.theatreradiography.com
  5. www.wikiradiography.net

 

Semakan Akhir : 3 Januari 2017
Penulis : Mohammad Saharuni bin Ibrahim
Akreditor : Daud bin Ismail

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,241,152

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia