Pemeriksaan mulut sendiri boleh membantu pengesanan awal kanser mulut, terutamanya di kalangan kumpulan berisiko yang menggunakan bahan-bahan tembakau seperti rokok, curut, shisha, sireh dan alkohol yang berlebihan. Berikut adalah langkah – langkah untuk memeriksa mulut dengan sendiri berdiri di hadapan cermin dan pastikan keadaan ruang yang terang. Ini membolehkan pemeriksaan yang lebih teliti. Tarik bibir bawah dan perhatikan jika ada perubahan warna atau luka-luka. Kemudian gunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk mengesan bonjolan atau kelainan pada bibir. Ulangi prosedur ini untuk bibir atas dan sulkus atau lurah. Tarik pipi menggunakan jari untuk mengesan sebarang bonjolan atau tempat yang sakit Ulangi untuk pipi sebelahnya Periksa juga gusi atas dan sulkus atau lurah kedua-dua pipi, ulangi untuk pipi sebelahnya Keluarkan lidah dan lihat permukaan atasnya samada berlaku perubahan warna dan tekstur dengan perlahan pusingkan lidah ke kiri dan ke kanan dan lihat perubahan warna dan tekstur. Periksa bawah lidah dan lantai mulut dengan mengangkat hujung lidah ke lelangit (palate) Periksa lelangit mulut dengan mendongak kepala ke belakang dan buka mulut dengan luas Perubahan-Perubahan yang Harus diberi Perhatian ialah:
Jika anda dapat perhatikan tanda-tanda ini sewaktu membuat pemeriksaan mulut sendiri, dapatkanlah nasihat doktor dengan segera. |
|
---|