A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Pemeriksaan Kapal

Pemeriksaan Kapal

1

Pengenalan

Kapal merupakan kenderaan pengangkutan terawal digunakan untuk urusan perdagangan di seluruh dunia. Penggunaannya meluas kerana kos yang murah serta dapat membawa barang dalam jumlah yang banyak dan selamat.

Peraturan Kesihatan Antarabangsa dengan jelas menyatakan bahawa pihak berkuasa kesihatan pelabuhan boleh mengenakan pemeriksaan kesihatan ke atas kapal dan juga mereka yang datang dari pelayaran antarabangsa dan langkah kesihatan tambahan boleh dikenakan bagi kapal dan anak kapal serta penumpang yang datang dari kawasan yang berjangkit (endemik) dengan penyakit berjangkit seperti penyakit demam kuning (Yellow Fever), hawar (Plaque), taun (Cholera) dan apa-apa wabak atau penyakit yang menjadi ancaman kepada kesihatan awam. 

Semua aktiviti pemeriksaan kesihatan serta Peraturan Kesihatan Antarabangsa dikuatkuasakan adalah bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit seperti demam kuning, hawar dan taun ke negara ini.

Aktiviti yang dilakukan adalah bagi memastikan bahawa mana-mana kapal yang masuk ke pelabuhan negara ini tidak menjadi punca kepada penularan penyakit berjangkit sebagaimana yang ditetapkan dalam Peraturan Kesihatan Antarabangsa dan akta serta peraturan kesihatan awam lain yang berkaitan.
Sebelum sesebuah kapal itu diperiksa, pegawai diberi kuasa di pelabuhan membuat penentuan status keatas kapal. Status ini terbahagi kepada tiga. Status A membawa maksud kapal bebas (Free Vessel). Kapal ini bebas berlabuh di dermaga dan boleh memulakan kerja.

Status B merupakan kapal yang dibenarkan berlabuh di dermaga tetapi tidak dibenarkan memulakan kerja sebelum pemeriksaan dan pengesahan  oleh Jabatan Kesihatan Pelabuhan dikeluarkan. Status C adalah kapal yang perlu dikuarantin dan tidak dibenarkan berlabuh di dermaga serta dikehendaki berlabuh di kawasan pelabuhan (Quarantin Anchorage) dalam masa yang sama tidak dibenarkan memulakan kerja sebelum pemeriksaan dan pengesahan oleh Jabatan Kesihatan Pelabuhan dikeluarkan.

Penentuan Status Kapal

Per

Kriteria

Status

A

B

C

1

Tarikh sijil lanjutan Sijil Ship Sanitation Control Certificate (SSCC) / Ship Sanitation Control Exemption Certificate(SSCEC) 

Tamat

 

X

 

Belum tamat

X

 

 

2

Penumpang/anak kapal sakit

Ada

 

 

 

Tiada

 

 

 

3

Kejadian penyakit berjangkit di kalangan anak kapal dan penumpang

Ada

 

 

 

Tiada

X

 

 

4

Kematian anak kapal dan penumpang

Penyakit Berjangkit

 

 

X

Penyakit Tidak Berjangkit

 

X

 

5

Pelabuhan terakhir kapal berlabuh

Endemik

 

X

 

Epidemik

 

 

X

Luar Kawasan
Epidemik/Endemik

 

X

 

 

6

Kehadiran penumpang haram (stowaway)

Ada

 

X

 

Tiada

X

 

 

Untuk menentukan taraf kapal, sila bulatkan ‘X’ semasa menyemak dokumen

Status kapal A :  Kapal Bebas (Free Vessel)
Kapal ini bebas berlabuh di dermaga dan boleh memulakan kerja.
Semua kriteria ruangan A dipangkah ( X )

Status Kapal B : Kapal kuarantin berlabuh di dermaga
Kapal ini dibenarkan berlabuh di dermaga tetapi tidak dibenarkan memulakan kerja sebelum pemeriksaan dan pengesahan dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Pelabuhan
Terdapat satu  pangkah ( X) untuk mana-mana kriteria pada ruangan B

Status Kapal C : Kapal kuarantin di “quarantine anchorage”
Kapal ini tidak benarkan berlabuh di dermaga dan dikehendaki berlabuh di “quarantine anchorage”
Terdapat satu pangkah (  X  ) untuk mana-mana kriteria pada ruangan C

Aktiviti pemeriksaan kapal dijalankan melalui kaedah pemeriksaan dokumen, pemerhatian dan persampelan. Kaedah ini dipakai di semua pelabuhan di seluruh dunia. Pegawai yang menjalankan pemeriksaan ini adalah pegawai kesihatan persekitaran. Terdapat tiga prosedur utama dalam pemeriksaan kapal di pelabuhan iaitu :

  1. Prosedur untuk pengeluaran status kapal
  2. Prosedur pemeriksaan dan pengeluaran Pelepasan Kesihatan Kapal (Port Health Clearance)” untuk kapal bebas
  3. Prosedur pemeriksaan kapal kuarantin yang meliputi
  4. Prosedur pemeriksaan dokumen dan bahagian kritikal kapal
  5. Prosedur pengeluaran sijil ‘Free Pratique’
  6. Pemeriksaan kapal keseluruhan
  7. Arahan aktiviti kuarantin
  8. Pengeluaran atau lanjutan sijil lanjutan Sijil Ship Sanitation Control Certificate (SSCC) / Ship Sanitation Control Exemption Certificate (SSCEC) 
  9. Pengeluaran sijil Port Health Clearance

Sebelum pemeriksaan dijalankan pegawai kesihatan persekitaran perlu meneliti dokumen-dokumen seperti berikut:

  1. Dokumen daripada agen perkapalan / komander kapal
    • Notis Ketibaan Kapal
    • Borang Permohonan Status Kapal (PKP)
    • Sijil lanjutan Sijil Ship Sanitation Control Certificate(SSCC) / Ship Sanitation Control Exemption Certificate (SSCEC) 
    • Maritime Declaration of Health
    • Senarai penumpang / anak kapal
    • Sijil vaksinasi
    • List Port of Call
    • Senarai vaksinasi anak kapal dan penumpang
    • “Nil” list
  2. Dokumen dari Pejabat Kesihatan Pelabuhan
    • Sijil Free Pratique
    • Sijil Pelepasan Kesihatan
    • Format Pemeriksaan Kapal Kuarantin / Pengeluaran Sijil lanjutan Ship Sanitation Control Certificate (SSCC)/Ship Sanitation Control Exemption Certificate (SSCEC) 
    • Format Pemeriksaan Sanitasi Kapal
    • Format Soal Siasat Penumpang Haram

Langkah-langkah pemeriksaan kapal.

  1. Pemeriksaan meliputi keseluruhan bahagian kritikal kapal seperti pantry, galley, provision store dan holds, sekiranya menyimpan gandum atau jagung, serta bahagian-bahagian lain termasuk  shelter deck space, bunker space, engine room dan shaft alley, forepeak dan storeroom, afterpeak dan storeroom, charts dan wireless rooms, cabins, laundry dan lifeboats.
  2. Semasa aktiviti dijalankan Pegawai Kesihatan Persekitaran hendaklah disaksikan oleh seorang pegawai kapal.
  3. Ambil gambar apabila perlu sebagai bahan bukti. Segala kutipan barang bukti semasa pemeriksaan seperti larva, serangga, najis tikus dan sebagainya dibuat di hadapan pegawai kapal .
  4. Sekiranya pegawai mendapati terbukti atau mengesaki kapal yang diperiksa itu mempunyai kehadiran tikus dan sebagainya, keluarkan arahan tindakan kesihatan seperti : pembersihan, pewasapan, nyah serangga, nyah jangkitan dan sebagainya mengikut penyakit yang disyaki kepada agen perkapalan / komander kapal.
  5. Pemeriksaan semula ke atas kapal perlu dijalankan setelah  tindakan-tindakan  dilaksanakan. 
  6. Sekiranya berpuas hati dengan pemeriksaan semula maka pengeluaran sijil “Practique“ dan “Port Health Clearance” boleh dikeluarkan.

Rujukan

  1. Akta 342 – Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, 1988
  2. Garispanduan Pemeriksaan Kapal Di Pelabuhan Edisi 1
  3. Peraturan-peraturan Kesihatan Antarabangsa, 2005
Semakan Akhir : 3 Ogos 2016
Penulis : Othman bin Daud
Akreditor : Mohamad Ridzuan bin Mohd Salleh

 

Artikel Berkaitan

Taun

Pengenalan Taun atau kolera adalah salah satu penyakit bawaan air

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,332,016

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia