A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Pembedahan Pediatrik

Pembedahan Pediatrik

Soalan 1

Anak lelaki saya berumur 6 tahun, sihat tubuh badan dan aktif. Namun, sejak dilahirkan beliau hanya mempunyai satu testis di dalam kerandutnya dan satu lagi tidak turun dalam keadaan normal. Adakah perkara ini akan memberi masalah kepadanya setelah dewasa dan adakah pembedahan perlu dilakukan?

Jawapan 1

Masalah satu testis tidak turun ini disebut sebagai cryptorchism. Keadaan ini perlu dibezakan dengan retractile testes, di mana testis itu sebenarnya ada di dalam kerandut zakar, tetapi ia berada di bahagian atas, terutama ketika cuaca sejuk.

Dengan pemeriksaan doktor, ia dapat dibezakan. Semasa bayi di dalam kandungan, kedua-dua testis berada di dalam perut, berhampiran dengan buah pinggang. Ia akan turun perlahan-lahan sehingga waktu lahir, ia akan berada di dalam kerandut zakar (scrotum).

Kadang-kala, satu atau kedua-duanya gagal turun ke dalam scrotum. Amat jarang sekali untuk kedua-dua testis gagal turun ke dalam scrotum. Testis yang tidak turun itu biasanya akan berada di dalam perut atau di dalam inguinal canal.

Masalah yang mungkin akan dihadapi ialah:

  1. Kesuburan. Tetapi jika testis yang telah turun itu normal, tidak ada masalah untuk beliau mendapatkan anak.
  2. Risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser testis. Tuan/puan perlu membawa anak tuan/puan untuk pemeriksaan doktor kanak-kanak. Pembedahan untuk membawa testis itu kembali ke dalam scrotum mungkin perlu dilakukan.

Semakan Akhir: 23 September 2014

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,057,402

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia