Home > Kesihatan Pergigian > Bidang Kepakaran > Bedah Mulut > Pembedahan Mulut Dan Maksilofasial Invasif Minimal

Pembedahan Mulut Dan Maksilofasial Invasif Minimal

Pengenalan

Pembedahan mulut dan maksilofasial sedang memasuki era baru. Kejayaan teknik pembedahan invasif minimal merentasi pelbagai kepakaran telah mencabar pakar bedah mulut dan maksilofasial untuk membangunkan cara-cara untuk menggantikan prosedur pembedahan terbuka dengan pembedahan invasif minimal yang menawarkan morbiditi yang kurang, mengurangkan tempoh penginapan penghospitalan, dan mengurangkan komplikasi selepas pembedahan di samping memberikan keputusan fungsi dan estetik yang baik.

Prosedur pembedahan invasif minimal adalah mana-mana prosedur yang kurang invasif daripada pembedahan terbuka yang digunakan untuk tujuan yang sama. Prosedur pembedahan invasif minimal biasanya melibatkan penggunaan peralatan arthoscopic (untuk sendi dan tulang belakang) atau peranti laparoskopi dan manipulasi kawalan jauh instrumen dengan pemerhatian secara tidak langsung kepada kawasan pembedahan melalui endoskop atau panel paparan, dan dilaksanakan melalui kulit atau melalui rongga badan atau permukaan anatomi. Istilah pembedahan ‘minimally invasive’ digunakan untuk menggambarkan prosedur yang mungkin hanya memerlukan pemotongan yang minimum ke dalam atau menggunakan alat untuk menembusi badan pesakit. Sebagai contoh, pembedahan pintasan jantung adalah satu jenis pembedahan invasif manakala prosedur penyingkiran lesi premalignant  dengan laser adalah contoh pembedahan invasif minimal.

Trauma maksilofasial, ortognatik , sialoendoscopy , pembedahan sendi temporomandibular , memasukkan implan,  pembedahan tumor kecil biasanya dilakukan melalui pembedahan invasif yang minimal. Pakar bedah beroperasi boleh memerhati bahagian pembedahan dengan mata kasar secara langsung atau melalui endoskop , dan mengarahkan prosedur pembedahan pada monitor, tanpa halangan untuk melihatnya. Teknik ini juga membolehkan orang lain di dalam dan di luar bilik pembedahan untuk melihat imej. Pembedahan endoscopik  semakin popular dan menjadi alat yang sering digunakan oleh pakar bedah untuk membantu dan memudahkan beberapa teknik yang lebih sukar yang sering memerlukan pendedahan pembedahan yang lebih luas untuk visualisasi .

Dengan menggunakan pendekatan yang minimal, pesakit mungkin memerlukan hanya plaster  pada bahagian luka pemotongan itu, dan bukannya jahitan atau stapler untuk menutup luka pemotongan yang besar. Ini biasanya menyebabkan masa pemulihan yang lebih cepat dan penginapan hospital yang lebih pendek  serta kekurangan insiden jangkitan luka dan membolehkan rawatan ini dijalankan sebagai kes pesakit luar.

Pembedahan invasif minimum berbanding konvensional

Pembedahan invasif boleh digambarkan sebagai teknik dan prosedur yang berkaitan dengan pembedahan, anestetik dan penjagaan selepas pembedahan yang membantu mengurangkan ketidakselesaan, keradangan, kesakitan , kehilangan darah dan komplikasi pesakit.

Teknik invasif minimum adalah teknik pembedahan khusus yang diamalkan oleh sesetengah doktor untuk mengeluarkan ketumbuhan dengan parut minimum dan masa pemulihan yang pendek. Kebanyakan pakar bedah biasanya memotong sebanyak 3/4 panjang daripada saiz ketumbuhan untuk mengakses atau mengeluarkannya. Dengan teknik pemotongan minimum, pemotongan itu biasanya kira-kira 1/10 saiz ketumbuhan dan pakar bedah seterusnya akan mengeluarkan ketumbuhan tersebut melalui insisi kecil tersebut. Satu insisi yang lebih kecil membentuk parut yang lebih kecil dan mengurangkan tempoh masa pemulihan untuk pesakit. Pembedahan minimal menawarkan kadar morbiditi yang lebih rendah , tempoh pembedahan yang singkat dan penginapan hospital yang pendek . Walau bagaimanapun, keselamatan dan keberkesanan setiap prosedur seharusnya telah dibuktikan berkesan dalam kajian saintifik atau penerbitan yang bertauliah.

Seseeorang pesakit menjalani prosedur pembedahan invasif mengambil risiko yang lebih rendah apabila pembedahan invasif minimal dilakukan pada badannya . Sebagai contoh, dengan pembedahan invasif minimal , beliau tidak perlu bimbang tentang kehilangan darah yang terlalu banyak. Sebaliknya adalah benar dengan pembedahan invasif. Walaupun kehilangan darah sering minima , potensi wujud untuk kehilangan darah keterlaluan yang memerlukan pemindahan darah, terutamanya dalam kes prosedur yang panjang.

Risiko jangkitan luka juga adalah rendah bagi prosedur invasif minimal kerana terdapat kemasukan minimum bahan asing ke dalam badan pesakit, dan tidak terdapat luka terbuka besar di mana jangkitan bakteria boleh terbentuk. Pesakit juga mungkin mempunyai risiko yang kurang menghidap jangkitan nosokomial atau jangkitan yang berpunca dari hospital oleh sebab tempoh penginapan hospital yang singkat atau tiada penginapan diperlukan langsung selepas prosedur ; sesetengah pesakit boleh pulang ke rumah dalam hanya beberapa minit atau jam. Pembedahan invasif minimal juga boleh memberi pemulihan masa yang lebih cepat dan mengurangkan morbiditi atau kesakitan pada kawasan pembedahan.

Walaupun ia adalah benar bahawa terdapat risiko jangkitan yang kurang apabila seseorang mempunyai pembedahan minimal, ini tidak bermakna bahawa tiada risiko jangkitan langsung bagi prosedur ini kerana terdapat juga beberapa peluang mendapat jangkitan selepas prosedur invasif minimal. Walau bagaimanapun, risiko biasanya jauh lebih rendah berbanding dengan prosedur invasif. Selain itu, cara bius perlu dipertimbangkan. Bius setempat digunakan untuk pelbagai jenis prosedur minimal dan beberapa prosedur boleh dilakukan tanpa bius. Walau bagaimanapun, sesetengah prosedur memerlukan bius am dan ini mungkin  membawa risiko sendiri, seperti masalah pernafasan yang serius dan masalah dengan kadar denyutan jantung.

Prosedur pembedahan invasif minimal tidak semestinya tiada sebarang komplikasi, dan adakala terdapat risiko  komplikasi daripada jangkitan kepada kematian. Risiko dan komplikasi adalah seperti berikut:

  • Reaksi silang dengan ubat atau bius
  • Pendarahan
  • Jangkitan
  • Kecederaan organ dalaman
  • Kecederaan saluran darah atau  saraf
  • Pembekuan darah yang tidak ingini
  • Pernafasan masalah
  • Kematian

Indikasi

Teknik ini amat berguna untuk pelbagai keadaan pembedahan mulut dan maksilofasial. Ini termasuk:

  • Patologi; sista benign, lipoma , ketumbuhan pramalignan dan malignan (kecil). Pesakit dengan patologi pada bahagian estetik penting seperti muka dan mulut boleh mendapat manfaat yang besar daripada teknik-teknik tersebut. Tumor tertentu atau sista juga boleh dirawat dengan prosedur ini.
  • Sesetengah jenis kecacatan kraniofasial
  • Fraktur maksilofasial
  • Penyakit sendi temporomandibular
  • Penyakit kelenjar air liur
  • Pemulihan prosthodontic (dengan implan)

Jenis-jenis prosedur

  • Penyahmampatan , marsupialisation atau penempatan stent dalam tumor / sista
  • Pembedahan orthognathic ; ‘distraction’ osteogenesis
  • Rawatan fraktur tulang maksilofasial
  • Prosedur sendi temporomandibular (arthroscopy , arthrocentesis)
  • Pembedahan kelenjar air liur (sialoendoscopy , penyingkiran sialolith , penempatan stent)
  • Pemotongan luka berpotensi malignan / malignan dengan laser
  • Peletakan implan gigi (flapless surgery)

Apakah ciri-ciri pembedahan invasif minimal ?

  • Perancangan dan pelaksanaan tepatPerancangan  3D  dijalankan bagi  membantu mengurangkan masa pembedahan. Ini adalah amat berguna dalam pembedahan berkaitan ortognatik ,trauma,  implan dan tumor.
  • Kawalan tekanan darah dan biusSatu lagi faktor penting dalam pembedahan minimal adalah kawalan tekanan darah. Kawalan tekanan darah yang teliti oleh pasukan anestetik mengurangkan kehilangan darah semasa pembedahan ortognatik . Ini boleh mengurangkan peluang yang memerlukan pemindahan darah semasa pembedahan.
  • Insisi kecilSecara tradisinya, tulang muka telah dicapai dengan membuat insisi besar di gusi yang, selain daripada menyebabkan pendarahan dan kesakitan selepas pembedahan, menjejaskan bekalan darah ke struktur setempat dan boleh menjejaskan tulang dan gigi. Pembedahan invasif minimal membolehkan prosedur pembedahan dalam masa yang singkat dan mengakibatkan kesan minimum ke atas tisu.
  • Pembedahan singkatPembedahan panjang meningkatkan kehilangan darah, risiko jangkitan dan keradangan selepas operasi. Walau bagaimanapun ini adalah subjektif kepada sifat patologi / petunjuk untuk pembedahan invasif minimal.
  • Trauma dan parut minimumTempoh pembedahan yang lebih lama, tetapi menyingkatkan bilangan kali dimasukkan ke hospital. Hal ini mengurangkan kadar komplikasi selepas pembedahan , seperti trauma pada tisu dan parut . Walau bagaimanapun, pembedahan invasif minimal tidak semestinya hanya memerlukan bius setempat. Malah, kebanyakan prosedur ini masih memerlukan bius am.

Apakah Kelebihan Pembedahan Invasif Minimal?

Kelebihan pembedahan muka minimal termasuk:

  • Pembedahan lebih tepat
  • Pembedahan selamat : Dapat mengelakkan trauma kepada struktur anatomi
  • Pemulihan yang lebih cepat : Pesakit yang menjalani pembedahan minimal mempunyai insisi kecil dan luka dalam tisu mereka, pemulihan mereka adalah lebih cepat, lebam dan bengkak adalah kurang daripada  pembedahan invasif

Apakah Kekurangan Pembedahan minimal Invasif ?

Kelemahan pembedahan maksilofasial minimal termasuk:

  • Mencabar dari aspek teknikal : pakar bedah yang lebih berusia cenderung untuk menggunakan teknik tradisional dan pembelajaran pembedahan invasif  minimal adalah sesuatu yang mencabar dan yang berkaitan dengan proses pembelajaran
  • Peralatan Mahal : Penggunaan teleskop 3D, fibreoptic dan peralatan kamera digital mahal
  • Mungkin perlu menjalani prosedur berulang: Sesetengah pembedahan mungkin memerlukan dua (atau lebih) prosedur berbanding dengan pembedahan invasif. Akses yang terhad kepada tapak pembedahan bukan sahaja boleh meningkatkan masa pembedahan, tetapi juga mungkin memerlukan prosedur invasif tambahan. Sila berbincang dengan doktor anda berkaitan pendekatan terbaik (konvensional berbanding invasif minimal)
  • Kewujudan perkhidmatan: Tidak semua pusat maksilofasial akan dapat menyediakan pilihan pembedahan invasif minimal memandangkan unit-unit ini bukan sahaja memerlukan kakitangan yang terlatih, tetapi juga peralatan khas.

Nota nasihat kepada pesakit yang berpotensi

Jika anda mempunyai mana-mana indikasi yang disenaraikan di atas dan ingin mempertimbangkan menjalani pembedahan maksilofasial invasif minimal, sila berbincang dengan pakar bedah mulut dan maksilofasial anda. Kebanyakan pakar bedah akan bersedia untuk mempertimbangkan pilihan ini jika manfaat daripada pendekatan ini mengatasi risiko yang berkaitan.

Ia adalah penting bahawa anda memberitahu doktor anda jika anda mempunyai sebarang masalah perubatan (eg.aneurysm , trombosis , kencing manis ,) dan jika anda mengambil sebarang ubat.

Kebanyakan pembedahan invasif minimal memerlukan perancangan terlebih dahulu dan pemeriksaan yang teliti sebelum prosedur itu dijalankan. Sila nyatakan kebimbangan  anda dan niat untuk mengambil pilihan pembedahan invasif minimal dengan doktor anda. Ini akan membolehkan doktor untuk menangani semua kebimbangan anda dan mencadangkan pilihan yang paling sesuai  dengan keadaan anda.


Gambar 1: Distraction osteogenesis1

 
Gambar 2: Arthroskopi sendi temporomandibular2


Gambar 3: Surgeri endoskopik3


Gambar 4: Perancangan pembedahan maksilofasial dengan 3-D recon4

Rujukan

  1. Gambar ehsan daripada AO Foundation.Org
  2. Gambar ehsan daripada G. Undt, University Hospital for Craniomaxillofacial and Oral Surgery, Medical University of Vienna
  3. Gambar ehsan daripada Jefferson Centre for Head and Neck Surgery, Jefferson University Hospitals
  4. Gambar ehsan daripada Nguyen Duc Thang, Vietnam Radiology Network
  5. http://institutomaxilofacial.com/en/orthognathic-surgery/minimally-invasive_surgery
  6. http://www.massgeneral.org/omfs/services/treatmentprograms.aspx?id=1216
Semakan Akhir : 17 Mac 2014
Penulis : Dr. Sathesh a/l Balasundram
(Visited 364 times, 1 visits today)